Kursus Pengajian Yang Ditawarkan Di UNITEN (Asasi, Diploma & Degree)

Perhatian buat para pelajar lepasan SPM/STPM/MATRIKULASI/ASASI/setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Sudahkah anda menghantar permohonan UNITEN untuk sesi kemasukan yang akan datang? Kepada yang ingin membuat permohonan kemasukan ke UNITEN, pasti anda ingin tahu apakah Kursus Pengajian Yang Ditawarkan Di UNITEN.

UNITEN merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang mempunyai kampus utama di Kajang, Selangor dan kampus kedua yang dibina di Bandar Muadzam Shah, Pahang. UNITEN memiliki lima buah kolej yang mengandungi 15 jabatan akademik. Fokus UNITEN terletak pada bidang kejuruteraan, pengurusan bisnes, teknologi maklumat dan lain-lain bidang berkaitan.

Kursus Pengajian Yang Ditawarkan Di UNITEN

Senarai Kursus Pengajian Yang Ditawarkan Di UNITEN

Terdapat pelbagai jenis Kursus Pengajian Yang Ditawarkan Di UNITEN di setiap peringkat pengajian terutamanya Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Berikut dikongsikan senarai kursus pengajian yang ditawarkan mengikut jurusan. Klik pada nama bidang/ kursus di pautan https://www.uniten.edu.my/education/ untuk mendapatkan butiran lanjut:

Engineering (Kejuruteraan)

Kursus pengajian bagi bidang kejuruteraan adalah seperti berikut:

  1. Asasi Kejuruteraan
  2. Diploma Kejuruteraan Elektrik
  3. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  4. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (Kepujian)
  5. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kuasa Elektrik (Kepujian)
  6. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian)
  7. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian)

Business & Accounting (Perniagaan & Perakaunan)

Kursus pengajian bagi bidang perniagaan dan perakaunan adalah seperti berikut:

  1. Asasi Perakaunan
  2. Asasi Pentadbiran Perniagaan
  3. Diploma Perakaunan
  4. Diploma Pengajian Perniagaan
  5. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
  6. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Dalam Pengurusan Sumber Manusia
  7. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Dalam Pemasaran
  8. Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa (Kepujian)
  9. Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kepujian)

Computing & Informatics (Perkomputeran & Maklumat)

Bagi bidang teknologi maklumat dan komputer, kursus-kursus yang disediakan adalah seperti berikut:

  1. Asasi Teknologi Maklumat
  2. Asasi Sains Komputer
  3. Diploma Sains Komputer
  4. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Siber) (Kepujian)
  5. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) (Kepujian)
  6. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem & Rangkaian) (Kepujian)
  7. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Sistem Maklumat) (Kepujian)
  8. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Grafik & Multimedia) (Kepujian)
  9. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Media Visual) (Kepujian)

Energy Economics & Social Sciences (Ekonomi Tenaga & Sains Sosial)

Berikut dikongsikan senarai kursus-kursus yang disediakan bagi bidang ekonomi tenaga dan sains sosial:

  1. Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Tenaga) (Kepujian)
  2. Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan (Kepujian)

Huffaz Professional

Di UNITEN terdapat kursus untuk mereka yang berminat menceburi bidang tahfiz secara profesional. Kursus yang disediakan adalah:

  1. Sijil Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN
  2. Diploma Pengurusan Korporat Dengan Tahfiz

Global Exchange & Mobility (360 GEM)

UNITEN juga mengadakan program pertukaran pelajar iaitu 360 GEM:

  1. Musim Panas 360 GEM di Uzbekistan

English & Preparatory Programmes (Program Persediaan & Bahasa Inggeris)

Senarai kursus pengajian Bahasa Inggeris dan program persediaan pelajar adalah seperti berikut:

  1. Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (TEP)
  2. Kursus Pendek Bahasa Inggeris
  3. Program Intensif Bahasa Inggeris
  4. Program Persediaan Untuk Kecemerlangan Pelajar (PPES)

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, rujuk butiran di bawah:

Laman Web UNITEN

Alamat UNITEN

  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
    Putrajaya Campus
    Jalan IKRAM-UNITEN
    43000 Kajang, Selangor
    MALAYSIA.

Nombor Telefon

  • +603-8921 2020

E-mel

  • Sabihah@uniten.edu.my

Facebook Rasmi UNITEN

Tinggalkan Balasan