Permohonan UTP Online (Universiti Teknologi Petronas)

Permohonan Kemasukan Ke Universiti Teknologi Petronas – UTP. Panduan buat para pelajar terutamanya lepasan SPM/Setaraf dan lepasan STPM/Setaraf. Adakah anda berminat untuk melanjutkan pengajian tinggi ke Universiti Swasta atau IPTS untuk peringkat asasi atau Ijazah Sarjana Muda? Sekiranya begitu, Universiti Teknologi Petronas (UTP) mungkin dapat dijadikan salah satu pilihan anda. Berikut adalah maklumat berkaitan Permohonan UTP secara online buat panduan para pemohon yang berminat memasuki Universiti Teknologi Petronas.

Buat makluman semua, UTP telah ditubuhkan pada 10 Januari 1997 dan merupakan salah satu universiti swasta terkemuka di Malaysia dengan penekanan yang kuat terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan. UTP terletak di negeri Perak dan telah melahirkan lebih daripada 10,000 graduan serta memiliki pelajar antarabangsa dari 50 buah negara yang berbeza. Kursus-kursus pengajian yang ditawarkan merangkumi kursus teknologi komputer, kejuruteraan, sains gunaan, teknologi kejuruteraan serta minyak dan gas.

Permohonan UTP Online

Permohonan UTP Secara Online (Borang Kemasukan Ke Universiti Teknologi Petronas)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Pengambilan UTP bagi peringkat Asasi untuk lepasan SPM/ Setaraf dan peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk lepasan STPM/ Setaraf.

Maklumat yang dikongsikan termasuk cara-cara membuat permohonan dan syarat-syarat kelayakan permohonan kemasukan UTP:

Dokumen Yang Perlu Disediakan

Sila sediakan salinan dokumen-dokumen di bawah yang sudah di-‘scan’ dalam format PDF untuk dimuat naik sewaktu melakukan permohonan online:

1.Kad Pengenalan/MyKad

2a. Asasi

  • Keputusan sebenar SPM/Setaraf (contoh: O-Level, IGCSE, etc.)

2b. Ijazah

  • Keputusan STPM / A-Level / International Baccalaureate / Diploma / Asasi / Matrikulasi atau sebarang kelayakan yang setaraf
  • Keputusan SPM
  • Sebarang Keputusan Peperiksaan Penguasaan Bahasa Inggeris seperti SPM / MUET / IELTS dan lain-lain

3. Bukti pembayaran yuran pemprosesan (Internet Banking/Cash Deposit/Electronic Fund Transfer/Telegraphic Transfer) sebanyak RM30.00. Bayaran boleh dilakukan kepada Universiti Teknologi PETRONAS melalui maklumat akaun di bawah:

  • Penerima: Universiti Teknologi PETRONAS
  • Nombor Akaun Bank: 8004852703
  • Nama Bank: CIMB Berhad
  • Alamat Bank: 20, Jalan Pos Baru, 31000 Batu Gajah, Perak, Malaysia

4. Slip gaji ibu bapa atau penjaga (Untuk peringkat Ijazah sahaja)

Borang Permohonan UTP Dan Syarat Kelayakan

Untuk melakukan permohonan secara Online dan melihat syarat-syarat kemasukan minimum, sila rujuk pada pautan di bawah:

  1. Borang Permohonan Universiti Teknologi Petronas Online Peringkat Asasi
  2. Borang Permohonan Universiti Teknologi Petronas Online Peringkat Ijazah
  3. Syarat Kemasukan Minimum Asasi UTP
  4. Syarat Kemasukan Minimum Ijazah UTP

Tentatif Kemasukan UTP Sesi Januari 2024

Tarikh-tarikh penting kemasukan Januari 2024 bagi pengambilan Asasi dan Ijazah Sarjana Muda adalah seperti berikut:

  • Kemasukan : Januari 2024
  • Peringkat Pengajian : Asasi dan Ijazah Sarjana Muda
  • Kelayakan
    • Asasi
      • SPM 2022 / 2021 / 2020 / IGCSE / O-Level atau kelayakan lain yang setaraf
    • Ijazah
      • STPM, A-Level, IB, Diploma, Asasi, Matrikulasi dan lain-lain kelayakan yang setaraf
  • Permohonan Online Dibuka : 14 Ogos 2023
  • Permohonan Online Ditutup : 31 Ogos 2023
  • Program Yang Terlibat : Semua
  • Pengumuman Tawaran : September 2023
  • Pendaftaran : 2 Januari 2024
  • Minggu Orientasi (Minggu Aluan Siswa) : 2 Januari 2024
  • Permulaan Semester : 4 Januari 2024

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, rujuk butiran di bawah:

Portal Pendaftaran UTP

Alamat UTP

  • Universiti Teknologi PETRONAS, 32610 Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

Nombor Telefon

  • 1-300-22-8887

E-mel

  • info@utp.edu.my

Facebook Rasmi UTP

Semoga perkongsian berkaitan ini dapat membantu melancarkan urusan permohonan. Selamat berjaya memasuki universiti pilihan anda!

Tinggalkan Balasan