Permohonan Politeknik 2020 Online. Perhatian buat calon pelajar lepasan SPM, Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Mara, Institut Pertanian, Institut Kemahiran Tinggi PERDA dan Kemahiran Malaysia (SKM). Berikut adalah panduan berkaitan Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi 2020/ 2021. Bermula bulan Mac tahun 2015, istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah digantikan dengan Universiti Awam (UA). Manakala IPTA pula diguna pakai bagi merujuk Kolej Komuniti dan Politeknik.
Untuk pelajar yang berminat dan berkelayakan, permohonan kemasukan ke Politeknik sesi Jun 2020 akan dibuka bermula dari 1 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 untuk lulusan SPM bukan tahun 2017-2019. Pemohon lepasan SPM 2017-2019 boleh membuat permohonan kemasukan UA, Matrikulasi, Politeknik, IPG, ILKA dan Kolej Komuniti yang boleh dibuat melalui UPU online dan dibuka dari 24 Februari 2020 sehingga 17 April 2020. Ambilan bagi kemasukan Disember 2020/2021 akan dibuka mulai 7 September 2020 hingga 16 Oktober 2020 melalui Portal Rasmi Politeknik.
Cara Mohon Politeknik Sesi 2021/ 2022 Online
Berikut adalah panduan penting dalam membuat Permohonan Kemasukan Politeknik sesi ambilan 2020/ 2021 yang antara lain memaparkan kaedah memohon, link borang permohonan, bidang yang ditawarkan dan iklan permohonan.
Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Jun 2020
i) Permohonan Melalui UPUonline
Pemohon perlu membeli UNIK ID/NO PIN UPU berharga RM15.60 di BSN seluruh Malaysia mulai 24 Februari sehingga 17 April 2020
- Isi borang permohonan melalui UPU online
- Tarikh penting permohonan UPU
- 24 Februari 2020 : Tarikh Buka
- 17 April 2020 : Tarikh Tutup
- Untuk tarikh penting UPU berkaitan panggilan temuduga, keputusan, rayuan dan lain-lain sila rujuk :-
- Info :
Peringkat pengajian dan kategori pemohon yang perlu membuat permohonan melalui UPUonline adalah seperti berikut :-
No | Peringkat | Kategori |
1 | Diploma Politeknik | Lepasan SPM tahun 2017-2019 |
2 | Sijil Kolej Komuniti | Lepasan SPM tahun 2017-2019 |
ii) Permohonan Melalui Portal Pengambilan Pelajar Politeknik Dan Kolej Komuniti
Permohonan kemasukan ke Politeknik sesi Jun 2020 untuk pelajar lepasa berikut adalah melalui Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti di pautan:-
No | Peringkat | Kategori |
a | Diploma Politeknik |
|
b | Sijil Kolej Komuniti | Lepasan SPM tahun 2016 ke bawah |
c | Pra Diploma Politeknik | Lepasan SPM |
d | Sijil Kemahiran Khas Politeknik (ketidakupayaan pendengaran) | Lepasan Sekolah Pendidikan Khas atau Program Pencantuman Pendidikan Khas (ketidakupayaan pendengaran) |
e | Sarjana Muda Politeknik | Lulusan Diploma Politeknik & Lulusan Diploma Lanjutan Politeknik |
a) Diploma Sepenuh Masa
Tarikh penting permohonan, temuduga, semakan dan rayuan adalah :-
- 1 Mac 2020 : Tarikh Buka
- 17 April 2020 : Tarikh Tutup
- 27 April 2020 : Semakan Panggilan Temuduga untuk permohonan Diploma Kejuruteraan Perkapalan dan Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat
- 29 April – 20 Mei 2020 : Sesi Temuduga
- 3 Jun 2020 : Semakan Keputusan Permohonan
- 5 Jun 2020 : Borang Permohonan Rayuan dibuka
- 21 Jun 2020 : Borang Permohonan Rayuan ditutup
- 25 Jun 2020 : Semakan Keputusan Rayuan
- Bermula 3 Ogos 2020 : Pendaftaran Pelajar
b) Sijil Kolej Komuniti
- Borang Permohonan dibuka 01 Mac 2020
- Borang Permohonan ditutup 17 April 2020
- Semakan Keputusan Permohonan 05 Jun 2020
- Pendaftaran Pelajar Bermula 03 Ogos 2020
c) Pra Diploma Politeknik
- Kemasukan untuk sesi Jun 2020 ditunda ke sesi seterusnya
d) Sijil Kemahiran Khas Politeknik
- Kemasukan untuk sesi Jun 2020 ditunda ke sesi seterusnya
e) Sarjana Muda Politeknik
- Borang Permohonan dibuka 12 Jun 2020
- Borang Permohonan ditutup
12 Julai 202023 Ogos 2020 - Semakan Panggilan Temuduga
17 Julai 20201 September 2020 - Sesi Temuduga
21 Julai 20208 September 2020 - Keputusan Permohonan
28 Julai 202018 September 2020 - Borang Permohonan Rayuan dibuka
28 Julai 202018 September 2020 - Borang Permohonan Rayuan ditutup
09 Ogos 202025 September 2020 - Semakan Keputusan Rayuan
21 Ogos 20205 Oktober 2020 - Pendaftaran Pelajar
01 September 202018 Oktober 2020
Maklumat lanjut
Iklan Pengambilan Sesi September 2020 (Ijazah Sarjana Muda)
Kemasukan Sesi Disember 2020
Untuk pengetahuan semua, Politeknik akan membuka permohonan kemasukan bagi sesi Disember 2020 mulai 7 September 2020 sehingga 16 Oktober 2020
Permohonan adalah bagi kemasukan program seperti:
- Sijil Kolej Komuniti
- Sijil Kemahiran Khas (ketidakupayaan pendengaran) Politeknik
- Pra Diploma Politeknik
- Diploma Politeknik
- Diploma Kolej Komuniti
Bagi calon-calon yang telah menerima Pra-Tawaran Sesi Disember 2020, anda boleh mula melakukan persetujuan dan cetakan surat tawaran bermula tarikh akan dikemaskini.
Calon boleh membuat semakan keputusan permohonan pada setiap hari Khamis selepas jam 6 petang.
Kursus Pengajian Yang Ditawarkan Di Politeknik
Anda boleh merujuk kepada SENARAI POLITEKNIK dalam mendapatkan senarai kursus pengajian yang ada ditawarkan. Syarat kemasukan pula boleh dirujuk di Syarat Permohonan Politeknik
Iklan Pengambilan Politeknik Melalui UPU Online (Sesi Jun)
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan permohonan kemasukan Politeknik, sila rujuk kepada grafik panduan kemasukan UPU 2020 di bawah ini.
Permohonan Online dan Walk in ke Politeknik dan Kolej Komuniti
Kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti masih lagi dibuka sehingga 23 Jun 2019. Permohonan melalui ambilan.mypolycc.edu.my dan semakan boleh dibuat hari Khamis.
Cara Hubungi Politeknik
Sebarang pertanyaan sila hubungi :-
- Bahagian Pengambilan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya. - Tel : 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9263/ 9340
Fax : 03-8891 9323 - Pejabat HEP PKS : 082-845204
Selamat membuat Permohonan Politeknik ambilan tahun 2020 Online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Politeknik dan kursus yang dihajatkan.