Permohonan UNITEN Online (Universiti Tenaga Nasional)

Perhatian buat para pelajar lepasan SPM/ STPM/ MATRIKULASI/ ASASI/ setaraf yang sedang mencari peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat tinggi. Tahukah anda bahawa Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ada membuka pengambilan kemasukan pelajar baru untuk pengajian peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bagi kemasukan sesi Januari 2024? Oleh itu, kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke UNITEN bolehlah membuat Permohonan UNITEN secara online.

UNITEN merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang mempunyai ciri-ciri unik tersendiri. Lokasi kampus utamanya adalah di Kajang, Selangor dan kampus kedua dibina di Bandar Muadzam Shah, Pahang. UNITEN memiliki lima buah kolej yang mengandungi 15 jabatan akademik. Fokus UNITEN terletak pada bidang kejuruteraan, pengurusan bisnes, teknologi maklumat dan lain-lain bidang berkaitan.

Permohonan UNITEN online

Permohonan UNITEN online (Borang Kemasukan)

UNITEN merupakan antara universiti swasta pertama di Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Tenaga Nasional Berhad.

Buat yang berminat untuk menyertai program pengajian di UNITEN, berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan kemasukan yang boleh dibuat secara Online:

Syarat Kemasukan Minimum UNITEN

Sebelum membuat permohonan, pelajar dinasihatkan agar meneliti syarat kemasukan minimum ke UNITEN mengikut kursus dan peringkat program pengajian seperti berikut:

Langkah 1 : Permohonan Online

Sila turuti langkah-langkah di bawah untuk membuat permohonan UNITEN secara online:

1.Buka pautan: UNITEN Online Application System (UNIAPPS) dan klik Apply Now

2. Di seksyen Apply Now:

  • Isi nama penuh seperti dalam kad pengenalan, alamat e-mel, nombor telefon bimbit
  • Pilih sesi kemasukan (Januari 2024)
  • Pilih kewarganegaraan (Malaysian/Non-Malaysian)
  • Klik Register
  • Anda akan menerima e-mel pengesahan yang membekalkan kata laluan/password yang digunakan semasa Log In sekiranya ingin mengakses permohonan di lain masa

3. Pilih peringkat pengajian yang ingin anda sertai (Degree/Diploma/Foundation)

  • Pilih sesi kemasukan (Januari 2024)
  • Akhr sekali, pilih program pengajian yang diminati
  • Klik OK

4. Isikan maklumat peribadi pemohon termasuk:

  • Maklumat diri
  • Maklumat ibu bapa/penjaga
  • Butiran pendidikan dan kelayakan
  • Lain-lain butiran

5. Lengkapkan keputusan kelayakan samada SPM atau O-Level atau apa-apa kelayakan setaraf:

  • Pilih subjek dan gred yang anda peroleh
  • Klik Add Subject
  • Klik Proceed to Next Step

6. Baca makluman yang terpapar:

  • Pastikan semua maklumat yang dibekalkan adalah benar
  • Klik CONFIRM

7. Untuk memuat naik dokumen penting secara online, scan dan muat naik ke pautan yang diberikan di halaman tersebut. Dokumen-dokumen penting tersebut adalah:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan keputusan SPM atau O-level/setaraf/peperiksaan lain

8. Cetak cover letter.

Langkah 2 : Penyerahan Dokumen

Sekiranya anda tidak menghantar dokumen-dokumen penting secara online, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1.Hantar menggunakan pos dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan keputusan SPM atau O-level/setaraf/peperiksaan lain

Ke alamat:

  • Marketing & Corporate Communications Department
    Level 1, Administration Building
    Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
    Putrajaya Campus
    Jalan IKRAM-UNITEN
    43000 Kajang, Selangor.

2. Anda juga boleh menghantar dokumen-dokumen terus ke UNITEN Customer Centre (UCC), Ground Level, Administration Building, Putrajaya Campus.

Langkah 3 : Surat Tawaran

Surat tawaran (Offer letter) akan di-emel kepada anda selepas dokumen-dokumen tersebut disahkan. Anda juga boleh menyemak surat tawaran menerusi sistem permohonan UNITEN online menggunakan maklumat sama yang digunakan untuk log in.

Langkah 4 : Pembayaran

Maklumat berkaitan pembayaran adalah seperti berikut:

1.Sekiranya anda menerima tawaran kemasukan, lakukan pembayaran sebanyak RM300 (Yuran BMK) ke UNITEN menggunakan perbankan online:

2. Setelah melakukan transaksi, e-melkan bukti pembayaran RM300 tersebut ke:

Maklumkan kepada e-mel yang sama sekiranya menghadapi sebarang masalah

Maklumat Penting Kemasukan Ke UNITEN

Sila klik pautan di bawah untuk mengetahui tarikh-tarikh penting seperti tarikh pendaftaran, orientasi dan kelas bermula. Dokumen-dokumen penting yang perlu dibawa semasa hari pendaftaran juga disediakan pautannya di halaman yang sama:

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, rujuk butiran di bawah:

Portal Pendaftaran UNITEN

Alamat UNITEN

  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
    Putrajaya Campus
    Jalan IKRAM-UNITEN
    43000 Kajang, Selangor
    MALAYSIA.

Nombor Telefon

  • +603-8921 2143

E-mel

Facebook Rasmi UNITEN

Semoga perkongsian berkaitan Permohonan di atas ini dapat membantu melancarkan urusan permohonan. Selamat berjaya memasuki universiti pilihan anda!

Tinggalkan Balasan