Senarai Sekolah Yang Menawarkan Kemasukan Tingkatan 6. Selain IPTA, para pelajar lepasan SPM juga dapat menyambung pengajian mereka ke Tingkatan 6 atau Form 6. Panduan buat yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Tingkatan 6, pastinya anda tertunggu-tunggu samada ditawarkan masuk ke Tingkatan 6 (Form 6) atau tidak. Tetapi sebelum itu, anda mestilah mengetahui Senarai Sekolah Tingkatan 6 Dan Pakej Subjek Yang Ditawarkan yang terkini untuk memudahkan urusan anda.
Untuk makluman, tawaran kemasukan Tingkatan 6 boleh disemak sekitar bulan April 2019. Pelajar tidak perlu memohon kerana pelajar yang layak dan melepasi syarat kemasukan akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6.
Senarai Sekolah Tingkatan 6 Dan Pakej Mata Pelajaran Yang Ditawarkan
Buat pengetahuan semua, anda tidak perlu memohon masuk ke tingkatan 6. Tawaran kemasukan adalah secara automatik kepada pelajar yang layak. Sekiranya gagal ditawarkan, barulah pelajar boleh memohon rayuan kemasukan mengikut tempoh yang diberikan. Kepada yang berminat, anda boleh rujuk senarai sekolah yang menawarkan tingkatan 6 berserta dengan pakej subjek yang ditawarkan. Senarai ini sebagai panduan kepada anda sekiranya mahu menukar pusat tingkatan 6 disebabkan tidak berminat dengan pakej subjek, jauh daripada rumah atau sebagainya.
Anda juga dinasihatkan untuk memilih pakej subjek yang memenuhi syarat kelayakan kemasukan ke bidang pengajian ijazah yang diminati di universiti kelak. Jangan sesekali mengikut rakan anda. Hala tuju pendidikan anda, tentukan sendiri. Sudah tiba masa untuk mengikut haluan masing-masing bukan lagi mengikut rakan anda.
Untuk semak senarai pusat Tingkatan 6, sila klik pautan senarai dibawah mengikut negeri :
SENARAI SEKOLAH TINGKATAN 6 SEMUA NEGERI | |
1. Negeri Perlis & Wilayah Persekutuan Putrajaya | |
2. Negeri Johor | |
3. Negeri Kelantan | |
4. Negeri Melaka | |
5. Negeri Sembilan | |
6. Negeri Pulau Pinang | |
7. Negeri Pahang | |
8. Negeri Perak | |
9. Negeri Sabah | |
10. Negeri Sarawak | |
11. Negeri Selangor | |
12. Negeri Terengganu | |
13. Negeri Kedah | |
14. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & WP Labuan | |
* SUMBER |
Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini
Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan 6 terkini yang dikongsikan dari syarat kemasukan tahun 2017 untuk panduan pelajar semua. Pelajar yang tidak mendapat tawaran kemasukan boleh membuat permohonan rayuan pada tarikh yang telah ditetapkan.
Syarat Am Masuk Tingkatan 6
Berikut adalah syarat am masuk Tingkatan 6 terkiniĀ :-
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2019
Semoga perkongsian Senarai Sekolah Tingkatan 6 dapat dijadikan panduan yang bermanfaat buat semua pelajar yang ingin memasuki Form 6. Selamat berjaya memasuki sekolah yang diidamkan.