Permohonan HPIPT Selangor 2024 Online

Bagi penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia yang merupakan anak negeri Selangor. Kerajaan Selangor melalui Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) ada membuat pemberian hadiah untuk pelajar IPT iaitu Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT). Hadiah tersebut bernilai RM1,000 dan diberikan kepada anak Selangor yang keluarganya berpendapatan kurang dari RM5,000 serta sedang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam/ swasta (yang diiktiraf kerajaan dalam pengajian peringkat sijil kemahiran tahap 4, diploma atau ijazah sarjana muda). Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan HPIPT Selangor buat panduan pemohon.

Untuk makluman, Kerajaan Selangor membuka permohonan melalui Portal Permohonan mereka yang bernama HPIPT Online. Pada tahun ini, permohonan dibuka bermula daripada 15 Mac 2024 sehingga 15 April 2024. Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) ini adalah satu pemberian dari kerajaan negeri Selangor untuk membantu para pelajar yang berada dalam IPT untuk terus mendalami ilmu pengetahuan sekali gus untuk dijadikan kegunaan perbelanjaan seharian.

Permohonan HPIPT Selangor

Permohonan HPIPT Selangor 2024 Secara Online

HPIPT merupakan antara bantuan IPR di Malaysia yang sebagai salah satu inisiatif oleh Kerajaan Selangor. Buat yang berminat untuk memohon Hadiah Pengajian IPT, berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan HPIPT Online yang meliputi syarat kelayakan memohon dan panduan permohonan online:

Syarat Kelayakan Permohonan HPIPT Online 2024

Sebelum membuat permohonan, pemohon mesti semak dan patuh pada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti yang dikongsikan berikut:

  1. Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja
  2. Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
    • i) Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    • ii) Ibu atau bapa pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    • iii) Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor dan ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun
  3. Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja*
  4. Pemohon telah mendaftar diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian
  5. Pemohon adalah pelajar tahun pertama sahaja
  6. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  7. Pendapatan isi rumah Ibu, Bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah sahaja
  8. Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL

Nota;

  • *Matrikulasi / Kolej Vokasional / IKBN / IKTBN / Kursus Persediaan / Tahun Asas / A-Level / ACCA / LCCI / Ijazah Lanjutan / Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI / KPLI)/ Pengajian Jarak Jauh (PJJ)/ Pengajian Luar Kampus (PLK) tidak layak memohon

HPIPT adalah satu inisiatif Kerajaan Selangor dalam membantu para pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran untuk meneruskan pendidikan dengan senang.

Walau bagaimanapun, oleh kerana terdapat jumlah permohonan yang begitu banyak, hanya permohonan yang menepati syarat sahaja akan dipertimbangkan.

A. Tarikh Penting Permohonan HPIPT Selangor Online 2024

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting berkaitan Permohonan HPIPT 2024:

  • Tarikh Permohonan : 15 Mac 2024 hingga 15 April 2024

B. Aplikasi Permohonan Atas Talian

Para pemohon boleh membuat permohonan melalui aplikasi di bawah:

C. Panduan Permohonan Secara Online

Sila turuti langkah-langkah di bawah untuk membuat permohonan secara online:

1.Buka pautan: Portal Hadiah Pengajian IPT Online dan klik Permohonan HPIPT untuk mengakses sistem permohonan hpiptonline

2. Di muka skrin Log Masuk hpiptonline, klik Daftar Baharu untuk mendaftar sebagai pengguna baru:

  • Isi nama penuh seperti dalam kad pengenalan, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, nombor telefon bimbit, alamat e-mel
  • Isi Kata Laluan
  • Tanda pada setiap kotak syarat-syarat kelayakan HPIPT sebagai tanda pengakuan menepati syarat
  • Tanda pada kotak Pengakuan ‘Saya bersetuju dengan terma dan syarat‘ sebagai tanda pengakuan bersetuju dengan terma dan syarat.
  • Klik ‘Daftar Akaun Baharu’
  • Setelah itu, satu kotak mesej akan keluar dan anda boleh klik pada butang ‘tutup’.
  • Anda akan dibawa ke laman log masuk dan pastikan anda masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan dengan betul untuk Log Masuk.

D. Selepas Log Masuk, sila klik pada ‘Kemaskini Permohonan’

Di halaman permohonan, anda dikehendaki untuk memuatnaik dokumen penting yang diperlukan seperti berikut:

    1. Sijil Kelahiran
    2. Kad Pengenalan (salinan mykad milik pemohon sendiri dan ibu bapa)
    3. Surat Pengesahan Mastautin (daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi Persatuan Penduduk/ Ketua Blok/ Pengerusi KRT- bagi yang bukan lahir di Selangor sahaja)
    4. Surat Tawaran (daripada IPT)
    5. Sijil Berhenti Sekolah (Darjah 1-6 dan Tingkatan 1-5)
    6. Penyata Pendapatan/ Slip Gaji Ibu Bapa (jika masih bekerja)
    7. Surat Akuan Pendapatan Ibu Bapa (jika bekerja sendiri/ tidak bekerja/ bersara, mesti diperakukan ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung sahaja) atau Kad pesara & Penyata Bayaran Pencen Ibu Bapa (jika pesara kerajaan)
    8. Salinan Penyata Akaun Bank (Pemohon)
  • Selepas itu, klik ‘Hantar kepada urusetia‘ untuk memulakan proses pengesahan.
  • Satu kotak mesej akan keluar yang menyatakan ‘Cetak Permohonan’. Klik pada butang ‘Cetak Permohonan‘ untuk mencetak borang permohonan tersebut.
  • Akhir sekali, anda akan dibawa ke laman status permohonan.

4. Di laman status permohonan, anda dikehendaki untuk kemaskini beberapa maklumat penting diperlukan untuk permohonan. Di bahagian ‘Log’, anda boleh semak jika permohonan masih sedang diproses oleh urusetia atau tidak.

5. Tambahan pula, pemohon juga boleh rujuk Manual Panduan Permohonan secara online melalui pautan yang dikongsikan berikut:

6. Pemohon boleh membuat semakan terhadap status permohonan di portal rasmi HPIPT dengan masukkan nombor kad pengenalan milik pemohon.7.

Permohonan yang telah dilengkap bersama dengan lampiran dokumen penting dikehendaki dihantar ke Urus Setia secara terus atau pos di alamat berikut:

  • Urus Setia Hadiah Pengajian IPT,
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor,
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
    Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S.,
    40503 Shah Alam.

E. Prosedur Pembayaran

Maklumat berkaitan pembayaran adalah seperti berikut:

  • Permohonan mesti lengkap dan menepati syarat untuk dikira layak bagi menerima bayaran.
  • Bayaran hadiah bernilai RM1,000 akan dikreditkan ke akaun bank yang telah didaftar semasa permohonan
  • Pembayaran akan dibuat sebanyak satu (1) kali sahaja kepada pemohon sepanjang tempoh pengajian, samada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja
  • Status pembayaran perlu dibuat pemohon dalam tempoh sebulan daripada tarikh penghantaran borang permohonan kepada pihak Urus Setia.

iklan permohonan hadiah pengajian institut pengajian tinggi hpipt

Semakan Status Permohonan HPIPT

Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka di Portal HPIPT.

Untuk maklumat berkaitan permohonan, sila rujuk kepada maklumat berikut :-

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, rujuk butiran di bawah:

1.Portal Rasmi IPR Selangor

2. Alamat Urus Setia Hadiah Pengajian IPT Selangor

  • Urus Setia Hadiah Pengajian IPT,
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
    Aras 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS),
    40503 Shah Alam, Selangor.

3. Nombor Telefon

  • 03-5544 7385/ 03-5521 2306

Diharapkan perkongsian berkaitan Permohonan Hadiah Pengajian IPT Online ini dapat membantu melancarkan urusan permohonan. Semoga berjaya dalam permohonan dan menerima hadiah wang tunai

Related : kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan kerosakan yang dialami kerana, paparan terbaik menggunakan ie9 keatas mozilla firefox 11 ke atas dan google chrome resolusi 1280 x 720 sebarang kehilangan atau kerosakan menggunakan maklumat dalam portal penafian kerajaan negeri selangor dialami kerana menggunakan maklumat negeri selangor, tidak bertanggungjawab

Tinggalkan Balasan