Permohonan USAS 2024 Online (Borang Universiti Sultan Azlan Shah)

Panduan buat para pelajar lepasan SPM, STPM/setaraf, dan Matrikulasi yang ingin melanjutkan pelajaran ke USAS bagi sesi ambilan tahun 2024. Buat makluman semua, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) membuka peluang kepada yang berminat dan berkelayakan untuk membuat permohonan bagi ambilan Februari 2024. Permohonan USAS telah dibuka sejak 9 November 2023 sehingga 12 Januari 2024 untuk peringkat asasi di portal rasmi USAS. Manakala, bagi peringkat diploma dan ijazah sarjana muda telah dibuka pada 8 November 2023 hingga 13 Februari 2024. Selain itu, terdapat jumlah biasiswa sebanyak RM1 juta yang ditawarkan untuk pelajar yang layak.

Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) merupakan salah sebuah universiti swasta milik penuh Kerajaan Perak di Malaysia. Kampus utama terletak di Kuala Kangsar, Perak. Antara peringkat pengajian yang ditawarkan di USAS adalah Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.

Permohonan USAS (Universiti Sultan Azlan Shah)

Permohonan Universiti Sultan Azlan Shah Ambilan 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Universiti Sultan Azlan Shah Ambilan tahun 2024 yang boleh dibuat secara Online termasuk syarat kemasukan, cara permohonan dan cara menghubungi:

Maklumat lain yang dikongsikan termasuk panduan pendaftaran, semakan keputusan, cara hubungi dan iklan permohonan.

1. Tarikh Penting Permohonan

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting berkaitan Permohonan Kemasukan ke USAS ambilan sesi kemasukan Februari 2024:

  • Tarikh Permohonan Asasi : 9 November 2023 – 12 Januari 2024
  • Tarikh Permohonan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda : 8 November 2023 – 13 Februari 2024

2. Aplikasi Permohonan USAS Online

Para pemohon boleh membuat permohonan melalui aplikasi di bawah:

  • Aplikasi Permohonan : USAS

3. Syarat Kemasukan USAS

Berikut dikongsikan syarat kelayakan mengikut kursus yang ditawarkan di USAS bagi program Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah :1

1.Diploma:

2. Sarjana Muda:

3. Sarjana:

4. Doktor Falsafah:

4. Panduan : Pendaftaran Pengguna Kali Pertama Permohonan Online (USAS)

Sila turuti langkah-langkah di bawah untuk membuat pendaftaran permohonan secara online:

  1. Sila layari portal rasmi USAS
  2. Klik pada Permohonan Pra-Siswazah
  3. Klik Warganegara Malaysia (untuk pelajar tempatan)
  4. Di laman muka depan Log Masuk Permohonan, masukkan nombor mykad dan kata laluan untuk log masuk.
  5. Jika belum mempunyai akaun, sila tekan butang ‘Klik Daftar’ untuk membuat pendaftaran.
  6. Isikan maklumat seperti berikut:
    1. Nombor Kad Pengenalan
    2. Kata Laluan
    3. Pengesahan Kata Laluan
    4. Nama Penuh
    5. Nombor Telefon Bimbit
  7. Klik butang ‘Daftar’ apabila selesai isikan maklumat peribadi.
  8. Ikut arahan seterusnya untuk selesaikan proses pendaftaran permohonan.

5. Semakan Keputusan USAS 2024

Buat makluman semua, keputusan permohonan boleh disemak di portal permohonan online USAS melalui online.usas.edu.my.

Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas pengumuman rasmi keputusan USAS dianggap gagal dan tidak berjaya.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak USAS dengan maklumat berikut:

Alamat

  • Universiti Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan, Bandar DiRaja, 33000 Kuala Kangsar, Perak.

No. Tel.

  • 05-773 2323

Emel

Facebook

Diharap agar maklumat berkaitan Permohonan Universiti Sultan Azlan Shah 2024 Online ini dapat memudahkan urusan anda. Semoga berjaya mendapat tawaran kemasukan untuk Program Ijazah Sarjana Muda, Siswazah atau Diploma USAS.

Tinggalkan Balasan