Permohonan Sijil Harta Tanah INSPEN 2024 Online

Panduan buat para pelajar terutamanya lepasan SPM atau setaraf. Apakah perancangan anda dalam aspek menyambung pengajian? Sudahkah anda memutuskan institut atau pusat pengajian tinggi mana yang menjadi pilihan anda? Sekiranya belum, barangkali anda boleh mempertimbangkan untuk memasuki Institut Penilaian Negara (INSPEN). Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan Sijil Harta Tanah INSPEN ambilan tahun 2024 buat rujukan pemohon.

INSPEN adalah sebuah Institut Latihan Awam yang bukan sahaja menawarkan program latihan dan akademik, malah terdapat juga penyelidikan dan perundingan. INSPEN bernaung di bawah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia. Buat yang berminat dan berkelayakan, anda boleh membuat permohonan Program Sijil Harta Tanah INSPEN secara online yang dibuka 1 April 2024 sehingga 30 September 2024 (CEA Perdana) dan 30 Oktober 2024 (CEA Eksekutif)

Permohonan Sijil Harta Tanah INSPEN

Permohonan Sijil Harta Tanah INSPEN 2024 Secara Online (Program Institut Penilaian Negara)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan tahun 2024 secara Online beserta tatacara permohonan, syarat kelayakan dan lain-lain.

Pilihan buat pemohon samada belajar secara separa masa atau sepenuh masa. Kenapa pilih INSPEN?

  1. Syarat kelayakan yang minima (SPM 3 kredit sahaja)
  2. Yuran serendah RM365/semester
  3. Kemudahan tempat tinggal disediakan percuma sepanjang tempoh pengajian
  4. Bantuan makan RM20 sehari
  5. Graduan boleh bekerja di sektor kerajaan dan swasta
  6. Graduan berpeluang menyambung pengajian di dalam dan di luar negara

Tarikh Permohonan Sijil Harta Tanah INSPEN

  • Dibuka : 1 April 2024
  • Ditutup : 30 September 2024 (Perdana) 30 Oktober 2024 (Eksekutif)

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dilakukan dengan menuruti langkah-langkah berikut:

1.Akses pautan berikut:

2. Pilih samada untuk mendaftar sebagai Pelajar Sepenuh Masa atau Pelajar Separuh Masa.

3. Isi segala maklumat yang diperlukan dan sertakan lampiran yang diminta.

4. Turuti langkah-langkah seterusnya sehingga permohonan lengkap.

Sesi Pengambilan Sijil Harta Tanah INSPEN

Terdapat tiga jenis sijil dalam program ini iaitu Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT), Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) dan Sijil Agensi Harta Tanah (CEA).

Sesi pengambilan pelajar untuk setiap sijil adalah seperti berikut:

1.SPHT, SPGT & CEA (Sepenuh Masa/ Perdana)

  • Permohonan kemasukan dibuka dari bulan Mei hingga September setiap tahun
  • Sesi pengajian bermula pada bulan Oktober setiap tahun
  • Hebahan keputusan bagi sesi akademik 2024/ 2025 pada 1 Ogos 2024 dan pendaftaran pelajar baharu pada 4 November 2024

2. CEA (Separuh Masa/ Eksekutif)

  • Permohonan kemasukan dibuka dari bulan Jun hingga Oktober setiap tahun
  • Sesi pengajian bermula pada bulan Januari setiap tahun
  • Hebahan keputusan bagi sesi akademik 2024/ 2025 pada 6 November 2024 dan pendaftaran pelajar baharu pada 19 Disember 2024

Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) & Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT)

Maklumat berkaitan Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) dan Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) adalah seperti berikut:

1.Tempoh Pengajian

  • 24 bulan atau 5 semester termasuk Latihan Industri

2. Yuran Pengajian

  • RM365 untuk satu semester

3. Syarat Kemasukan

  • Berusia 17 hingga 21 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM dan setaraf dengan minimum:
    • Kepujian dalam Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan dan satu subjek lain; dan
    • Lulus dalam Bahasa Inggeris dan satu subjek lain

4. Kemudahan 

  • Asrama
  • Bantuan makan RM20 sehari

Sijil Agensi Harta Tanah (Sepenuh Masa) – CEA

Maklumat berkaitan Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) sepenuh masa adalah seperti berikut:

1.Tempoh Pengajian

  • 19 bulan termasuk Latihan Industri

2. Yuran Pengajian

  • RM365 untuk satu semester

3. Syarat Kemasukan

  • Berusia 17 hingga 21 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM dan setaraf dengan minimum:
    • Kepujian dalam Bahasa Melayu, Matematik/Sains/Prinsip Akaun/Perdagangan, satu subjek lain; dan
    • Lulus dalam dua subjek lain

4. Kemudahan 

  • Asrama
  • Bantuan makan RM20 sehari

Sijil Agensi Harta Tanah (Separuh Masa) – CEA

Maklumat berkaitan Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) separuh masa adalah seperti berikut:

1.Tempoh Pengajian

  • 20 bulan termasuk Latihan Industri

2. Yuran Pengajian

  • RM8,745 untuk keseluruhan pengajian

3. Syarat Kemasukan

  • Berusia 17 hingga 65 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM dan setaraf dengan minimum:
    • Kepujian dalam Bahasa Melayu, Matematik/Sains/Prinsip Akaun/Perdagangan, satu subjek lain; dan
    • Lulus dalam dua subjek lain

Maklumat Lanjut INSPEN

Untuk sebarang maklumat lanjut, rujuk butiran di bawah:No.Maklumat1.

Portal Pelajar INSPEN

Alamat INSPEN

  • Pusat Akademik, Institut Penilaian Negara, Persiaran INSPEN, 43000 Kajang, Selangor

Nombor Telefon

  • 603 8911 8800
  • 03 8911 1178 / 019-8121448 (Mokhtar bin Omar)
  • 03 89118627 (Norzaila bt Abdul Rashid )
  • 03 89118888 (Nurul Naziha Akma bt Mawati)

E-mel

Facebook Rasmi INSPEN

Iklan Permohonan

Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Permohonan di atas ini dapat menjadikan urusan permohonan anda lebih mudah. Selamat berjaya menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi!

Related : ejen harta tanah bidang penilaian berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran awam atau sektor swasta

Tinggalkan Balasan