Permohonan Perodua Academy 2024/ 2025 (Pengambilan Pelajar)

Berita baik buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk menyertai kursus automotif yang disediakan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (PERODUA). Syarikat pengeluar automotif negara kedua ini menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang kenderaan melalui Perodua Academy. Oleh itu, berikut dikongsikan Permohonan Perodua Academy 2024/ 2025 (Pengambilan Pelajar) untuk panduan semua.

Industri automotif yang kian membangun memerlukan tenaga kerja yang mahir dalam memastikan industri ini terus berkembang dan mampu menampung kehendak pengguna di dalam negara. Justeru, Perodua telah mengambil inisiatif untuk menawakan beberapa sijil kemahiran awam dalam bidang automotif dan calon berpeluang untuk memiliki kerjaya di syarikat Perodua.

Permohonan Perodua Academy Pengambilan Pelajar

Pengambilan Pelajar Ke Perodua Academy Sesi 2024/ 2025 

Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan pengambilan pelajar iaitu Permohonan Perodua Academy sesi 2024/ 2025.

Anda boleh merujuk syarat-syarat kelayakan, pautan permohonan dan kursus atau sijil kemahiran yang ditawarkan di Perodua Academy.

Syarat Kelayakan Perodua Academy

Di bawah adalah syarat-syarat yang ditetapkan untuk menentukan kelayakan pemohon bagi kemasukan ke Perodua Academy tahun 2024/2025:-

  1. Calon merupakan Warganegara Malaysia
  2. Lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Kelayakan 3M (Membaca, Mengira, Menulis)
  4. Calon sihat tubuh badan
  5. Tidak rabun warna
  6. Berumur 18 hingga 25 tahun
  7. Lelaki sahaja

Kursus yang ditawarkan

Berikut pula adalah senarai kursus atau sijil kemahiran yang ditawarkan oleh Perodua Academy bagi sesi ambilan tahun 2024/2025 :-

  • Tahap Dua (2) 8 Bulan : Perkhidmatan Pembaikan – Kenderaan Ringan (G452-002-2:2018)
  • Tahap Tiga (3) 8 Bulan : Servis Diagnostik – Kenderaan Ringan (G452-002-3:2018)
  • Tahap Tiga (3) 14 Bulan : Pembaikan Badan Kenderaan Automotif (G452-006-3:2019)
  • Tahap Tiga (3) 14 Bulan : Pengemasan & Pengecatan Semula Kenderaan (G452-005-3:2019)

Pautan Borang Permohonan Perodua Academy

Sekiranya anda menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan berminat untuk mengikuti kursus atau sijil kemahiran yang ditawarkan di atas, klik pada pautan permohonan di bawah untuk memohon kemasukan ambilan tahun 2024/2025 :-

Permohonan secara online sahaja disediakan dan anda perlu mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan dengan tepat seperti nombor telefon dan emel yang aktif digunakan.

Pemohon seterusnya perlu memilih lokasi temuduga yang berdekatan untuk proses temuduga. Pilihan lokasi temuduga adalah :-

  • Alor Setar, Kedah
  • Sg Petani, Kedah
  • Juru, Pulau Pinang
  • Ipoh, Perak
  • HQ Perodua, Rawang, Selangor
  • Petaling Jaya, Selangor
  • Seremban, Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Batu Pahat, Johor
  • Johor Bharu, Johor
  • Kuantan, Pahang
  • Kuala Terengganu, Terengganu
  • Kota Bharu, Kelantan
  • Kuching, Sarawak
  • Kota Kinabalu, Sabah

Nota : Calon boleh memilih lokasi temuduga yang bergantung kepada Pusat Latihan Perodua Academy. Calon yang memenuhi kelayakan akan dihubungi oleh pihak Perodua Academy untuk menghadiri sesi temuduga

Kemudahan Latihan Perodua Academy

Perodua sebagai peneraju automotif di Malaysia juga menyediakan kemudahan-kemudahan latihan seperti berikut:-

  1. Tempat latihan amali dan teori yang kondusif
  2. Hostel dan pengangkutan disediakan*
  3. Makan dan minum  sepanjang sesi latihan*
  4. Pakaian uniform dan safety shoes disediakan
  5. Latihan di pusat SVC dan BNP Perodua

*Terhad dipusat latihan sahaja

Iklan Permohonan

Iklan Permohonan kemasukan Kursus Automotif oleh Perodua Academy boleh dirujuk di Laman Facebook Rasmi Perodua Academy

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh layari atau hubungi Perodua Academy di :-

  • Facebook Rasmi : Pusat Latihan Teknikal Perodua
  • No. Tel : 03 6733 8888
  • Alamat : Pusat Latihan Teknikal Perodua, Sg. Choh, Locked Bag 226, 48009, Rawang, Selangor

Semoga perkongsian maklumat berkenaan Pengambilan Pelajar ke Perodua Academy 2024/ 2025 dapat membantu anda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati.

Tinggalkan Balasan