Kursus Pengajian Yang Ditawarkan Di UTP (Universiti Teknologi Petronas Course)

Bagi semua pelajar lepasan SPM dan STPM/ setaraf yang mahu meneruskan pelajaran ke peringkat tertiari, permohonan ke Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah dibuka secara online dan manual. UTP sedia mengadakan kursus dalam bidang seperti kejuruteraan dan geosains bagi pelajar yang berminat. Jadi, jika anda berminat, berikut dikongsikan senarai kursus pengajian yang ditawarkan di UTP dan calon disarankan supaya tidak melepas peluang keemasan ini kerana pengambilan adalah terhad.

Untuk pengetahuan semua, UTP adalah sebuah institut pengajian swasta milik PETRONAS yang memberi penekanan tinggi dalam pendidikan dan penyelidikan sains, kejuruteraan dan teknologi. UTP terdiri daripada dua fakulti utamanya iaitu Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat di mana masing-masing mempunyai kurikulum yang tersendiri. UTP ada menyediakan program pengajian dalam bidang kursus meliputi peringkat Asasi, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca-Siswazah. Ditubuhkan pada 10 Januari 1997, UTP terletak di Bandar Seri Iskandar, Perak dengan kampusnya yang berada di atas tanah seluas 400 hektar. UTP telah melahirkan seramai lebih 15,000 graduan dan merupakan universiti swasta pertama yang merangkul 5 bintang penarafan dalam Quacquarelli Symonds (QS) StarsTM University Rating System.

Kursus Pengajian Yang Ditawarkan Di UTP (Universiti Teknologi Petronas)

Senarai Kursus Pengajian Yang Ditawarkan di UTP (Asasi, Pra-Siswazah & Pasca Siswazah)

Berikut merupakan senarai keseluruhan bagi bidang disiplin utama di Universiti Teknologi Petronas yang merangkumi peringkat Asasi, Sarjana Muda, dan Sarjana (Pasca-Siswazah) buat rujukan pemohon:

  1. Peringkat Asasi
    • Foundation in Engineering and Technology
  2. Peringkat Sarjana Muda (Pra-Siswazah)
    • Bachelor of Engineering (Honours)
    • Bachelor of Technology (Honours)
    • Science (Honours)
  3. Peringkat Sarjana dan PhD (Pasca-Siswazah)
    • Master / PhD by Research
    • Master by Coursework & Dissertation

Senarai Kursus Pengajian UTP

Berikut adalah senarai kursus pengajian pelbagai peringkat seperti Asasi, Sarjana Muda dan Siswazah yang terdapat di UTP mengikut bidang tertentu buat rujukan semua.

A) Foundation Programmes (Program Asasi)

Centre for Foundation Studies

Kursus pengajian asasi bagi bidang kejuruteraan dan teknologi adalah seperti berikut:

  1. Foundation in Engineering and Science
  2. Foundation in Technology and Business Management
  3. Foundation in Computer Science

B) Bachelor Programmes (Program Ijazah Sarjana Muda)

Engineering (Kejuruteraan)

Kursus pengajian bagi bidang kejuruteraan adalah seperti berikut:

  1. Bachelor of Chemical Engineering with Honours
  2. Bachelor of Civil Engineering with Honours
  3. Bachelor of Computer Engineering with Honours
  4. Bachelor of Electrical and Electronics Engineering with Honours
  5. Bachelor of Materials Engineering with Honours
  6. Bachelor of Mechanical Engineering with Honours
  7. Bachelor of Petroleum Engineering with Honours

Technology & Petroleum Geoscience (Teknologi & Geosains Petroleum)

Kursus pengajian bagi bidang teknologi & geosains petroleum adalah seperti berikut:

  1. Bachelor of Information Systems (Hons)
  2. Bachelor of Information Technology (Hons)
  3. Bachelor of Technology (Hons) Petroleum Geoscience

Business Management (Pengurusan Perniagaan)

Kursus pengajian bagi bidang pengurusan perniagaan adalah seperti berikut:

  • Bachelor of Business Management (Hons)

Science (Sains)

Kursus pengajian bagi bidang sains adalah seperti berikut:

  1. Bachelor of Science (Hons) in Applied Chemistry
  2. Bachelor of Science (Hons) Applied Physics
  3. Bachelor of Computer Science (Hons)

C) Postgraduate Programmes (Program Pasca-Siswazah)

Bagi program pasca-siswazah, terdapat dua jenis program iaitu separuh masa dan sepenuh masa.

Program separuh masa biasanya akan mengambil masa 24 bulan (2 tahun) hingga 90 bulan (7 1/2 tahun) manakala program sepenuh masa akan ambil masa 12 bulan (1 tahun) hingga 60 bulan (5 tahun) bergantung kepada peringkat pengajian. Intake pengambilannya adalah pada Januari dan Julai setiap tahun.

Master by Coursework & Dissertation

Kursus pengajian bagi program Ijazah Sarjana adalah seperti berikut:

  1. MSc in Petroleum Engineering
  2. MSc in Petroleum Geoscience
  3. MSc in Asset Management and Maintenance
  4. MSc in Electronic System Engineering
  5. MSc in Electronic Systems Engineering​​ (ODL)
  6. MSc in Process Integration
  7. MSc in Drilling Engineering
  8. MSc in Offshore Engineering
  9. MSc in Process Safety
  10. Master of Business Administration (MBA) in Energy Management

Master by Research

Kursus pengajian bagi program Ijazah Sarjana adalah seperti berikut:

  1. MSc in Chemical Engineering
  2. MSc in Petroleum Engineering
  3. MSc in Petroleum Geoscience
  4. MSc in Civil Engineering
  5. MSc in Mechanical Engineering
  6. MSc in Electrical & Electronic Engineering
  7. MSc in Information Technology
  8. MSc in Information Systems
  9. Master of Science (MSc)
  10. MPhil in Management

Untuk maklumat lanjut mengenai program Master di UTP, sila klik pautan berikut:

PhD

Kursus Pengajian Yang Ditawarkan Di UTP bagi program Doktor Falsafah adalah seperti berikut:

  1. PhD in Chemical Engineering
  2. PhD in Petroleum Engineering
  3. PhD in Petroleum Geoscience
  4. PhD in Civil Engineering
  5. PhD in Mechanical Engineering
  6. PhD in Electrical & Electronic Engineering
  7. PhD in Information Technology
  8. PhD in Information Systems
  9. PhD in Management
  10. PhD in Science

Untuk maklumat lanjut mengenai program PhD di UTP, sila klik pautan berikut:

SUMBER

Diharapkan maklumat yang dikongsikan berkaitan Senarai Kursus Pengajian Yang Ditawarkan di UTP ini dapat memudahkan urusan anda. Semoga berjaya memasuki universiti yang anda inginkan.

Tinggalkan Balasan