Semakan Syarat Kemasukan Politeknik eSemak Online

eSemak Politeknik Online – Cara Semak Syarat Kemasukan Politeknik. Panduan buat pelajar  terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk menyambung pengajian tinggi mereka ke Politeknik Premier, Konvensional/METrO. Semakan Syarat Kemasukan Politeknik kini boleh di semak secara online di sistem eSemak Politeknik.

Pelajar yang berminat adalah disarankan untuk membuat semakan syarat kemasukan terlebih dahulu sebelum membuat application Politeknik melalui UPU Online atau Portal Pengambilan Pelajar Politeknik. Ianya bagi mengelakan application anda gagal atau ditolak kerana memohon program pengajian yang melebihi syarat kelayakan akademik yang pelajar perolehi.

Semakan Syarat Kemasukan Politeknik

Cara Semak Syarat Kemasukan Politeknik Online

Panduan bagi pelajar yang ingin memohon untuk kemasukan sesi akademik 1 2024/2025 ke Politeknik. Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Syarat Kemasukan Politeknik secara online.

Syarat Minimum Lepasan SPM

Bagi lepasan SPM, syarat umum yang perlu dipatuhi mestilah warganegara Malaysia; dan lulus peperiksaan SPM atau setaraf. Syarat umum akademik adalah seperti berikut :-

a) Politeknik Premier

  • Lima (5) kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan

b) Politeknik Konvensional/ Metro

  • Tiga (3) kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan

c) Subjek Mata Pelajaran Yang Perlu Diambil Kira

  • Bahasa Melayu (Wajib lulus)
  • Sejarah (Wajib lulus)
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains/ Fizik atau Kimia

Syarat-syarat minimum mengikut program pula adalah seperti berikut:

1. Program Kejuruteraan
  • Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
  • Memperoleh tiga (3) kepujian iaitu:
    • Matematik
    • Satu (1) mata pelajaran berkaitan Sains / Teknologi / Vokasional
    • Mana-mana satu mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
    • Bagi bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, tidak buta warna
    • Tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali
2. Program Teknologi Maklumat & Komunikasi DAN Program Perdagangan (Diploma Akauntasi)
  • Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
  • Memperoleh tiga (3) kepujian dalam mana-mana subjek termasuk Matematik
3. Program Perdagangan (Diploma Pergajian Perniagaan)
  • Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik
  • Memperoleh lima (5) kepujian dalam mana-mana subjek
4. Program Pra Diploma
  • Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
  • Lulus Matematik/Matematik Tambahan
  • Memperoleh tiga (3) kepujian dalam mana-mana subjek

Syarat Minimum Lepasan Sijil Kemahiran

Bagi lepasan Sijil Kemahiran, syarat umum yang perlu dipatuhi mestilah:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus peperiksaan SPM atau setaraf
1. Sijil yang Layak

Senarai Sijil Kemahiran yang layak adalah Sijil:

  • Institut Kemahiran MARA
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
  • Sijil Pertanian Institut Pertanian Malaysia
  • Institut Kemahiran Tinggi PERDA
  • Kemahiran Malaysia
  • APEL (Acreditation of Prior Experiential Learning)
2. Syarat Minimum

A. Sijil Kejuruteraan atau Siji Teknologi Kejuruteraan yang telah memperoleh akreditasi (bagi Sijil Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Politeknik, Sijil Pertanian Institut Pertanian Malaysia dan Institut Kemahiran Tinggi PERDA):

  • Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah (dalam SPM 2013 ke atas)
  • Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan (Tahap 3 KKM) atau setaraf dalam bidang berkaitan (contoh : Sijil Institut Kemahiran MARA / Politeknik / Komuniti / Institut Kemahiran Tinggi PERDA)

B. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3

  • Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah (dalam SPM 2013 ke atas)
  • Kelayakan Teknikal / Vokasional (diiktiraf/Tahap 3, KKM) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, dalam bidang berkaitan
  • Mengikuti program peralihan (bridging) yang ditetapkan

eSemak Politeknik : Semakan Syarat Kemasukan Politeknik Online

Anda disarankan untuk menggunakan sistem eSemak untuk membuat Semakan Kemasukan Program pengajian di Politeknik Premier, Konvensional/ Metro. Kemudian barulah anda lengkapkan application di UPUOnline atau Portal Pengambilan Pelajar Politeknik.

eSemak Politeknik – Semakan Syarat Kemasukan Politeknik boleh dilayari di pautan berikut :-

Semakan Syarat Kemasukan Politeknik

Senarai Politeknik Di Malaysia Dan Kursus Yang Ditawarkan

Senarai semua politeknik yang terdapat di Malaysia beserta alamat, no telefon dan laman web. beserta senarai program yang ada ditawarkan di Politeknik boleh dirujuk di pautan berikut :-

Info Lanjut

Calon pelajar yang ingin memasuki UA yang lain dan juga UiTM, semakan syarat kelayakan juga boleh disemak melalui sistem semakan atas talian seperti berikut :-

Sebarang pertanyaan berkaitan Semakan Syarat Kemasukan Politeknik, senarai Politeknik dan pengambilan, sila hubungi :-

  • Bahagian Pengambilan Pelajar
    Jabatan Pendidikan Politeknik,
    Aras 4, Galeria PjH,
    Jalan P4W, Persiaran Perdana,
    Presint 4,
    62100 Putrajaya.
  • Tel : 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9263/ 9340
    Fax : 03-8891 9323

Semoga perkongsian Semakan Syarat Kemasukan Politeknik Online dapat membantu pelajar dalam membuat pilihan dengan bijak. Semoga hasrat anda ke Politeknik berjaya.

Tinggalkan Balasan