Jadual Peperiksaan SPMU 2025 (Tarikh & Masa)

Jadual SPMU 2025. Panduan buat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun 2025. Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan SPMU 2025 yang merangkumi tarikh peperiksaan ujian bertutur dan ujian bertulis. Takwim Pentaksiran dan Peperiksaan Awam tahun 2025 beserta Takwim Peperiksaan Luar Negeri dan Professional juga telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Buat makluman semua, SPMU exam akan diadakan dua kali setahun iaitu pada bulan Jun/ Julai dan November/ Disember setiap tahun. Bagi kertas sesi Jun, peperiksaan SPMU hanya melibatkan tiga kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. Untuk sesi November, calon SPMU akan menduduki kertas peperiksaan dan pada tarikh yang sama dengan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Para pelajar berpeluang untuk memilih antara semua kertas peperiksaan yang ada ditawarkan.

Jadual Peperiksaan SPMU 2020 (SPM Ulangan)

Jadual Peperiksaan SPMU Tahun 2025

Tarikh Pendaftaran peperiksaan SPMU sesi Jun dan November akan dibuka secara serentak bermula dari  di Portal Rasmi LPM. Peperiksaan sesi pertama akan diadakan pada bulan Jun/ Julai dan sesi kedua pada bulan November.

Terkini, KPM telah mengeluarkan jadual RASMI bagi peperiksaan bertulis sesi Jun/ Julai yang akan diadakan pada tarikh 15 hingga 17 Julai 2025.

Buat pelajar calon persedirian dan ingin mendaftar peperiksaan SPMU, boleh berbuat demikian pada bulan Mei iaitu kelazimannya dari April hingga Jun setiap tahun. Sebarang permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

Jadual Peperiksaan SPMU 2025 (Tarikh Peperiksaan)

Berikut dikongsikan maklumat tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) buat rujukan pelajar. Jadual lengkap beserta tarikh, masa dan mata pelajaran akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tarikh Peperiksaan SPMU

Sesi Jun/ Julai

Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui Portal Rasmi telah membuat pemakluman bahawa tarikh peperiksaan SPMU 2025 akan diadakan pada tarikh di bawah:
Ujian Bertutur & MendengarUjian Bertulis
16 & 17 Julai 2025
15 hingga 17 Julai 2025

Sesi November

Ujian LisanUjian Bertulis

Jadual Peperiksaan SPMU

Berikut dikongsikan jadual waktu peperiksaan SPMU 2025 (RASMI):
spmu
spmu

Nota Dan Arahan Peperiksaan

Panduan buat calon yang bakal menduduki peperiksaan ini:
No.Aspek
1Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis, ujian mendengar atau melaksanakan ujian bertutur akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor hospital kerajaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPMU 2025.
2Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM 30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
3Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya.
4Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2025 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon

Maklumat Lanjut

No.Maklumat
1Link muat turun Jadual waktu Peperiksaan SPMU dan PDF boleh didapatkan di sini.

Diharap agar perkongsian Jadual Peperiksaan SPMU 2025 dapat membantu anda membuat persediaan yang rapi. Semoga calon peperiksaan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Tinggalkan Balasan