Permohonan Peduli Siswa Selangor 2023 Online (Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara)

Borang Permohonan Pinjaman Peduli Siswa Online. Berita baik kepada mahasiswa dan mahasiswi yang berasal dari negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) telah memperkenalkan Peduli Siswa Selangor. Permohonan bagi tahun 2023 telah dibuka dan butiran lanjut berkenaan Peduli Siswa Selangor dikongsikan di bawah.

Inisiatif ini menawarkan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara kepada anak Selangor yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, mahasiswa yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian tanpa bebanan kewangan serta membuat pembayaran pinjaman setelah tamat pengajian mengikut pencapaian keputusan akhir pengajian masing-masing.

Permohonan Peduli Siswa Selangor

Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2023

Di bawah dikongsikan maklumat berkenaan tarikh permohonan, syarat-syarat am dan akademik serta panduan permohonan Peduli Siswa Selangor 2023 Online (Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara) sebagai panduan untuk semua.

TARIKH PERMOHONAN

DibukaDitutup
15 Mei 2023
14 Jun 2023

Syarat-Syarat Am Permohonan Peduli Siswa Selangor

Berikut adalah syarat-syarat am yang perlu dipatuhi pemohon sebelum membuat permohonan Peduli Siswa Selangor:

  • 1. Pemohon serta ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
  • 2. Pemohon, ibu atau bapa lahir di negeri Selangor.
  • 3. Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada sepuluh (10) tahun di Selangor. Keutamaan akan diberikan kepada anak Selangor.
  • 4. Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Perubatan.
  • 5. Sedang Mengikuti pengajian Sepenuh Masa di IPTA seluruh Malaysia atau IPTS di dalam negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • 6. Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau dalam tempoh lanjutan pengajian.
  • 7. Pemohon tidak menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, pinjaman atau dermasiswa termasuk bagi ijazah perubatan, pergigian dan veterinar).
  • 8. Pedapatan isi rumah (Ibu dan bapa) hendaklah tidak melebihi RM20,000 sebulan.
  • 9. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak disertakan dokumen yang diperlukan akan ditolak.

Dokumen Sokongan Peduli Siswa Selangor

Di bawah adalah senarai penuh dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon Peduli Siswa Selangor:

  • 1. Salinan Sijil Lahir pemohon
  • 2. Salinan MyKad pemohon
  • 3. Salinan MyKad ibu dan bapa pemohon
  • 4. Salinan Sijil Berhenti Sekolah (rendah dan menengah)
  • 5. Salinan keputusan SPM / STPM / STAM / Matrikulasi / Asasi / Diploma (mana-mana yang berkaitan)
  • 6. Salinan slip gaji terkini ibu dan bapa atau penjaga pemohon. Bagi pesara, sila lampirkan salinan penyata pencen bulanan.
  • 7. Jika ibu atau bapa pemohon bekerja sendiri / tidak bekerja sila dapatkan pengesahan pendapatan oleh Ketua Kampung / ADUN / Penghulu / Penghulu Mukim / Pengerusi taman atau ketua blok sahaja.
  • 8. Pemohon yang tidak lahir di Negeri Selangor termasuk ibu dan bapa pemohon, pemohon perlu mengemukakan Pengesahan Mastautin yang disahkan oleh Ketua Kampung / ADUN / Penghulu / Penghulu Mukim / Pengerusi taman atau ketua blok sahaja.
  • 9. Salinan Surat Kematian atau Surat Bercerai (jika berkaitan)

Syarat Akademik Peduli Siswa Selangor

Pemohon juga perlu mematuhi syarat-syarat kelayakan akademik yang ditetapkan untuk mendapat pembiayaan Peduli Siswa Selangor. Berikut adalah syarat-syarat mengikut kategori pengajian:

  • 1. Sijil
    • Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran SPM (bidang dan teknikal).
    • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana pelajaran di peringkat SPM (IPTA)
  • 2. Diploma
    • Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
    • Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
  • 3. Ijazah Sarjana Muda
    • Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau
    • Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
    • Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.
  • 4. Ijazah Perubatan
    • Sedang mengikuti Ijazah Perubatan dan Pembedahan atau Pergigian di Universiti Awam yang disenaraikan.

Setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, pemohon boleh merujuk kadar pembiayaan yang ditawarkan mengikut kategori pengajian di bawah:

KADAR PEMBIAYAAN

Peringkat PengajianIPTA/IPTS (Kadar setahun)UiTM, Politeknik & Kolej Komuniti (Kadar Setahun)
Sijil
RM3,000.00
Diploma
RM 4,900.00
RM3,500.00
Ijazah Sarjana Muda (Pelbagai dan Veterinar)
RM6,500.00
RM4,500.00
Perubatan dan pergigian
RM7,000.00
RM7,000.00
*Pembiayaan bermula daripada tarikh kuatkuasa Surat Tawaran sehingga tamat pengajian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran daripada Universiti.

Pengurangan Bayaran Balik

Untuk makluman semua, pembiayaan yang diberikan adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah di mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian CGPA/ PNGK akhir pelajar. Pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • 1. Tamat pengajian dalam tempoh yang ditetapkan dalam surat tawaran
  • 2. Tidak melanggar mana-mana syarat seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Perjanjian
  • 3. Mengemukakan salinan transkip rasmi dan sijil senat yang telah disahkan oleh pihak Universiti kepada Urus Setia.

PANDUAN PERMOHONAN

Layari Portal TKWBNS Selangor untuk memohon

  1. Permohonan kali pertama sila isi maklumat yang diperlukan
  2. Kemudian, sila log masuk menggunakan nombor kad pengenalan pemohon dan kata laluan yang didaftarkan
  3. Lengkapkan maklumat yang dikehendaki
  4. Seterusnya, muat naik dokumen sokongan seperti yang dikongsikan di atas
  5. Selesai muat naik, klik hantar permohonan.

*Bagi pemohon yang telah mendaftar, anda boleh mengemaskini maklumat dengan membuka pautan berikut: Log Masuk Portal TKWBNS

NOTA: Pemohon hendaklah membuat semakan secara atas talian dalam tempoh dua minggu selepas tarikh tutup permohonan

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkenaan Permohonan Peduli Siswa Selangor, sila hubungi pihak TKWBNS pada pautan berikut:

  • Alamat:
    • Urus Setia Cawangan Biasiswa Dan Pinjaman Pelajaran,
      Tingkat 3, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
      Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
      Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam,
      Selangor Darul Ehsan.
  • No. Telefon:
    • 03-5544 7000 -Talian Umum Pejabat SUK Selangor
      03-5521 2275/03-5544 7484 -Unit Permohonan
      03-5544 7482 -Unit Kewangan & Bayaran
      03-5544 7480/7481 -Unit Penguatkuasaan & Pengurangan Bayaran
  • Emel: tkwbns@selangor.gov.my

Semoga perkongsian berkenaan Permohonan Pinjaman Boleh Ubah ini memebrikan manfaat kepada semua. Diharapkan permohonan anda lulus dan diterima.

Tinggalkan Balasan