Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6

Soalan Lazim Kemasukan Ke Tingkatan 6. Panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6, pastinya anda ingin mengetahui bagaimana cara untuk masuk ke Tingkatan 6 (Form 6). Dengan itu, berikut dikongsikan Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 untuk memudahkan urusan anda.

Untuk makluman, tawaran kemasukan Tingkatan 6 boleh disemak sekitar bulan April setiap tahun. Pelajar tidak perlu memohon kerana pelajar yang layak dan melepasi syarat kemasukan akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Berikut adalah Soalan Lazim yang kerap ditanya oleh pelajar berkaitan Kemasukan ke Tingkatan 6.

Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6

Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 (FAQ)

Antara Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 yang sering ditanya oleh pelajar adalah seperti di bawah:

Adakah saya perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Bawah selepas keputusan SPM?

  • Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dilakukan melalui laman web KPM dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.

Apakah syarat-syarat untuk layak masuk ke Tingkatan Enam?

  • Syarat am (kecuali Murid Bekeperluan Khas) adalah Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2023
  • Syarat khas mengikut jurusan boleh dirujuk di laman semakan Tingkatan 6 SST6.

Bagaimana untuk mendapatkan surat ke Tingkatan Enam bagi pendaftaran masuk?

  • Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang dipaparkan. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun.

Bagaimana untuk saya mengira nilai wajaran unit mata kognat untuk kemasukan ke Tingkatan Enam?

Wajaran Mata Gred Sijil Pelajaran Malaysia

Gred

Nilai Gred Purata Keseluruhan (GPK)

Tahap

A+1Cemerlang Tertinggi
A1Cemerlang Tinggi
A-2Cemerlang
B+3Kepujian Tertinggi
B4Kepujian Tinggi
C+5Kepujian Atas
C6Kepujian
D7Lulus Atas
E8Lulus
G9Gagal

Sekiranya jumlah mata kognat melebihi sepatutnya (tidak layak), bagaimana untuk saya merayu masuk ke Tingkatan Enam?

  • Anda boleh membuat permohonan rayuan dengan menggunakan Borang Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan Enam Tahun 2023 bagi Calon Sekolah Kerajaan Berdasarkan Pencapaian Kokurikulum (T6BKK) melalui aplikasi dalam talian sst6.moe.gov.my. Murid yang tiada capaian internet akan dibantu oleh pihak sekolah. Hantar borang yang lengkap secara online atau melalui sekolah kepada:
    • Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Teknik dan Program Pendidikan Khas Integrasi.
    • Bahagian Pendidikan Islam untuk SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
    • Bahagian Pendidikan Khas untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas.

Sekiranya saya ingin menukar jurusan yang ditawarkan, bagaimanakah caranya? Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6

  • Calon yang layak dikehendaki mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu.
  • Kemudian, lengkapkan Borang Permohonan Rayuan Tukar Jurusan Tingkatan Enam (T6BRTJ) di sekolah tersebut – dapatkan pengesahan Pengetua.
  • Pastikan alasan yang diberikan untuk bertukar jurusan adalah kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa Rayuan.
  • Alasan ‘Tidak Berminat’ dan seumpamanya tidak diterima.
  • Hantar borang T6BRTJ yang telah lengkap ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui sekolah masing-masing.

Saya berhasrat untuk bertukar sekolah pusat atas sebab-sebab tertentu, contohnya jika mata pelajaran yang ingin diambil tidak ditawarkan di sekolah tersebut dan sebagainya; bagaimanakah caranya?

  • Sila buat permohonan pertukaran murid secara biasa iaitu mengisi Borang PU(A) 275 Jadual Ketiga [Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara]. Serahkan borang tersebut kepada Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Teknik)/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing untuk pertimbangan. Sekiranya pertukaran melibatkan pertukaran daerah/negeri, serahkan borang kepada JPN/ PPD di daerah sekolah yang ingin dimohon itu berada:
    • Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Teknik dan Program Pendidikan Khas Integrasi.
    • Bahagian Pendidikan Islam untuk SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
    • Bahagian Pendidikan Khas untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas.

Bolehkah lepasan SPM dari calon persendirian/ Sekolah Menengah Agama Negeri/sekolah swasta memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam di sekolah kerajaan?

  • Anda boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Kemasukan Tingkatan Enam Tahun 2023 Bagi Calon Persendirian, Sekolah Swasta & Sekolah Menengah Agama Negeri (T6BCP). Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Borang yang lengkap disi hendaklah dikembalikan kepada:
    • Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Teknik dan Program Pendidikan Khas Integrasi.
    • Bahagian Pendidikan Islam untuk SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
    • Bahagian Pendidikan Khas untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas.

Apakah prosedur permohonan untuk ke Tingkatan Enam jika saya bukan warganegara Malaysia?

  • Anda boleh membuat permohonan dengan mengisi borang P.U(A)275-Jadual Pertama yang boleh diperoleh secara emel di Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN.
  • Pastikan segala butiran diisi dengan lengkap.
  • Dokumen-dokumen yang diperlukan perlu disahkan seperti Surat Beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa serta pasport murid, ibu dan bapa.
  • Jika ibu bapa murid bekerja di negara ini, sila kemukakan bersama salinan pas pengajian, salinan pas tanggungan dan surat majikan yang telah disahkan.
  • Sekiranya permohonan bukan dari ibu bapa murid, sila kemukakan dokumen-dokumen sendiri yang telah disahkan dan salinan surat keterangan hubungan dengan murid tersebut yang telah ditentusahkan.

Apakah pakaian murid Tingkatan Enam? Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6

  • Pakaian murid perempuan ialah baju kurung, gaun, gaun labuh/ jenis jubah/ maksi, two-piece/ three piece suit pants lengkap dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap.
  • Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim tidak dibenarkan.
  • Jeans, cargo pants, seluar pendek, atau leggings tidak dibenarkan.
  • Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan.
  • Murid dilarang memakai kemeja-T semasa menghadiri kelas.
  • Murid hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata.
  • Pakaian yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan.

Saya terima tawaran ke Tingkatan Enam tetapi tiada penempatan, apakah yang harus saya lakukan?

  • Anda perlu segera ke JPN untuk maklumat lanjut.

Saya tidak menamatkan pengajian di Universiti Awam/IPTS/IPTA, boleh saya membuat rayuan untuk masuk ke Tingkatan Enam?

  • Calon tidak menamatkan pengajian di Universiti Awam/IPTA/IPTS boleh membuat rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU.
  • Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya pada 17 Julai 2023
  • Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.

Saya menolak tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS, apakah saya boleh memohon ke Tingkatan Enam?

  • Calon yang menolak tawaran Universiti Awam /IPTA/IPTS boleh membuat rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU.
  • Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri sebelum tarikh yang telah ditetapkan.
  • Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.

Saya calon Sekolah Integriti, apakah saya boleh memohon untuk ke Tingkatan Enam?

  • Permohonan ke Tingkatan Enam boleh dimohon menerusi Sekolah Integriti masing-masing dan tertakluk di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri.

Saya ditawarkan ke Tingkatan Enam, apakah saya boleh memohon penangguhan kerana kerjaya/ kursus/ kesihatan/ masalah peribadi?

  • Tiada penangguhan/ pengulangan untuk masuk ke Tingkatan Enam.
  • Calon hanya boleh masuk ke Tingkatan Enam bermula dengan Penggal Satu (1) setiap tahun.
  • Jika anda tidak menerima pada tawaran pada tahun semasa, bermakna anda menolak tawaran tersebut.
  • Bagi calon yang menolak tawaran pada tahun semasa anda boleh membuat permohonan rayuan memasuki Tingkatan Enam pada tahun berikutnya tertakluk kepada syarat am dan syarat khas yang telah ditetapkan serta kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.

SUMBER : SST6

Semoga perkongsian Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 ini dapat membantu memudahkan urusan permohonan anda. Selamat berusaha dan semoga berjaya!

Tinggalkan Balasan