Permohonan UNIKL Online (Universiti Kuala Lumpur)

Panduan buat semua pelajar lepasan SPM dan STPM yang berminat untuk memasuki Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Anda berpeluang untuk melanjutkan pengajian tinggi anda ke sebuah universiti swasta yang terkenal di seluruh Malaysia. Berikut dikongsikan maklumat mengenai Permohonan UniKL secara online buat panduan pemohon yang berminat menyambungi pengajian tinggi mereka dalam mengejar cita-cita yang diimpikan.

Untuk pengetahuan semua, UniKL adalah sebuah universiti yang ditubuhkan oleh MARA (Majlis Amanah Rakyat) pada 20 Ogos 2002 dan mempunyai penekanan yang tinggi dalam teknologi kejuruteraan. Universiti ini memiliki banyak institut di seluruh Malaysia dan masing-masing mempunyai kelebihan dalam bidang yang tertentu. Ia juga mempunyai institut yang menawarkan program pengajian luar negara seperti Malaysian France Institute (MFI) dan British Malaysian Institute (BMI). Kursus-kursus pengajian yang ditawarkan meliputi kursus kejuruteraan, teknologi komputer, teknologi kejuruteraan dan keusahawanan.

Permohonan UNIKL Online

Permohonan UniKL Online, Syarat Kemasukan & Yuran Pengajian

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan kemasukan ke UniKL bagi peringkat Asasi untuk lepasan SPM/ setaraf dan peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk lepasan STPM/ setaraf.

Uni KL menetapkan 3 sesi kemasukan setiap tahun iaitu Januari, Julai dan September. Maklumat yang dikongsikan termasuk cara-cara membuat permohonan dan syarat-syarat kemasukan :

1. Aplikasi Permohonan UniKL Online

Para pemohon boleh membuat permohonan secara atas talian (online) serta membuat semakan senarai dokumen permohonan yang diperlukan melalui aplikasi di bawah:
AplikasiBorang Online

Anda boleh menyemak senarai program pengajian yang ditawarkan di UniKL melalui senarai Kursus Pengajian Yang Ditawarkan.

2. Syarat Permohonan UniKL

Untuk memohon, anda hendaklah menepati syarat-syarat melalui pautan berikut:

1Asasi

2Diploma

3Ijazah

3. Yuran Pendaftaran

Untuk yuran, sila layari pautan berikut:

Yuran Pengajian

4. Kalendar Akademik UniKL Tahun 2024

Berikut adalah kalendar pelajaran akademik bagi tahun 2024 buat rujukan anda:

Klik Academic Calendar

5. Institut UniKL

Untuk mengetahui jenis-jenis institut yang terdapat di seluruh negara, anda boleh berbuat demikian melalui pautan berikut:
Senarai Institut-institut Seluruh MalaysiaInstitutes

6. Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan kemasukan dan sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi :-

  • Marketing, Recruitment & Admission Division
    Universiti Kuala Lumpur
    Level 3, 1016, Jalan Sultan Ismail,
    50250 Kuala Lumpur.

No. Tel.

  • 03-2175 4000

Emel

Diharapkan perkongsian maklumat tentang Permohonan UniKL Online ini dapat mempermudahkan urusan permohonan anda. Selamat maju jaya dan semoga berjaya mendapat tempat di institusi yang dihajati.

Tinggalkan Balasan