Permohonan Tingkatan 6 KISAS Dan SMAP Labu 2024

Panduan buat semua calon STPM 2024 yang berminat dan berkelayakan. Sukacita dimaklumkan bahawa anda berpeluang untuk memasuki Tingkatan 6 Sekolah Agama Berasrama Penuh (SBP) KISAS dan SMAP Labu kerana permohonan Tingkatan 6 KISAS dan SMAP Labu bagi tahun 2024 akan dibuka selepas keputusan SPM dikeluarkan.

Merujuk pada maklumat dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan menyambung pengajian ke tingkatan 6 KISAS dan SMAP Labu untuk calon STPM tahun 2023 dapat dilakukan dari 2 Jun 2023 (Jumaat) hingga 30 Jun 2023 (Jun). Maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Permohonan Tingkatan 6 KISAS & SMAP Labu

Permohonan Tingkatan 6 KISAS Dan SMAP Labu 2023 (Online)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan yang merangkumi cara-cara membuat permohonan dan syarat kemasukan ke tingkatan 6:

Langkah Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan langkah-langkah membuat permohonan Tingkatan 6 bagi KISAS & SMAP Labu 2023:

1.Klik dan lengkapkan borang permohonan ke Tingkatan 6 STAM di KISAS & SMAP Labu

Pastikan anda mengisi maklumat dengan betul supaya permohonan anda diterima.

1.Muat turun dan lengkapkan borang permohonan ke tingkatan 6 KISAS dan SMAP:

2. Hantar borang permohonan yang lengkap diisi selewat-lewatnya pada 29 Mei 2020 ke alamat:

  • PENGARAH
    BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
    ARAS 3, BLOK 2251
    JALAN USAHAWAN 1
    63000 CYBERJAYA
    SELANGOR DARUL EHSAN.(U.P: PENGAMBILAN DAN KEMASUKAN MURID SBP)

3. Bersama borang permohonan, sertakan sekali sekeping salinan dokumen-dokumen yang tertera di bawah. Dokumen-dokumen tersebut mestilah sudah disahkan:

  1. Sijil keputusan SPM
  2. Kad Pengenalan
  3. Surat Beranak
  4. Sijil-sijil kokurikulum

Syarat Kemasukan

Berikut dikongsikan syarat kemasukan ke tingkatan 6 bawah Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh (KISAS & SMAPL):

  1. Pelajar hendaklah mempunyai kewarganegaraan Malaysia
  2. Bersekolah di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan atau kerajaan negeri atau sekolah agama swasta yang diiktiraf
  3. Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada tahun membuat permohonan
  4. Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022
  5. Sihat tubuh badan
  6. Pelajar memohon secara dalam talian sahaja
  7. Memperolehi sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab Peperiksaan SPM 2020/ 2021/2022.
  8. Memperolehi sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Tasawwur Islam/Pendidikan Islam/Pendidikan Syari’ah Islamiah/Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/Usul Al-Din/Al-Syariah/Manahij Al-‘Ulum Al Islamiah/Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/Turath Dirasat Islamiah Peperiksaan SPM 2020/ 2021/2022.
  9. Memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga (3) mata pelajaran terbaik Peperiksaan SPM 2020/ 2021/2022.

Bagi mendapatkan syarat kemasukan ke tingkatan 6 STAM Kolej Islam Sultan Alam Shah dan SMAP Labu dengan lebih terperinci, sila buka:

Makluman :

  1. Kepada para pemohon yang berjaya, anda akan mendapat surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam KISAS & SMAP Labu melalui e-mel dalam tempoh 3 hingga 20 Julai 2023
  2. Calon yang gagal boleh mengemukakan surat rayuan dan hantar ke emel : pengetua.kisas@moe.gov.my atau pengetua.smapl@moe.gov.my bermula 3 hingga 31 Julai 2023

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi:

  1. Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP) ditalian 03-832174002
  2. emel ke upkpm.bpsbp@moe.gov.my
  3. Portal KPM

Diharap agar perkongsian maklumat di atas ini dapat memberi manfaat buat anda. Selamat memohon dan semoga berjaya.

Tinggalkan Balasan