Semakan Keputusan MUET Sesi 3 2023 Online

Bagaimanakah cara bagi calon MUET sesi 3 ingin melakukan semakan keputusan mereka? Serta bilakah tarikh rasmi bagi melakukan semakan keputusan MUET sesi 3, November 2023? Jika dirujuk pada tarikh tahun sebelum ini, semakan keputusan boleh dibuat pada awal Januari 2024.

Untuk makluman, semakan keputusan boleh dilakukan secara online di laman web rasmi  Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) atau disemak melalui khidmat penghantaran SMS. MPM akan membuat pengumuman rasmi tentang tarikh semakan keputusan MUET mengikut sesi di Portal Rasmi MPM.

semakan keputusan muet sesi 3 november

MUET (Malaysian University English Test) ialah ujian bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat pra-universiti, matrikulasi, asasi, diploma, dan STPM. MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

Semakan Keputusan MUET Sesi 3 November 2023 Secara Online Dan SMS

Berikut adalah panduan dalam membuat Semakan secara Online dan SMS bagi tahun 2023. Semakan Keputusan MUET Sesi 3 boleh disemak pada tarikh berikut seperti yang dikongsikan dari pengumuman rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Berikut adalah tarikh-tarikh penting buat rujukan para calon :-

Tarikh Semak Keputusan MUET Sesi 3 November 2023

Semakan sesi 3, November 2023 pada 10 Januari 2024

  • Sistem aplikasi semakan Ujian MUET bagi sesi 3 2023 akan diaktifkan pada: 10 Januari 2024 (Rabu)
  • Semakan secara atas talian boleh dibuat selepas jam 1000 pagi

* Tarikh semakan adalah rasmi

Kaedah Semakan Keputusan MUET Sesi 3 (November) 2023 Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara atau kaedah-kaedah yang disediakan dalam membuat semakan keputusan MUET November 2022 (Sesi 3):-

1. Semakan Atas Talian

Layari Laman Web MPM dan semak secara atas talian/ online di : www.mpm.edu.my

  • Isikan No Kad Pengenalan anda dan tekan butang SUBMIT

* Calon mungkin menghadapi kesukaran untuk mengkases applikasi semakan di sebabkan penggunaan yang tinggi.

Anda disarankan untuk membuat semakan keputusan pada waktu tidak puncak atau menyemak menggunakan Perkhidmatan SMS

Result MUET November 2021 juga boleh disemak melalui perkhidmatan SMS :-

2. Semak melalui SMS

Taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888

* Caj penghantaran adalah sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20 (Tidak termasuk GST)

Nota Penting

Calon yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET, boleh merayu seperti panduan dan syarat yang dinyatakan berikut :-

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

  1. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM http://www.mpm.edu.my atau url http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/
  2. Yuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50)
  3. Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi
  4. Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my selepas18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja)
  5. MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja* Langkah-langkah dan panduan cara membuat semakan semula keputusan MUET boleh dirujuk di SEMAK SEMULA MUET

Maklumat Lanjut Peperiksaan MUET

Kepada mereka yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET Tahun ini, berikut adalah maklumat berkaitan peperiksaan MUET termasuk tarikh pendaftaran dan ujian buat panduan calon.

Untuk makluman, penawaran Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) dan Paper Based Test (PBT) juga telah diperkenalkan oleh MPM bermula bulan April 2018

Diucapkan selamat membuat Semakan Keputusan secara Online Dan SMS. Tahniah kepada calon MUET yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Tinggalkan Balasan