Semakan Tawaran Tingkatan 6 2024 Online & SMS

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2023 Online. Panduan buat mereka yang ingin menyambung pelajaran pasca Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Memasuki Tingkatan 6 atau Form 6 adalah salah satu pilihan buat pelajar Lepasan SPM yang masih tercari-cari halatuju pengajian mereka. Berikut dikongsikan maklumat semakan tawaran Tingkatan 6 tahun 2023 yang boleh disemak secara online dan SMS. Maklumat semakan bagi tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Untuk makluman, tarikh rasmi keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan enam di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan akan diumumkan melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala. Jangkaan adalah pada bulan Jun/ Julai 2023 iaitu selepas result SPM diumumkan.

  • Senarai Top 10 Sekolah Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia klik Top School

semakan tawaran tingkatan 6 secara online dan sms

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2023-2024 Online (Semester 1)

Sebagai panduan, berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 tahun 2023.  Juga dikongsikan tarikh-tarikh keputusan tawaran pada tahun-tahun sebelumnya sebagai rujukan dan perbandingan:-

Nota : Sebarang pengumuman tarikh semakan akan dikeluarkan melalui portal Kementerian Pendidikan Malaysia, (https://moe.gov.my).

TARIKH SEMAKAN TAWARAN FORM 6
DibukaDitutup
3 Julai 2023
17 Julai 2023
i) Soalan lazim kemasukan Tingkatan 6 klik FAQ Form 6

*Pelajar adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi daripada KPM mengenai tarikh semakan tawaran tingkatan 6 sesi 2023-2024 yang akan dikemaskini dari masa ke semasa.

TARIKH SEMAKAN TAHUN SEBELUMNYA
20227 Julai 2022 hingga 24 Julai 2022
20215 Julai 2021 hingga 15 Julai 2021
20201 Julai 2020 hingga 14 Julai 2020
201916 April 2019 hingga 17 Mei 2019
201816 April 2018 hingga 16 Mei 2018
201716 April 2017 hingga 12 Mei 2017
201614 April 2016 hingga 27 Mei 2016
201515 April 2015

Semakan Tawaran Tingkatan 6 Bawah Tahun 2023

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai tarikh semakan, applikasi semakan dan sebagainya buat panduan pelajar semua :-

1) Semakan secara online

  • Keputusan tawaran Tingkatan 6 boleh disemak bermula tarikh 3 Julai 2023
  • Pendaftaran kemasukan adalah pada 3 Julai 2023. Pendaftaran murid perlu dibuat secara dalam talian di Modul Pendaftaran Murid Tingkatan Enam
    • Sila Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda tanpa ada sempang
  • Jangan hadir bersemuka di Sekolah/PPD/JPN. Sebarang pertanyaan boleh rujuk JPN/PPD/Sekolah melalui telefon/email.
  • Senarai Sekolah yang menawarkan kemasukan Tingkatan 6 : klik FORM 6

Nota

  • Semua murid yang layak akan diberikan surat tawaran secara dalam talian
  • Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, Matrikulasi dan lain-lain PERLU MENGESAHKAN PENDAFTARAN kemasukan ke Tingkatan 6 sehingga mendapat pengesahan tawaran daripada institusi lain
  • Sesi pengajian bagi Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023 akan bermula pada 16 Julai 2023 bagi sekolah dalam negeri kumpulan A (Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu) dan pada 17 Julai 2023 bagi sekolah dalam negeri kumpulan B (Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)

2) Tiada Capaian Internet

Bagi murid lepasan SPM tahun 2022 yang tidak mempunyai capaian internet, calon boleh membuat semakan melalui sekolah masing-masing

3) Semakan melalui SMS

Tidak disediakan tahun ini

Untuk tahun 2021 akan dikemaskini. Maklumat semakan dibawah adalah info tahun 2020

Pelajar boleh membuat semakan melalui SMS dengan mengikuti langkah berikut:-

1) Taip MOE<jarak>T6<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar SMS ke 15888
2) Taip MOE<jarak>T6<jarak>Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6 2023

Bagi mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan bermula tarikh 3 hingga 17 Julai 2023 melalui kaedah berikut :-

  1. Bagi calon SPM tahun 2022, rayuan boleh dibuat secara online di aplikasi semakan tawaran.
  2. Bagi pelajar Calon persendirian, sekolah swasta dan Sekolah menengah agama negeri, rayuan adalah melalui borang T6BCP (Manual)
  3. Bagi murid lepasan SPM tahun 2022 yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan membantu menguruskan rayuan murid

Maklumat lanjut, sila rujuk kepada panduan borang rayuan kemasukan Tingkatan 6

Kepada pelajar yang telah membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6,semakan keputusan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah (Form 6) Sesi akademik 2023/ 2024 akan diumumkan pada 24 Julai 2023

Tarikh Penting Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2023

 

NoTarikhPerkara
1
3 Julai 2023
Tarikh Hebahan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam. Pengesahan dan pendaftaran online
2
3 Julai 2023
Tarikh Permohonan Rayuan Dibuka : T6BKK, T6BRU, T6BCP (Online) dan Bukan Warganegara (Manual)
3
17 Julai 2023
Tarikh Rayuan Ditutup
4
24 Julai 2023
Tarikh Hebahan Keputusan Rayuan
5
16/17 Julai 2023
Sesi Pengajian Bermula
6
25 Julai 2023
Tarikh Lapor diri ambilan rayuan

*NOTA : Tarikh RASMI akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Soalan Penting Tawaran Tingkatan 6

1. Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Bawah selepas keputusan SPM diumumkan?

  • Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dilakukan melalui laman web KPM dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.

2. Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi tujuan pendaftaran masuk?

  • Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang dipaparkan. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun.

Semoga perkongsian Semakan Tawaran Tingkatan 6 2023 Online ini dapat membantu memudahkan urusan permohonan anda. Selamat berusaha dan semoga berjaya!

Tinggalkan Balasan