Permohonan TESP MARA 2023: Program Pinjaman Pelajaran Tertiari

Perhatian kepada pelajar sepenuh masa yang sedang mengikuti program ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta seluruh Malaysia. Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan program penajaan yang berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar yang berkelayakan dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Sebagai panduan, berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan TESP MARA 2023 : Program Pinjaman Pelajaran Tertiari untuk rujukan semua.

MARA merupakan badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1966 mempunyai objektif untuk memajukan sosio ekonomi masyarakat bumiputera khususnya yang berada di kawasan luar bandar. Selaras dengan objektif tersebut, program pinjaman pelajaran tertiari ini berperanan untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam meringankan bebanan kewangan yang ditanggung.

Permohonan TESP MARA online

Permohonan Program Tajaan Pengajian Tertiari (TESP) MARA 2023

Di bawah adalah perincian maklumat seperti tarikh permohonan, syarat-syarat, cara memohon dan soalan lazim berkenaan TESP MARA 2023: Program Pinjaman Pelajaran Tertiari.

Untuk makluman, program ini hanya menerima permohonan daripada pelajar yang mengikuti program dalam bidang:

  • Kejuruteraan dan persekitaran
  • Pembinaan professional
  • Akaun dan kewangan
  • Sains perubatan
  • Keselamatan Makanan
  • Logistik
  • Komputer sains dan IT
  • Reka bentuk kreatif
  • Pemasaran, perniagaan dan pentadbiran

Rujuk infografik di pautan di bawah untuk mendapatkan bidang-bidang yang diterima untuk program pinjaman pelajaran tertiari MARA 2023 dengan lebih terperinci:

TARIKH PERMOHONAN TESP MARA

DibukaDitutup
12 Oktober 2023
6 November 2023
*Permohonan dibuka selama 30 hari seperti tarikh di atas

Syarat Umum Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat umum yang digariskan oleh MARA bagi pelajar yang ingin membuat permohonan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon dan salah seorang sama ada ibu atau bapa merupakan Bumiputera
  3. Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi (SES) keluarga yang ditetapkan oleh MARA
  4. Jumlah pendapatan boleh cukai ibu dan bapa tidak melebihi RM150,000 setahun. Kelayakan untuk mendapat pinjaman Yuran dan Elaun Sara Hidup, pendapatan bulana ibu dan bapa RM12,000 sebulan dan ke bawah. Pendapatan bulanan RM12,000 hingga RM20,000 hanya layak menerima pinjaman untuk Yuran sahaja.
  5. Pemohon tidak menerima sebarang pinjaman atau bantuan kewangan daripada mana-mana agensi untuk program pengajian yang diikuti pada ketika ini.
  6. Tidak menghidap sebarang penyakit yang kronik dan berjangkit yang memerlukan rawatan perubatan secara berkala
  7. Pemohon tidak berumur melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat

Syarat Akademik Permohonan

Di bawah pula adalah syarat-syarat khusus berdasarkan akademik bagi pemohon yang ingin membuat permohonan:

Pelajar baharu:

  • Mendapat CGPA lebih atau bersamaan 3.00 di peringkat Asasi/ Matrikulasi/ Persediaan/ STPM serta serataf dengannya
  • Telah mendapat tawaran dan mendaftar di IPT

Pelajar sedia ada:

  • Mendapat CGPA lebih atau bersamaan 3.00 bagi semester terdahulu
  • Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun

Syarat-syarat lain: 

  • Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM
  • Kelayakan akademik bagi program perubatan, pergigian dan farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh badan-badan professional

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, sila buat permohonan program pinjaman pelajaran tertiari MARA secara atas talian pada tarikh yang diperuntukkan melalui pautan berikut:

PANDUAN PERMOHONAN TESP MARA

Layari Halaman Rasmi Permohonan (https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login) untuk memohon.

  1. Klik Daftar Sekarang
  2. Masukkan maklumat atau butiran yang diperlukan dan klik Daftar Akaun
  3. Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang anda cipta
  4. Pastikan anda mengisi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul
  5. Klik Hantar Permohonan setelah selesai mengisi setiap butiran yang diperlukan.

*Nota: Jika pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman. Bagi pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMa) seperti KUPTM, KPTM dan UNIKL, permohonan boleh dibuat pada ruangan Tertiary Education Sponsorship (TESP). Klik Sini dan lengkapkan permohonan anda.

Senarai Universiti Yang Terpilih

Pemohon hendaklah mengikuti program Ijazah Pertama di universiti-universiti berikut:

A. Universiti Awam (UA)

B. Universiti berkaitan kerajaan

  1. Universiti Teknologi Petronas
  2. Universiti Tenaga Nasional
  3. Universiti Multimedia

C. Institusi Pendidikan Mara (IPMa)

  1. UniKL
  2. KUPTM
  3. GMI
  4. KPTM

D. Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

  1. Asia Pacific University of Technology & Innovation
  2. Asian Institute of Medicine, Science and Technology
  3. Berjaya University
  4. City University
  5. Help University
  6. Infrastructure University Kuala Lumpur
  7. International Medical University
  8. Inti International University
  9. KDU University College
  10. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  11. Lincoln University College
  12. Mahsa University
  13. Management & Science University
  14. Nilai University
  15. Perdana University
  16. Segi University College
  17. Sunway University
  18. Tati University College
  19. Taylors University
  20. Twintech International University College of Technology
  21. UCSI University
  22. Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
  23. Universiti Tunku Abdul Rahman
  24. University of Cyberjaya
  25. Curtin University Sarawak Malaysia
  26. Monash University Malaysia
  27. Newcastle University Medicine Malaysia
  28. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  29. University of Nottingham Malaysia
  30. Universiti Tun Abdul Razak

Soalan Lazim

1. Adakah Program TESP MARA 2023 adalah program biasiswa?

Tidak. Program ini adalah program pinjaman boleh ubah dimana pelajar digalakkan untuk membuat permohoann pengurangan bayaran balik setelah tamat pengajian. Tiada kadar faedah akan dikenakan terhadap pinjaman ini

2. Saya merupakan pelajar pengajian peringkat Diploma, adakah saya layak memohon program ini?

Tidak layak kerana program ini ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama sahaja.

3. Bila tarikh semakan keputusan akan diumumkan? 

Pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan melalui emel masing-masing dari semasa ke semasa.

Bagi mendapatkan soalan-soalan lazim yang disediakan oleh MARA dengan lebih lanjut, sila buka pautan berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info lanjut mengenai program yang ditawarkan oleh MARA, sila rujuk pautan di bawah:

  • Laman Web Rasmi MARA (https://www.mara.gov.my/)
  • No. Telefon: 03-2613 2051/2059/2067/2069/2070/2106
  • Emel: tesp@mara.gov.my.

Semoga perkongsian di atas memberikan manfaat kepada semua yang memerlukannya.

Related : bermula 27 ogos 2020, dibuat secara atas talian, pelajar lepasan, mendapat cgpa 2.75, bebas daripada penyakit kronik berjangkit penyakit yang memerlukan rawatan susulan, tesp 2021, portal mara, penajaan pengajian tertiari tesp, pihak mara, perlu memenuhi syarat, pertama juga boleh memohon

Tinggalkan Balasan