iMASCU Semakan Syarat Kelayakan Mohon UPU

Cara Semak Syarat Kelayakan Kemasukan UPU Melalui iMASCU Online. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia baru sahaja diumumkan. Tahniah kepada pelajar SPM yang telah berjaya mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Kini tiba masanya untuk pelajar memikirkan apakah program pengajian yang boleh dipohon di UA/ IPTA melalui application UPU online hasil daripada result SPM tahun semasa yang diperolehi. Jawapannya adalah melalui semakan iMASCU online.

Sistem Semak Syarat iMASCU adalah Aplikasi semakan atas talian yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi dan UPU. Calon yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam melalui UPU online kini boleh membuat semakan kelayakan dan memilih jurusan yang layak dipohon menggunakan sistem ini. Program pengajian dan UA/ IPTA yang boleh dipohon akan diaparkan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan yang diperolehi oleh pelajar.

iMASCU

Semakan iMASCU Syarat Kelayakan Mohon UPU

iMASCU adalah satu Sistem Semakan Syarat Kelayakan secara atas talian yang dapat membantu pelajar dalam memilih program kursus pengajian dan institusi pendidikan yang bersesuaian dengan keputusan akademik yang diperolehi. Ianya merangkumi kelayakan memasuki Program Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Cara Semak Kelayakan Program Pengajian Melalui iMASCU

Berikut dikongsikan panduan penting dalam membuat semakan iMASCU syarat kelayakan mohon UPU melalui sistem semak syarat iMASCU. Anda boleh membuat semakan program pengajian yang anda layak di UA & Politeknik Premier berdasarkan keputusan SPM yang anda perolehi. Semakan ini merangkumi kelayakan akademik dan Semakan hanya untuk lepasan SPM tahun semasa sahaja

  • Nota : Aplikasi iMASCU tidak lagi berfungsi. Pemohon UPU adalah disyorkan untuk menggunakan sistem semakan kelayakan UPU lepasan SPM/ STPM setaraf di pautan berikut :-

1. Login iMASCU

  • Langkah Pertama adalah dengan melayari Laman iMASCU
    • Sistem SEMAKAN SYARAT

iMASCU Semakan Syarat Kelayakan Permohonan UPU Online

2. Isi Maklumat Pelajar

  • Isikan maklumat yang diperlukan oleh sistem semakan. Di antara maklumat pelajar yang perlu diisi oleh pelajar adalah :-
    • No MYKAD (12 Digit)
    • NAMA
    • EMAIL
    • NO TEL
    • KATEGORI (STPM ATAU SPM)

iMASCU Semakan Syarat Kelayakan Permohonan UPU Online

3. Keputusan Yang Diperolehi

  • Isikan maklumat mata pelajaran dan keputusan peperiksaan yang diperolehi

Klik BUTTON SEMAK Penafian Kemudahan semakan melalui portal iMASCU adalah berdasarkan kepada syarat minimum kemasukan ke UA/ Politeknik Premier. Calon perlu memenuhi syarat am dan khas kemasukan ke program pengajian yang ditawarkan oleh UA/Politeknik Premier dan ia juga tertakluk kepada keputusan ujian khas dan temuduga bagi program pengajian berkaitan. Semakan hanya merupakan garis panduan kepada calon dalam membuat pilihan kemasukan ke UA/Politeknik Premier dan ia tidak menjanjikan sebarang tawaran tempat jika calon melepasi syarat am dan khas kerana pemilihan adalah berdasarkan prinsip meritokrasi. Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan apa-apa maklumat atau bahan yang diperolehi dari portal semakan 5. Sistem akan memaparkan kelayakan pemohon untuk memohon jurusan yang ada ditawarkan di UA Senarai UA/ Institusi yang pelajar layak memohon akan dipaparkan. Klik UA/ Institusi yang berkenaan untuk melihat program yang layak dipohon

4. Penafian

  • Klik BUTTON SEMAK
    • Pop Up Penafian akan terpapar
    • Kemudahan semakan melalui portal iMASCU adalah berdasarkan kepada syarat minimum kemasukan ke UA/ Politeknik Premier. Calon perlu memenuhi syarat am dan khas kemasukan ke program pengajian yang ditawarkan oleh UA/Politeknik Premier serta tertakluk kepada keputusan ujian khas dan temuduga bagi program pengajian berkaitan.
    • Semakan hanya merupakan garis panduan kepada calon dalam membuat pilihan kemasukan ke UA/Politeknik Premier dan ia tidak menjanjikan sebarang tawaran tempat jika calon melepasi syarat am dan khas kerana pemilihan adalah berdasarkan prinsip meritokrasi.
    • Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan apa-apa maklumat atau bahan yang didapati dari portal semakan
    • Jika anda bersetuju dengan terma/ syarat, klik teruskan

5. Hasil Semakan

  • Sistem akan memaparkan kelayakan pemohon untuk memohon jurusan yang ada ditawarkan di UA
    • Senarai UA/ Institusi yang pelajar layak memohon akan dipaparkan. Klik UA/ Institusi yang berkenaan untuk mengetahui program yang layak dipohon

Semakan Syarat Kelayakan Permohonan UPU Online

Nota Penting Semakan iMASCU

Pelajar lepasan SPM dikehendaki untuk mengisi maklumat mata pelajaran yang diambil beserta dengan gred diperolehi dalam peperiksaan SPM yang sebenar. Keputusan peperiksaan percubaan juga boleh digunakan untuk Fasa Pertama permohonan.

  1. Semakan keputusan menggunakan sistem ini akan berjaya dipaparkan selepas anda bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dipaparkan dalam mesej pengesahan Pop-Up
  2. Senarai UA/ Institusi di mana pelajar layak untuk memohon akan dipaparkan. Klik UA/ Institusi yang dipaparkan untuk melihat program yang layak dipohon.

Semakan Syarat Kelayakan UiTM Dan Politeknik

Calon pelajar yang ingin memasuki UiTM dan Politeknik, semakan syarat kelayakan permohonan kemasukan juga boleh disemak melalui sistem semakan atas talian berikut :-

Semoga perkongsian panduan Semakan iMASCU Syarat Kelayakan Kemasukan UPU online ini boleh dijadikan panduan buat semua pelajar. Semoga pelajar dapat membuat pilihan terbaik UA/ IPTA dan program kursus pengajian yang bersesuaian dengan minat dan kelayakan akademik yang diperolehi oleh pelajar.

Tinggalkan Balasan