Permohonan UKM IDP 2019 Online

Sudahkah anda membuat permohonan terhadap program International Degree Programmes (IDP) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)? Jika belum, panduan buat semua pelajar di Malaysia yang berminat untuk menyertai program IDP UKM 2019. Permohonan dibuka buat pelajar lepasan STPM, Matrikulasi, STAM, Asasi, A-Level dan International Baccalaureate (IB) untuk kemasukan sesi Disember 2019. Permohonan UKM IDP boleh dibuat dengan aplikasi atas talian (online) yang dipanggil eSPEED di portal rasmi UKM.

IDP adalah program pengajian yang pada asalnya dibuka untuk pelajar antarabangsa sahaja. Sekarang pelajar tempatan turut serta dibenarkan untuk memasuki program ini atas permintaan yang tinggi oleh ibu bapa. Program ini membolehkan pelajar yang berjaya untuk mengikuti program pertukaran pelajar selama satu (1) bulan ke luar negara seperti Jepun, Korea, Indonesia, Amerika Syarikat dan macam-macam lagi.

Permohonan UKM IDP 2019 Online

Permohonan UKM IDP 2019 (Muat Turun Borang & Syarat Kelayakan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan IDP sesi pengambilan Disember 2019 yang merangkumi cara-cara membuat permohonan dan syarat kemasukan ke program tersebut:

Bagi kemasukan sesi intake Disember 2019, setiap program pengajian ditawarkan adalah sama yang seperti di application UPU untuk mod pengajian sepenuh masa (Full Time).

Tempoh permohonan mengikut sesi adalah seperti berikut :-

  • Ambilan Februari/ Mac : Tempoh permohonan adalah dari Julai hingga November
  • Ambilan Jun : Mohon pada Oktober – Februari
  • Pengambilan September : Februari – Mei
  • Ambilan Disember : Mac – Ogos

Langkah Membuat Pendaftaran Permohonan

Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk membuat permohonan secara online:

1. Untuk membuat permohonan, sila klik pada pautan berikut untuk pergi ke Aplikasi Permohonan UKM iaitu eSPEED.

2. Setelah hadir di paparan skrin eSPEED, pemohon dikehendaki melengkapkan semua maklumat peribadi di ruang yang disediakan untuk mendaftar sebagai pengguna.

Antara perkara yang perlu dilengkapkan semasa membuat pendaftaran adalah:

  • Nombor Kad Pengenalan/MyKad atau Pasport
  • Kewarganegaraan
  • E-mel
  • Kata Laluan
  • Konfirm kata laluan

Setelah semua maklumat lengkap diisi, klik ‘Register‘ untuk mendaftar. Selepas itu, satu emel pendaftaran akan dihantar ke emel anda.

3. Pemohon boleh semak senarai program yang ditawarkan di pautan di bawah:

  1. Senarai Program UKM

Permohonan perlu dibuat sebelum tarikh yang ditetapkan.

4. Untuk mengakses borang permohonan, pemohon dikehendaki untuk log masuk sebagai pengguna di ‘Sign In’ dengan isikan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftar pada ruang yang ada dan klik butang ‘Sign In‘ untuk log masuk.

5. Setelah log masuk, pemohon akan hadir di skrin utama Aplikasi Permohonan eSPEED.

Sila klik pada butang ‘Application Form‘ untuk memaparkan borang permohonan. Seterusnya, lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Antara perkara yang perlu dilengkapkan pemohon adalah seperti berikut:

  • Maklumat Program
  • Maklumat Peribadi
  • Kelayakan Akademik
  • Maklumat Kemahiran Bahasa
  • Maklumat Kewangan
  • Aktiviti Kokurikulum
  • Maklumat Pekerjaan
  • Dokumen Sokongan
  • Dokumen Bayaran Permohonan
  • Soal Selidik
  • Pengakuan

Sila pastikan dokumen sokongan dan bayaran turut serta dimuatnaik ke ruang yang disediakan. Setelah semua maklumat lengkap diisi, klik butang ‘Submit Application‘ untuk menghantar permohonan. Pemohon juga boleh mencetak borang permohonan sebagai bukti rekod permohonan dengan klik butang ‘Print‘.

6. Yuran pemprosesan juga dikenakan terhadap setiap permohonan dibuat dan wang yuran tidak boleh dikembalikan. Kadar yuran adalah seperti berikut:

  • Pelajar Tempatan: RM50
  • Pelajar Antarabangsa: RM100 (sila isikan nama penuh dan nombor passport pada belakang slip bank)

Dan deposit ke : Pusat Kembangan Pendidikan (Nombor Akaun CIMB: 8002233829)

Dan jika pemohon ingin membuat bayaran luar dari Malaysia, sila rujuk maklumat berkaitan penghantaran telegrafik melalui pautan ini (telegrafic transfer info).

Keputusan permohonan boleh disemak di Menu Semakan ‘Check Status of Application’ dalam masa empat (4) hingga lapan (8) minggu selepas tarikh tutup permohonan.

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai Permohonan, sila rujuk maklumat berikut.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, rujuk butiran di bawah:

Portal Rasmi UKM

Alamat UKM

  • Pusat Kembangan Pendidikan
    Aras 2, Bangunan Wawasan
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    43600 UKM Bangi, Selangor
    MALAYSIA.

Nombor Telefon

  • 03-8921 5331 /5642/ 5329/ 3995/ 5898

E-mel

  • marketingpkp@ukm.edu.my

Facebook Rasmi

Semoga perkongsian berkaitan Permohonan di atas ini dapat membantu melancarkan urusan permohonan. Selamat berjaya memasuki universiti pilihan anda!

Tinggalkan Balasan