Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6

Borang Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2024. Panduan buat mereka yang ingin menyambung pelajaran pasca Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Memasuki Tingkatan 6 atau Form 6 adalah salah satu pilihan buat pelajar Lepasan SPM yang masih tercari-cari halatuju pengajian mereka. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 sesi 2023-2024 untuk pelajar yang gagal mendapat tawaran atau ingin menukar jurusan.

Untuk makluman, tarikh rasmi keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan enam di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan akan diumumkan kebiasaannya selepas result SPM diumumkan.

  • Senarai Top 10 Sekolah Terbaik STPM klik Top School STPM
  • Senarai Sekolah Bantuan Kerajaan yang menawarkan kemasukan Tingkatan 6, klik Sekolah Form 6

Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2021

Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 Sesi 2023-2024

Berikut dikongsikan maklumat mengenai borang rayuan kemasukan tingkatan 6 2023 meliputi pautan muat turun borang rayuan, kategori rayuan dan tarikh penting rayuan. Bagi tahun 2024 akan dikemaskini

TARIKH RASMI RAYUAN TINGKATAN 6 

  • Dibuka : 3 Julai 2023
  • Ditutup : 17 Julai 2023

Tarikh adalah rasmi seperti diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rayuan boleh dibuat secara atas talian di

ATAU

Secara manual melalui Borang T6BKK (Sekolah Menengah Kerajaan dan Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan) dan Borang T6BCP (Calon persendirian, sekolah swasta dan Sekolah menengah agama negeri).

Senarai kategori borang rayuan dan panduan cara membuat rayuan bagi tahun sebelum ini adalah seperti berikut :-

JENIS BORANG RAYUAN

Permohonan rayuan kategori T6BKK, T6BRU boleh dibuat secara dalam talian (online) di SST6 MOE dan juga luar talian (manual) seperti panduan berikut:-

i) Borang T6BRU (Rayuan Umum)

a) Borang Manual T6BRU

Calon sekolah yang layak tetapi tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Semester 1 boleh memuat turun borang T6BRU dalam talian https://sst6.moe.gov.my/ dengan melengkapkan borang T6BRU mulai 3 hingga 17 Julai 2023 kecuali calon yang telah mengisi permohonan secara dalam talian.

Calon yang tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023 disebabkan gagal memperoleh gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM 2022, tetapi berjaya mendapat kepujian tersebut dalam peperiksaan SPM Ulangan boleh membuat rayuan.

Calon boleh membuat rayuan untuk masuk ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023 ke JPN/PPD berkenaan dengan menggunakan borang T6BRU mulai 3 Julai 2023.

Umur calon adalah seperti yang ditetapkan dalam syarat am.

Semua rayuan yang diterima lewat dari tarikh 17 Julai 2023 tidak akan dipertimbangkan. Kelulusan permohonan adalah tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan.

Panduan Mengisi Borang T6BRU

Borang T6BRU (LAMPIRAN 4) ini adalah untuk murid membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023.

Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut:

  • a. Keputusan peperiksaan SPM;
  • b. Sijil kelahiran;
  • c. Kad pengenalan/pasport;
  • d. Sijil berhenti sekolah; dan
  • e. Bil utiliti.

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 17 Julai 2023.

Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  • a. Lulus dalam peperiksaan SPM dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan;
  • b. Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain, kecuali murid berkeperluan khas (MBK); dan
  • c. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am.

Kelulusan permohonan ini juga bergantung pada kekosongan tempat

Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan

ii) Borang T6BKK

Untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam (berdasarkan pencapaian kokurikulum) kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK)

Pertimbangan kelonggaran syarat akan hanya mengambil kira penglibatan kegiatan kokurikulum pemohon dalam bentuk rekod bertulis (merujuk kepada markah kokurikulum).

Borang ini hendaklah disertakan bersama-sama dengan salinan dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut:

  • a. Keputusan peperiksaan SPM 2022;
  • b. Sijil kelahiran;
  • c. Kad pengenalan/pasport;
  • d. Sijil berhenti sekolah;
  • e. Pelaporan PAJSK; dan
  • f. Dokumen lain yang berkenaan.

Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  • a. Lulus dalam peperiksaan SPM 2022 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum;
  • b. Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain; dan
  • c. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am

iii) Borang T6BCP (Borang Rayuan Permohonan Tingkatan 6)

T6BCP adalah untuk CALON PERSENDIRIAN, SEKOLAH SWASTA dan SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI yang memohon memasuki Tingkatan Enam di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan

Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dengan satu salinan dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut:

  • a. Keputusan peperiksaan SPM 2022;
  • b. Sijil kelahiran;
  • c. Kad pengenalan/pasport;
  • d. Sijil berhenti sekolah;
  • e. Sijil-sijil persekolahan peringkat menengah; dan
  • f. Bil utiliti.

Borang ini hendaklah dikembalikan ke JPN/ PPD yang berkenaan

Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Lulus dalam peperiksaan SPM 2022 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan;
  2. Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain; dan
  3. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am

Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar dan rekod disiplin yang baik. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh JPN/PPD kepadasemua calon melalui emel atau medium yang bersesuaian. Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak

Untuk menukar jurusan, pelajar perlu mengisi Borang T6BRTJ

iv) Borang T6BRTJ (Borang Rayuan Permohonan Tingkatan 6)

Untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak membuat rayuan tukar bidang Tingkatan Enam. Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  1. a. Keputusan peperiksaan SPM 2022;
  2. b. Inventori minat kerjaya; dan
  3. c. Dokumen yang berkaitan.

Borang ini hendaklah dikembalikan kepada JPN/PPD dengan mendapat perakuan pengetua Kolej/ Pusat Tingkatan Enam yang ditempatkan.

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 17 Julai 2023.

Kelulusan permohonan ini juga bergantung pada kekosongan tempat.

Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh JPN kepada semua murid melalui Kolej/ Pusat Tingkatan Enam masing-masing. Keputusan permohonan akan dimaklumkan pada 17 Julai 2023.

Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan

DOWNLOAD BORANG RAYUAN TINGKATAN 6 (ENAM)

Berikut adalah tarikh penting dan cara semakan keputusan rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 2023:-

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN TINGKATAN 6 

Dibuka : 24 Julai 2023

Ditutup : –

Aplikasi Pautan Semakan Rayuan Form 6 : KEPUTUSAN RAYUAN TINGKATAN 6 ONLINE

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan mulai 15 Julai 2020

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2023 ini dapat membantu memudahkan urusan permohonan anda. Selamat berusaha dan semoga berjaya!

INFO BERKAITAN 

1. Syarat Kemasukan Tingkatan 6 2023

2. Soalan Lazim FAQ Kemasukan Tingkatan 6

Tinggalkan Balasan