Syarat Kemasukan Tingkatan 6 (Form 6)

Syarat Kelayakan Masuk Tingkatan 6 (Form 6). Selain IPTA, para pelajar lepasan SPM juga dapat menyambung pengajian mereka ke Tingkatan 6 atau Form 6. Panduan buat yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6, pastinya anda tertunggu-tunggu samada ditawarkan masuk ke Tingkatan 6 (Form 6) atau tidak. Tetapi sebelum itu, anda mestilah mengetahui Syarat Kemasukan Tingkatan 6 (Form 6) yang terkini untuk memudahkan urusan anda.

Untuk makluman, tawaran kemasukan Tingkatan 6 boleh disemak sekitar bulan Julai setiap tahun. Pelajar tidak perlu memohon kerana pelajar yang layak dan melepasi syarat kemasukan akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6.

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 (Form 6)

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini

Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan 6 terkini yang dikongsikan dari syarat kemasukan tahun sebelumnya untuk panduan pelajar semua. Pelajar yang tidak mendapat tawaran kemasukan boleh membuat permohonan rayuan pada tarikh yang telah ditetapkan.

Syarat Am Kemasukan Tingkatan 6

Berikut adalah syarat am kemasukan ke Tingkatan 6 terkini  :-

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  2. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2023

Syarat Khas Kemasukan Tingkatan 6

1. BIDANG SAINS

Untuk jurusan Sains, pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Pengajian Agroteknologi/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal
  • Pengurusan Makanan/Pengajian Pakaian

2. BIDANG SAINS SOSIAL

i. Sekolah Menengah Harian / Sekolah Menengah Teknik

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi/ Pendidikan Seni Visual
  • Komunikasi Visual/ Seni Halus /Teater/ Reka Bentuk / Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
  • Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV) – Pembinaan Domestik/Membuat Perabot/Kerja Paip Domestik/Pendawaian Domestik/Kimpalan Arka dan Gas/Menservis Automobil/Menservis Motosikal/Menservis Peralatan Penyejuk dan Penyaman Udara/Menservis Peralatan Elektrik Domestik/Rekaan dan Jahitan Pakaian/Katering dan Penyajian/Pemprosesan Makanan/Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut/Asuhan dan Pendidikan Awal Kanakkanak/Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik/Landskap dan Nurseri/Akuakultur dan Haiwan Rekreasi/Tanaman Makanan/Seni Reka Tanda/Hiasan Dalaman Asas/Produksi
    Multimedia/Grafik Berkomputer
  • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
  • Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab / Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun / English For Science And Technology
  • Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan
ii. Sekolah Menengah Agama
a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Dan mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:-

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu / Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/
  • Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
  • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan
b) Di Sekolah Berasrama Penuh (Agama) Di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu / Literature in English/
  • Sejarah
  • Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/
  • Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
  • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan
iii. Murid Berkeperluan Khas (MBK)

a) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu;

b) Berumur di antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari tahun semasa iaitu tahun 2023

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 : Syarat Khas

1. Bidang Sains

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran iaitu sekurang-kurangnya C bagi mata pelajaran berikut:

  • Matematik/ Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Fizik
  • Biologi
  • Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Pengajian Agroteknologi/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal
  • Pengurusan Makanan/ Pengajian Pakaian

2. Bidang Sains Sosial (Syarat Kemasukan Tingkatan 6)

i. Sekolah Menengah Harian.

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan Seni Visual
  • Komunikasi Visual
  • Seni Halus
  • Teater
  • Reka Bentuk
  • Pendidikan Muzik
  • Muzik
  • Tari
  • Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
  • Matematik/ Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science

Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

  • Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab/ Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun/ English for Science and Technology
  • Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan
ii. Sekolah Menengah Agama (Syarat Kemasukan Tingkatan 6)

a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti berikut :

  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
  • Bahasa Arab

b) Di Sekolah Berasrama Penuh Bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti berikut :

  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran

Cara Pengiraan Kemasukan Ke Tingkatan 6

Berikut adalah jadual nilai mata gred (cara pengiraan) yang digunakan untuk pemilihan pelajar ke Tingkatan 6:

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 (Form 6)

Sumber : KPM

Semoga perkongsian Syarat Kemasukan Tingkatan 6 (Form 6) ini dapat membantu memudahkan urusan permohonan anda. Selamat berusaha dan semoga berjaya!

Tinggalkan Balasan