Perhatian buat mereka yang berminat untuk menjadi salah seorang warga TUDM (Lelaki). Menerusi makluman terkini Facebook Rasmi Kerjaya Dan Pengambilan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), berikut dikongsikan maklumat pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM siri 70/ 25 untuk permohonan menyertai Perajurit Muda Udara secara online.
Lepasan SPM/ SKM dan Diploma adalah dipelawa untuk mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun secara online di https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/. Permohonan Perajurit Muda Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) lazimya dibuat secara online.
Permohonan Online Perajurit Muda (PJM) Udara TUDM 2025 (Siri 70/ 25)
Berikut dikongsikan maklumat pengambilan terkini TUDM tahun 2025 melibatkan Pengambilan Perajurit Muda Udara. Belia negara adalah dipelawa untuk memohon kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan ambilan Siri 70/ 25.
Pengambilan Terkini : Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 70/25 (Lelaki) akan dibuka mengikut tarikh permohonan yang bermula dari 5 Mei 2025 dan akan ditutup pada 30 Jun 2025. Bagi pusat pemilihan Zon Sabah & Sarawak, tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Jun 2025.
Sila rujuk iklan pengambilan terkini di Facebook Kerjaya & Pengambilan TUDM.
Sila Daftar Akaun Pemohon Dan Mula Memohon Di Laman Sesawang
Syarat-syarat Dan Kelayakan Permohonan Adalah Seperti Yang Tertera Di Laman Sesawang Kerjaya Dan Pengambilan.
Cara Memohon :
Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon)
Log masuk ke bahagian pemohon
Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan
Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda
NOTA
* Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
* Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
* Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
* Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.Pemohon yang berkelayakan akan dipanggil ke Pusat Pemilihan Awal untuk menjalani Sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara (TUDM) Lelaki Siri 70/25
Maklumat yang dikongsikan di bawah memaparkan syarat kelayakan akademik, kelayakan asas dan tarikh pemilihan awal TUDM.
Syarat Kelayakan Akademik Perajurit Muda TUDM
Sebelum membuat permohonan, sila pastikan anda melepasi syarat kelayakan akademik seperti berikut :-
- CALON LEPASAN DIPLOMA KEJURUTERAAN : Calon-calon yang mempunyai Diploma Kejuruteraan dalam bidang Mekanikal, Elektrikal, Elektronik dan yang berkaitan dengan fungsi Tred Kejuruteraan TUDM (rujuk video di bawah sebagai rujukan)
- CALON LEPASAN DIPLOMA : Calon-calon yang mempunyai Diploma dalam bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan akan diberikan keutamaan
- KELAYAKAN AKADEMIK BAGI LEPASAN SPM/ SVM: Calon-calon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Keutamaan kepada pemohon yang memilik kepujian dalam mata pelajaran berikut :-
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Fizik
Syarat Kelayakan Asas Pengambilan Perajurit Muda Udara (TUDM)
Selain syarat akademik, pemohon juga perlu memastikan diri beliau memiliki syarat-syarat asas berikut :-
- Umur : Pemohon mesti berusia tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 1 Nov 2025
- Tahap Kesihatan : Tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang, tidak mengidap penyakit Asma/ Lelah atau penyakit kronik yang lain atau tidak mempunyai penyakit keturunan
- Tahap Penglihatan : Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa menggunakan kaca mata atau kanta lengkap/ sentuh dan memiliki pengecaman warna yang sempurna (Tidak rabun/ buta warna)
- Pendengaran : Kebolehan mendengar yang baik tanpa menggunakan sebarang alat bantuan pendengaran
- Fizikal. Memenuhi syarat fizikal seperti berikut:-
a. Berat Badan Minimum. 49 kg (Lelaki) & 46kg (Wanita).
b. Ketinggian Minimum. 1.65 meter (Lelaki) & 1.60 meter (Wanita).
c. Indeks Jisim Badan (BMI). Di antara 18 hingga 25.
d. Belum berkahwin bagi wanita - Kecergasan Jasmani. Memiliki kecergasan jasmani yang tinggi.
Gaji / Elaun / Keistimewaan
Gaji Permulaan – rujuk iklan permohonan di bawah
Kenaikan tahunan – Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat
Bayaran Elaun Dan Insentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan – Bayaran Insentif Khas Pasukan Udara, Bayaran Insentif Krew Kapal Terbang, Bayaran Insentif Sabah/ Sarawak/ Semenanjung. Tuntutan perjalanan dari rumah ke tempat bertugas dan tuntutan cuti tahunan
Keistimewaan – Rawatan perubatan dan pergigian, pakai seragam, waren perjalanan tahunan, sajian dan tempat tinggal bagi bujang serta caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
TRED DALAM TUDM |
Jadual Senarai Diploma Kejuruteraan (Senarai Diploma Tugas Khusus)
Maklumat dari pengambilan sebelumnya
Berikut adalah senarai diploma tugas khusus :-
Ketukangan
Ketukangan bagi Anggota Lain-Lain Pangkat TUDM mengikut pecahan berikut :-
a) Kejuruteraan
- Aeromech
- Avionik
b) Penerbangan
- Kuartermaster Udara (KU)
c) Sistem Darat
- Pembantu Kawalan Trafik Udara (PKTU)
- Juruteknik Pengawasan Udara (JPU)
- Bomba
d) Materiel
- Materiel
- Pengurusan Pengangkutan Kenderaan
e) Urusetia
- Pembantu Pentadbiran
- Pembantu Pertahanan
- Jurulatih Jasmani
- Chef Tentera
- Pancaragam
Pemilihan Pengambilan Perajurit Muda Udara Terkini
Permohonan terkini Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 70/25 (Lelaki) secara walk in ke Pusat Pemilihan adalah tidak diterima. Di bawah adalah perkongsian maklumat pengambilan sebelum ini sebagai rujukan.
Lokasi Pemilihan Awal Mengikut Zon
Berikut adalah senarai lokasi pemilihan awal Perajurit Muda Udara TUDM siri 67/ 23 mengikut zon/ negeri/ kawasan (akan dikemaskini) :-
Zon Sabah, Sarawak Dan Zon Utara
Zon Selatan, Timur Dan Tengah
Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM
Maklumat berkaitan pemilihan Awal tahun 2025 akan dikemaskini sebaik sahaja dimaklumkan. Maklumat di bawah adalah untuk pengambilan tahun 2020.
Jika Anda Adalah Seorang Pemegang Diploma Dari Pusat Pengajian Yang Tersenarai Dan Jurusan Seperti Di Bawah, Anda Boleh Menghadirkan Diri Di Lokasi Terakhir Bagi Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara Siri 63/2020 – Julai 2020
Senarai Pusat Pengajian
|1| Universiti Teknologi Malaysia (Utm)
|2| Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Uthm)
|3| Universiti Malaysia Perlis (Unimap)
|4| Universiti Teknologi Mara (Uitm)
|5| Universiti Malaysia Pahang (Ump)
|6| Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem)
|7| Universiti Kuala Lumpur (Unikl-miat)
|8| International University And Colleges (Inti)
|9| Ucsi University
|10| Universiti Selangor (Unisel)
|11| Multimedia University (Mmu)
|12| Management & Science University (Msu)
|13| Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (Psa)
|14| Politeknik Premier Ungku Omar (Puo)
|15| Politeknik Premier Ibrahim Sultan (Pis)
|16| Politeknik Banting, Selangor
|17| Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
|18| Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Kelantan
|19| Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah
|20| Politeknik Mersing, Johor
|21| Politeknik Merlimau, Melaka
|22| Politeknik Port Dickson
|23| Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak
|24| Politeknik Sultan Mizan Abidin, Dungun, Terengganu
|25| Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
|26| Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
|27| Politeknik Sultan Idris, Sabak Bernam, Selangor
|28| Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu, Pahang
|29| Politeknik Seberang Prai, Permatang Pauh, Pulau Pinang
|30| Politeknik Kuching, Sarawak
|31| Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu
|32| Politeknik Mukah, Sarawak
|33| Politeknik Melaka
|34| Politeknik Nilai, Bandar Enstek, Negeri Sembilan
Senarai Diploma (Tugas Khusus)
|1| Diploma Kejuruteraan Mekanikal
|2| Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Am)
|3| Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik)
|4| Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
|5| Diploma Kejuruteraan Mekatronik
|6| Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik)
|7| Diploma Kejuruteraan Mekanikal Aeroangkasa
|8| Diploma Kejuruteraan Automotif
|9| Diploma Kejuruteraan Elektro Mekanikal
|10| Diploma Kejuruteraan Jentera (Am)
|11| Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat
|12| Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
|13| Diploma Teknologi Penyelenggaraan Helikopter
|14| Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat Terbang
|15| Diploma Kejuruteraan Elektrik
|16| Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
|17| Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
|18| Diploma Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan)
|19| Diploma Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik)
|20| Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa Dan Kawalan)
|21| Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektrik Dan Elektronik)
|22| Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kejuruteraan Elektrik)
|23| Diploma Kejuruteraan Elektronik
|24| Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
|25| Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan)
|26| Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
|27| Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
|28| Diploma Teknologi Penyelenggaraan Avionik
Keperluan Dan Tatacara Sebelum Memasuki Dewan Pemilihan
* Calon Perlu Hadir Bersama Dokumen, Alat Tulis Dan Pakaian Seperti Dibawah. Hanya Calon Yang Hadir Bersama Dokumen Yang Lengkap Dan Berpakaian Seperti Dinyatakan Sahaja Diterima Masuk Ke Dewan Pemilihan.
- 1. 1 Salinan Mykad, Sijil Lahir Terkini, Sijil Diploma, Spm Dan Sijil Sukan Yang Aktif Mewakili Negeri Dan Kebangsaan Sahaja (Contoh : Sukan Sukma). Lain-lain Sijil Tidak Diperlukan.
- 2. Alat Tulis Secukupnya.
- 3. Berpakaian Sukan Lengkap (Seluar Track Suit, Baju T-shirt Berkolar Dan Kasut Sukan).
(Tahun 2025 akan dikemaskini)
Semakan Keputusan Ke Pemilihan Awal Pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM
Semakan keputusan panggilan ke pemilihan awal Pengambilan Perajurit Muda Udara siri 70/25 lelaki boleh dibuat di akaun pemohon bermula tarikh yang akan dikemaskini.
Hanya pemohon yang layak dan terpilih sahaja dikehendaki hadir ke pusat pemilihan untuk menjalani temuduga pemilihan awal mengikut tarikh dan tempat yang telah ditetapkan.
Muat turun borang permohonan dan bawa bersama semasa menghadiri temuduga pemilihan awal.
Log masuk akaun pemohon di http://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
- Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM
No. Tel: 03 – 4017 0100
Hari : Isnin – Jumaat
Masa : 9.00pg – 4.00ptg - LAMAN SESAWANG RASMI : www.airforce.mil.my/kerjaya/pengambilan-terkini
FACEBOOK PAGE (Interaktif) : www.facebook.com/kerjayatudm
Rel : lelaki dan wanita, perajurit muda pjm udara, skm tahap 3, skm tahap 2,