Jadual Peperiksaan STPM 2022/2023

Panduan buat pelajar terutamanya pelajar Tingkatan Enam (Form 6) yang bakal menduduki peperiksaan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) pada tahun 2022/ 2023. Adakah anda sudah bersedia untuk menduduki peperiksaan STPM (Peperiksaan Bertulis)? Sudahkah anda tahu bilakah tarikh peperiksaan bertulis STPM untuk setiap subjek pada tahun ini akan berlangsung berdasarkan Jadual Peperiksaan STPM 2022/2023?

Dahulunya dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC), STPM adalah sejenis peperiksaan pra-universiti yang diduduki oleh para pelajar tingkatan 6 di Malaysia. Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan STPM 2022/2023 yang memaparkan maklumat berkaitan peperiksaan bertulis untuk setiap subjek. Jadual yang dikeluarkan oleh MPM ini termasuk Jadual Peperiksaan STPM Penggal 2 dan 3, Ulangan 1 dan 2 bagi tahun 2022.

Jadual Peperiksaan STPM

Jadual Peperiksaan STPM 2022/2023 (Exam Bertulis Semester Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia)

Berikut dikongsikan jadual peperiksaan STPM 2022/ 2023 yang meliputi jadual STPM Semester 1 & 2 2023, Semester 3 2022, Ulangan Semester 1 2022 dan Ulangan Semester 2 2022. Antara butiran yang dipaparkan dalam jadual adalah tarikh, waktu peperiksaan, masa (durasi) dan nama kertas (subjek).

Berikutan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadualkan semula peperiksaan di bawah kendalian KPM.

Penjadualan semula di buat setelah meneliti keadaan semasa dan memastikan semua kurikulum mata pelajaran tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

JADUAL PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2022/2023

1. STPM Semester 1 2023

  • Tarikh Peperiksaan Bertulis: 9, 13, 14, 15 dan 16 Februari 2023

jadual stpm peperiksaan bertulis semester

2. STPM Semester 2 2023

  • Tarikh Peperiksaan Bertulis: akan dikemaskini

3. STPM Semester 3 2022

  • Tarikh Peperiksaan Bertulis: 4, 5, 6, 10, 11 dan 12 April 2023

jadual stpm peperiksaan bertulis semesterjadual stpm peperiksaan bertulis semester b

4. STPM Ulangan Semester 1 2022

  • Tarikh Peperiksaan Bertulis:  9, 13, 14, 15 dan 16 Februari 2023

jadual stpm peperiksaan bertulis ulangan semester

5. STPM Ulangan Semester 2 2022

  • Tarikh Peperiksaan Bertulis:  22, 27, 28, 29 dan 30 Mac 2023

jadual stpm peperiksaan bertulis ulangan semester

 Nota Penting

  • Garis tegak di sebelah nama kertas melambangkan calon tidak boleh mengambil lebih daripada satu kertas dalam kumpulan kertas berkenaan.
  • Untuk subjek Mathematics (M), Mathematics (T), Information and Communication Technology, Physics, Chemistry, dan Biology, kertas soalan adalah dalam dwibahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Calon dibenarkan menjawab dalam bahasa Inggeris atau/dan bahasa Melayu.

KALENDAR STPM 2023

PERINGATAN MENDUDUKI STPM

Berikut dikongsikan peringatan semasa menduduki peperiksaan bertulis STPM:

  • Angka giliran dan pusat peperiksaan calon adalah seperti yang tercatat dalam LPKC.
  • Calon yang telah lulus untuk berpindah pusat peperiksaan dan menerima LPKC yang baharu hendaklah menduduki peperiksaan tersebut di pusat yang baharu. Nombor pusat dan angkar giliran yang digunakan adalah seperti yang tertera dalam LPKC yang baharu.
  • Calon yang membuat permohonan perpindahan pusat peperiksaan tetapi maklumat dalam LPKC belum dikemaskinikan di portal Majlis Peperiksaan Malaysia perlu menghubungi:
    1. Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing; atau
    2. Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, Majlis Peperiksaan Malaysia.
    3. No. Telefon talian: 03-61261600 (urusan hendaklah dilakukan tidak lewat dari 12 April 2019).

Untuk sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi :-

  • MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA, PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG, 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN
  • Tel: 03-6126 1600
  • Fax: 03-61361488
  • Portal MPM: www.mpm.edu.my
  • E-mel: ppa@mpm.edu.my

Semoga perkongsian Jadual ini boleh dijadikan panduan buat calon yang akan menduduki peperiksaan tersebut. Semoga anda berjaya dan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tahun ini.

Tinggalkan Balasan