Format Baharu SPM Bermula Tahun 2021

Makluman kepada pelajar Tingkatan Lima pada tahun 2021 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan format baharu bagi penyelarasan subjek mata pelajaran baharu di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Di bawah dikongsikan format baharu SPM beserta manual pentaksiran bermula tahun 2021 sebagai rujukan semua terutamanya kepada pelajar, ibu bapa dan guru-guru.

Bermula tahun 2020, pelajar Tingkatan Empat akan menggunakan pakej mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pakej Sastera dan Kemanusiaan yang baru bagi menggantikan aliran sains dan sastera yang dimansuhkan. Maka, pelajar Tingkatan Empat pada tahun 2020 akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2021 dengan menggunakan format baharu. Sebagai makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memuat naik maklumat terkini SPM di laman rasmi Lembaga Peperiksaan pada minggu kedua bulan Mac 2020.

format baharu SPM 2021

Format Dan Manual Pentaksiran Baharu Peperiksaan SPM Bermula Tahun 2021

Untuk makluman, KPM berada dalam fasa akhir untuk memuktamadkan format yang akan dilaksanakan. Berikut adalah maklumat berkaitan terkini peperiksaan SPM bermula tahun 2021.

Tarikh Pelaksanaan

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim telah menyatakan tarikh pelaksanaan adalah seperti berikut:

TARIKH PENTING

PendaftaranPelaksanaan
Mac 2020
SPM 2021
*Sekolah boleh mula mendaftar pakej mata pelajaran sebaik sahaja diumumkan oleh KPM

Dengan pelaksanaan Format Instrumen Peperiksaan yang baharu mulai tahun 2021, pelaksanaan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi murid Tingkatan Empat tahun 2020 adalah sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Muat Turun Format Baharu SPM 2021 Dan Manual Pentaksiran

Maklumat berkaitan format baharu peperiksaan SPM boleh dimuat turun atau didownload pada pautan berikut:

i) Mata pelajaran akademik KSSM

FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021

BAHASA MELAYUformat baharu spm 2021BAHASA INGGERIS

Format instrumen peperiksaan SPM baharu untuk mata pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan (Add Math) :-

MATEMATIKformat baharu spmMATEMATIK TAMBAHANformat baharu spm

Format instrumen peperiksaan SPM baharu 2021 untuk mata pelajaran Sains dan Sains Tambahan, Kimia, Biologi & Fizik :-

SAINSformat baharu spmFIZIK, KIMIA, BIOLOGI & SAINS TAMBAHANformat baharu spm

Berikut adalah Format instrumen peperiksaan SPM baharu 2021 untuk mata pelajaran Sejarah dan Geografi :-

SEJARAH

format baharu spmGEOGRAFIformat baharu spm

Untuk memuat turun format instrumen peperiksaan SPM untuk semua mata pelajaran yang lengkap berdasarkan surat siaran Lembaga Peperiksaan Bil 4 Tahun 2020, sila klik pautan berikut :-

ii) Mata Pelajaran Elektif Teknikal (KSSM Sekolah Menengah Teknik)

NoKod MPMata PelajaranFormatManual Pentaksiran
1
3759
Lukisan Kejuruteraan
klik sini
klik sini
2
3760
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
klik sini
klik sini
3
3761
Pengajian Kejuruteraan Awam
klik sini
klik sini
4
3762
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
klik sini
klik sini

Maklumat Lanjut

Kepada pelajar, guru atau ibu bapa yang ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan format terkini peperiksaan SPM, anda boleh merujuk:

Semoga perkongsian di atas berguna untuk panduan semua. Selamat maju jaya diucapkan kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan SPM dan diharapkan keputusan peperiksaan calon akan lebih baik dengan pengenalan format ini.

Tinggalkan Balasan