Maksud Bumiputera Untuk Kemasukan Ke UA/ IPTA

Apa Maksud Status Bumiputera Untuk Kemasukan Ke UA/ IPTA. Panduan buat pelajar lepasan SPM/ STPM dan Setaraf yang bercadang untuk memasuki Universiti Awam (UA), Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti. Kita sering mendengar perkataan Bumiputera dalam iklan-iklan kemasukan ke universiti dan yang berkaitan dengannya. Tetapi, adakah anda tahu apakah dia Maksud Bumiputera Untuk Kemasukan Ke UA/ IPTA dalam konteks berkenaan?

Berikut dikongsikan penjelasan berkaitan Maksud Bumiputera Untuk Kemasukan Ke UA/ IPTA. Juga dikongsikan program pengajian di UA/ IPTA yang hanya ditawarkan kepada pemohon Bumipitera dan juga terbuka kepada semua pemohon warganegara Malaysia.

Maksud Bumiputera

Takrifan/ Maksud Bumiputera Untuk Kemasukan Ke UA/ IPTA

Maksud Bumiputera Untuk Kemasukan Ke UA/ IPTA adalah seperti berikut :-

i) Takrifan Bumiputera Bagi Semenanjung

  • Jika salah seorang ibu ATAU bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam/ Orang Asli seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.

ii) Takrifan Bumiputera Bagi Sabah

  • Jika BAPA calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam/ Peribumi Sabah seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 161 A (6) (b) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.

iii) Takrifan Bumiputera Bagi Sarawak.

  • Jika BAPA DAN IBU calon adalah seorang Peribumi Sarawak seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 161 A (6) (a) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.

Nota: Takrif Bumiputera yang diguna pakai adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan bagi urusan pemprosesan dan pemilihan kemasukan ke UA/ IPTA.

Program Pengajian Status Bumiputera Yang Ditawarkan Untuk Lepasan SPM/ Setaraf

Berikut adalah sebarai program pengajian di UA/ IPTA yang ditawarkan hanya kepada Bumiputera sahaja dan juga terbuka untuk semua tidak mengira status.

i) BUMIPUTERA SAHAJA

  • Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.

ii) BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA

  • Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier.

Maklumat Lanjut

Kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan, permohonan UPUonline tahun 2018 telah dibuka pada tarikh 5 Februari sehingga 10 April 2018. Dasar dan kriteria pemilihan adalah berasaskan kepada prinsip meritokrasi.

Untuk mengakses borang permohonan, pemohon perlu untuk membeli Pin Unik ID UPU di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) beredkatan sebelum tarikh tutup pembelian pada 9 April 2018. Permohonan memasuki UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No.KP/ My Kad sahaja.

  • Dua kategori permohonan yang layak memohon adalah pelajar lepasan SPM/ setaraf dan lepasan STPM/ setaraf.

Semoga perkongsian Maksud Status Bumiputera Untuk Kemasukan Ke UA/ IPTA ini dapat membantu anda membuat keputusan dengan bijak. Semoga segala hajat anda tercapai.

Related : anak negeri istilah bumiputera undang undang ditakrifkan sebagai bumiputera kedua duanya

Tinggalkan Balasan