Jadual Tarikh Pembayaran Pencen 2024 Pesara Kerajaan

Golongan pesara kerajaan yang mengambil skim pencen pastinya tertanya-tanya bilakah tarikh pembayaran pencen sepanjang tahun ini? Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Bahagian Pencen akan mengeluarkan jadual pembayaran pencen untuk memudahkan urusan pesara-pesara kerajaan dan juga waris atau tanggungan pesara yang menerima pencen. Di bawah dikongsikan Jadual Tarikh Pembayaran Pencen 2024 Pesara Kerajaan untuk rujukan semua.

Tarikh pembayaran pencen pesara kerajaan setiap bulan lazimnya ditetapkan lebih awal daripada emolumen anggota penjawat awam. Namun begitu, JPA menyatakan tarikh pembayaran masih tertakluk kepada sebarang pindaan yang akan dikemaskini dengan segera. Oleh itu, penerima hendaklah merancang urusan kewangan masing-masing supaya tidak boros berbelanja dan sentiasa berhemah.

Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan

Jadual Pencen 2024 Pesara Kerajaan : Tarikh Pembayaran Mengikut Bulan & Hari

Berikut adalah Jadual Tarikh Pembayaran Pencen 2024 Pesara Kerajaan yang diumumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Ringkasan adalah seperti berikut :-

  • Januari – 19.01.2024 (Jumaat)
  • Februari – 21.02.2024 (Rabu)
  • Mac – 21.03.2024 (Khamis)
  • April – 19.04.2024 (Jumaat)
  • Mei – 17.05.2024 (Jumaat)
  • Jun – 12.06.2024 (Rabu)
  • Julai – 17.07.2024 (Rabu)
  • Ogos – 21.08.2024 (Rabu)
  • September – 20.09.2024 (Jumaat)
  • Oktober – 22.10.2024 (Selasa)
  • November – 21.11.2024 (Khamis)
  • Disember – 18.12.2024 (Rabu)

Untuk jadual yang lebih lengkap dan jelas, sila rujuk di bawah.

Pembayaran pencen perkhidmatan anggota pasca perkhidmatan awam akan dibayar sebulan sekali dan dibuat serentak untuk semua negeri di seluruh Malaysia.

Jadual Pembayaran Pencen Kerajaan Tahun 2024

Bulan

Tarikh

Hari

Catatan

Januari19.01.2024JumaatHari Thaipusam: 25 Jan
Februari21.02.2024RabuTahun Baru Cina: 10 & 11 Feb
Mac21.03.2024Khamis
April19.04.2024JumaatHari Raya Puasa: 10 & 11 Apr
Mei17.05.2024JumaatHari Pesta Kaamatan: 30 & 31 Mei
Jun12.06.2024RabuHari Gawai: 1 & 2 Jun

Hari Raya Haji: 17 & 18 Jun

Julai17.07.2024Rabu
Ogos21.08.2024Rabu
September20.09.2024Jumaat
Oktober22.10.2024SelasaHari Deepavali: 31 Okt
November21.11.2024Khamis
Disember18.12.2024RabuHari Krismas: 25 Disember

Sumber tarikh pembayaran pencen pesara kerajaan boleh didapati di portal rasmi bahagian pencen JPA di pautan berikut :-

Semakan Penyata Pencen

Pesara kerajaan juga boleh mendapatkan penyata pembayaran pencen untuk urusan kewangan dan sebagainya di aplikasi MyPesara yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Amanah Persaaraan (KWAP).

JPA telah memberikan tugas pengurusan persaraan penjawat awam seperti pemprosesan dan pembayaran faedah kepada KWAP. Antara perkhidmatan lain yang disediakan adalah :-

  • Menguruskan fail dan dokumentasi persaraan
  • Menguruskan proses pemberhentian atau penggantungan bayaran pencen
  • Memproses bayaran balik kepada agensi atau individu bagi potongan daripada faedah persaraan
  • Memproses potongan faedah persaraan bagi hutang-hutang kerajaan atau atas perintah mahkamah
  • Menguruskan penyelarasan pencen
  • Menguruskan bayaran faedah persaraan yang merangkumi Ganjaran Perkhidmatan, Wang Gantian Cuti Rehat, pencen bulanan, Bantuan Mengurus Jenazah, bayaran balik tuntutan ubat dan alatan perubatan serta bayaran lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
  • Menguruskan pengiraan tempoh perkhidmatan dan Faedah Persaraan

Muat turun aplikasi MyPesara di pautan berikut :-

Maklumat Lanjut

Anda yang mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan pembayaran pencen boleh membuat layari atau hubungi :-

  • Portal Rasmi Bahagian Pencen JPA
  • No. Telefon : 03-8887 8777
  • Laman Sesawang Rasmi : KWAP
  • No. Telefon : 03 2174 8000
  • emel : mypesara@kwap.gov.my

Diharapkan perkongsian Jadual Tarikh Pembayaran Pencen 2024 Pesara Kerajaan dapat membantu pesara kerajaan atau waris pesara untuk menguruskan peruntukan kewangan yang diterima sebagai pencen pada setiap bulan.

Rel : tanggungan waris pesara, tarikh bayaran pencen bulanan, pembayaran pencen bulanan, tarikh bayaran pencen 2024, pencen jabatan perkhidmatan awam, hutang kerajaan,

Tinggalkan Balasan