Panduan buat para pemohon Kolej Komuniti. Adakah anda telah memohon kemasukan ke Politeknik Konvensional/METRo, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)? Tahukah anda bilakah tarikh semakan keputusan Kolej Komuniti 2025 – 2026 boleh dibuat? Buat makluman semua, menurut Jabatan Pengajian Tinggi, semakan tawaran kini boleh disemak mulai 16 Jun 2025 secara online melalui laman web rasmi UPU dan mypolycc (mypolycc.edu.my). Untuk sesi Disember pula keputusan boleh disemak bermula (Tarikh akan dikemaskini).
Selain semakan Kolej Komuniti, para pemohon dapat melakukan semakan keputusan UPU bagi kemasukan pengajian ke Universiti Awam/Politeknik Premier. Buat calon yang lulus, anda hendaklah menyemak maklumat tawaran, mencetak surat tawaran dan membuat pengesahan tawaran melalui laman web rasmi tersebut. Manakala bagi pelajar yang gagal mendapat tawaran pengajian UPUOnline, anda boleh mengemukakan rayuan di portal web UPU.
Semakan Keputusan Kolej Komuniti 2025 – 2026 Secara Online
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Semakan tawaran Kolej Komuniti 2025 – 2026 termasuk tarikh semakan dan aplikasi semakan:
Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Kolej Komuniti.
Pengambilan Tahun 2025-2026 | |
i) Mohon Melalui UPUONLINE | |
Perkara | Tarikh |
Semakan keputusan application melalui UPUONLINE boleh dibuat melalui pautan UPU | 16 Jun 2025 jam 12.00 tengah hari sehingga 25 Jun 2025 jam 5.00 petang |
Calon yang tidak berjaya ke program Politeknik boleh membuat rayuan melalui pautan UPU | 18 Jun 2025 |
Cetakan surat tawaran dan pengesahan setuju terima tawaran boleh dibuat mulai melalui pautan myPOLYCC | 18 Jun 2025 jam 5.00 petang |
Tarikh rasmi pendaftaran pelajar baharu Asasi Teknologi Kejuruteraan | 7 Julai 2025 |
Tarikh rasmi pendaftaran pelajar baharu program Diploma/Sijil Politeknik / Kolej Komuniti | 27 / 28 Julai 2025 |
Mereka yang telah memohon melalui Portal mypolycc, boleh menyemak keputusan tawaran melalui maklumat berikut :-
ii) Mohon Melalui eBorang MYPOLYCC | |
Perkara | Tarikh |
Semakan keputusan application melalui eBorang MYPOLYCC boleh dibuat melalui pautan : MYPOLYCC | 18 Jun 2025 jam 5.00 petang |
Calon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan melalui pautan : RAYUAN eBorang | 18 Jun 2025 |
Cetakan surat tawaran dan pengesahan setuju terima tawaran boleh dibuat melalui pautan: MYPOLYCC | 18 Jun 2025 jam 5.00 petang |
Tarikh rasmi pendaftaran pelajar baharu Diploma/Sijil Politeknik / Kolej Komuniti | 27 / 28 Julai 2025 |
Permohonan Rayuan
Bagi calon yang gagal mendapat tawaran ke UA melalui UPU, anda boleh membuat permohonan rayuan secara online di portal mypolycc atau hubungi kolej komuniti yang berdekatan. Untuk kemasukan terus, seperti sesi Disember sila buat rayuan di Portal mypolycc.
Makluman
Pemilihan kes rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku mengikut kursus dan Institusi Politeknik Konvensional/METro, Kolej Komuniti dan ILKA selepas pendaftaran pelajar baru.
Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan di atas ini dapat membantu memudahkan urusan anda. Selamat berjaya memasuki Kolej Komuniti yang diinginkan.
Maklumat Lanjut
Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Aras 6, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
03-8888 3837 Tel
03-8888 2111 Fax
jppkk.ambilan@mohe.gov.my (emel)