Senarai IPTS Berdaftar Terkini Di Malaysia

Melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi samada di Universiti Awam (UA), ILKA atau IPTS adalah pilihan buat pelajar lepasan SPM/ STPM. Sudahkah anda membuat keputusan? Institusi pengajian tinggi manakah yang menjadi pilihan anda? Menyambung dan memilih tempat untuk melanjutkan pengajian tinggi bukanlah satu perkara yang mudah buat pelajar pada masa kini. Terlalu banyak IPTS yang menawarkan pengajian kepada pelajar seperti senarai IPTS berdaftar di Malaysia yang dikongsikan di bawah ini.

Antara IPTS yang terkenal adalah Universiti Multimedia (MMU), UNITEN, UniRazak, Unisel, Universiti Teknologi Petronas (UTP), MSU dan banyak lagi. Bagi mereka yang berminat untuk memasuki UA/ IPTA, Politeknik dan ILKA, anda boleh rujuk cara buat permohonan UPU sesi terkini secara online di UPU Online.

Senarai IPTS Berdaftar Terkini Di Malaysia

Senarai Lengkap IPTS Berdaftar Terkini Di Malaysia

Berikut adalah senarai IPTS terkini merangkumi Universiti Swasta, Kolej Universiti Swasta, IPTS bertaraf Kolej dan Kampus Universiti Luar Negara. Informasi lain yang disertakan termasuk nama & alamat, cara menghubungi (telefon, fax & email), ketua eksekutif dan perakuan pendaftaran. Senarai daftar IPTS ini dikemaskini setakat ini.

Untuk Senarai lengkap IPTS Berdaftar Terkini Di Malaysia boleh dirujuk di pautan berikut:

SENARAI IPTS BERDAFTAR DI MALAYSIA (TERKINI)

Maklumat Lanjut Pemilihan IPTS

Adalah diingatkan sebelum memilih sesuatu IPTS, pelajar perlu menyemak serta fahami terma dan syarat yang ditetapkan oleh IPTS tersebut. Pelajar juga digalakkan melawat IPTS terlebih dahulu dan jangan terpengaruh dengan tawaran dan iklan-iklan yang disiarkan (pinjaman wang, pemberian komputer riba secara percuma dan sebagainya).

Untuk panduan pemilihan IPTS, sila rujuk panduan di Laman Sesawang Rasmi Jabatan Pengajian Tinggi. Diantara kriteria pemilihan yang perlu diambil kira adalah seperti berikut :-

  1. Perakuan Pendaftaran Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Sijil) .
  2. Perihal Kursus Pengajian (Mod Pengajian, Akreditasi, Tempoh Validasi, Pengiktirafan Badan Profesional – Jika Perlu)
  3. Syarat Kelayakan Masuk
  4. Yuran (Invois/ Resit Pembayaran/ Polisi/ Struktur/ Jadual Yuran)
  5. Pembiayaan Pengajian
  6. Maklumat Penarafan IPTS/ Program (Rating MyQUEST, SETARA)
  7. Peluang Melanjutkan Pengajian/ Bidang Kerjaya
  8. Kemudahan/ Fasiliti/ Kaunseling/ Penginapan/ Pengangkutan/ Perpustakaan/ Kokurikulum
  9. Lokasi Pengajian

Semoga perkongsian Senarai IPTS Berdaftar Terkini Di Malaysia ini dapat memberi manfaat buat semua. Selamat berusaha dan semoga berjaya.

Tinggalkan Balasan