Semakan Keputusan SPMU 2023 Online (SPM Ulangan)

Panduan buat calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pada tahun 2023. Pasti anda tertanya-tanya bilakah tarikh semakan keputusan SPMU 2023 akan diumumkan/ dikeluarkan. Merujuk kepada tarikh keputusan tahun-tahun lepas, keputusan SPMU dijangka akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekitar bulan Ogos/ September 2023. Tarikh rasmi akan diumumkan di Portal Rasmi KPM.

Buat makluman semua, SPMU akan diadakan dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan November setiap tahun. Bagi kertas sesi Jun, peperiksaan SPMU hanya melibatkan tiga kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. Untuk sesi November, calon SPMU akan menduduki kertas peperiksaan dan pada tarikh yang sama dengan calon peperiksaan SPM. Para pelajar berpeluang untuk memilih antara semua kertas peperiksaan yang ada ditawarkan.

semakan keputusan spmu online

Semakan Keputusan SPMU 2023 Online Dan SMS

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan iaitu secara atas talian dan melalui SMS. Walau bagaimanapun ia hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Penyataan keputusan peperiksaan SPMU 2023 bagi calon akan dimaklumkan melalui pos atau calon-calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

Tarikh Penting

Berikut dikongsikan maklumat tarikh semakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) buat rujukan pelajar.

Tarikh yag tepat akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

  • Tarikh Buka : 12 Oktober 2023, 1000 pagi
  • Tarikh Tutup : 18 Oktober 2023, 600 petang

Cara Membuat Semakan Keputusan SPMU 2023 Online

*Cara membuat semakan secara Online adalah melalui

Semakan Secara SMS

Keputusan SPMU 2023 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.

  • Taip: SPMU (jarak) NoKP (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888
  • Contoh: SPMU 990568035321 WY008A040 SMS ke 15888

Pernyataan Keputusan SPMU 2023

Calon yang mempunyai masalah capaian internet atau berkaitan boleh mendapatkan keputusan masing-masing dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Semakan Keputusan SPM Ulangan SPMU 2023 dapat membantu memudahkan urusan anda. Semoga calon peperiksaan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Tinggalkan Balasan