Permohonan MSU online (Management and Science University)

Permohonan Secara Online Kemasukan Ke Management Science University – MSU. Buat pelajar yang ingin meneruskan pengajian tinggi mereka ke Management Science University (MSU), sebuah universiti swasta terkemuka di Malaysia. Permohonan dijalankan secara terbuka bagi tahun 2024 untuk lepasan SPM, STPM/setaraf, Matrikulasi, dan Diploma. Oleh itu, berikut dikongsikan panduan untuk membuat permohonan MSU melalui pengisian borang secara online.

Kampus MSU terletak di bandar Shah Alam dan menawarkan program pengajian khusus dan profesional bagi pelajar yang ingin mengisi kekosongan jawatan di industri utama di Malaysia. Sehubungan dengan itu, institusi pengajian swasta ini telah ditubuhkan dengan tujuan melahirkan para graduan yang komited terhadap pembelajaran sepanjang hayat serta dengan sifat terpuji.

Permohonan MSU online (Management and Science University)

Di MSU, terdapat tiga fakulti sains kesihatan dan kehidupan, sains maklumat dan kejuruteraan, dan pengurusan perniagaan berserta enam sekolah bagi farmasi, sains perubatan, perhotelan, pendidikan & sains sosial, kuliah dan pengajian pascasiswazah. Tambahan pula, program dalam bidang sains biologi & sains kesihatan, teknologi maklumat & kejuruteraan, perniagaan dan undang-undang turut juga dibuka untuk permohonan oleh Pusat Pengajian Asas di MSU.

Borang Permohonan MSU Online

Berikut merupakan perkongsian panduan untuk membuat permohonan kemasukan ke MSU bagi intake/ pengambilan terkini sebagai rujukan buat pemohon:

1. Aplikasi Permohonan Secara Online

Para pemohon boleh membuat permohonan melalui aplikasi di bawah:Aplikasi Permohonan

2. Syarat Kemasukan MSU

Pelajar dinasihatkan agar memeriksa syarat kemasukan yang ditetapkan MSU berdasarkan kursus dan peringkat program tertentu sebelum membuat permohonan.

Berikut dikongsikan syarat kelayakan yang diperlukan bagi kemasukan ke MSU:

3. Cara Permohonan

Permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sila klik pada pautan aplikasi permohonan yang disertakan di atas
  2. Pilih sesi kemasukan untuk tahun yang dimohonkan. Dan pilih 3 bidang pengajian yang anda mahukan mengikut turutan pilihan pertama sehingga ketiga
  3. Lengkapkan segala maklumat peribadi anda yang diperlukan
  4. Turuti langkah-langkah seterusnya sehingga permohonan lengkap.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada maklumat berikut :-

4. Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:Alamat

  • University Drive, Off Persiaran Olahraga,
    Section 13, 40100 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

No. Tel.

    • 03 5521 6868

Laman Web Rasmi

Facebook Rasmi

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Permohonan ini dapat memudahkan urusan anda. Semoga berjaya.

Tinggalkan Balasan