Permohonan Kemasukan Ke Kolej Komuniti 2023 Online. Panduan buat mereka yang berminat dan berkelayakan untuk menyambung pengajian di Kolej Komuniti. Berikut dikongsikan maklumat Permohonan Kolej Komuniti Sesi Mac, Jun Dan Disember 2023 yang memaparkan maklumat pautan borang, tarikh penting dan cara memohon.
Buat pengetahuan semua, bermula dari Mac 2015, istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah diganti dengan Universiti Awam (UA). Manakala IPTA pula digunakan bagi merujuk Kolej Komuniti dan Politeknik. Permohonan untuk kemasukan sesi Julai ke Universiti Awam (UA), IPG, Matrikulasi, Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti bagi sesi akademik 2023/2024 untuk Lepasan SPM/Setaraf dan Lepasan STPM/Setaraf boleh dibuat melalui permohonan UPUonline bermula dari tarikh 7 Februari 2023 hingga 28 Mac 2023.
Cara Mohon Kemasukan Ke Kolej Komuniti Tahun 2023 Online
Berikut dikongsikan maklumat permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti ambilan tahun 2023 buat rujukan pemohon. Terdapat 4 program pengajian yang ditawarkan di Kolej Komuniti iaitu:
- Sijil Kolej Komuniti (T)
- Diploma Kolej Komuniti (DKK)
- Sijil Kolej Komuniti (M)
- Sijil Kolej Komuniti (P)
Kursus pendek juga ada ditawarkan di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat
Syarat Kemasukan Ke Kolej Komuniti
Berikut adalah syarat umum kemasukan :-
a) Diploma
- Lulusan Sijil Kolej Komuniti
- Lulusan SPM : Lulus SPM dengan 3 kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan
b) Sijil Kolej Komuniti
- Lulus SPM (Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah)
Permohonan Kolej Komuniti Online Sesi Mac, Jun Dan Disember 2023
Terdapat tiga kaedah untuk membuat permohonan menjadi pelajar sepenuh masa Kolej Komuniti seperti berikut untuk sesi kemasukan Mac, Jun dan Disember 2023:-
i. Permohonan melalui UPU Online (Sesi Mac)
Untuk sesi Mac. Iklan kemasukan permohonan biasanya dikeluarkan di akhbar utama tempatan pada awal Februari setiap tahun. Tempoh membuat permohonan adalah dari 7 Februari 2023 hingga 28 Mac 2023 (SPM) dan (STPM/Setaraf) melalui Permohonan UPU online.
Pemohon tidak perlu untuk membeli nombor PIN unik UPU seperti dahulu di Bank Simpanan Nasional kerana dikecualikan dan terus melayari laman sesawang UPU di http://upu.mohe.gov.my/
ii. Permohonan Melalui e-pengambilan Kolej Komuniti Online (Sesi I) 2023/2024
Untuk maklumat semua, permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti bagi sesi I 2023/2024 adalah bermula pada 28 Mac 2023 hingga 12 Jun 2023
Permohonan adalah bagi kemasukan program seperti berikut:
- Sijil Kolej Komuniti
- Sijil Kemahiran Khas Politeknik
Pra Diploma Politeknik- Diploma Politeknik
- Diploma Kolej Komuniti
Permohonan boleh dibuat secara atas talian di Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti melalui pautan berikut:
Kemasukan ke Kolej Komuniti, sila hubungi @ Kolej Komuniti HQ di talian 03-8888 3837 (waktu pejabat 8.00 pagi – 5.00 petang) untuk maklumat lanjut.
iii. Melalui e-pengambilan Kolej Komuniti Online (Sesi II) 2022/2023
Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti ambilan Sesi II 2022/2023 boleh dimohon pada 3 Oktober hingga 2 Disember 2022. Tarikh-tarikh penting yang berkaitan adalah seperti berikut:
- Borang Permohonan eBorang dibuka : 3 Oktober 2022
- Borang Permohonan eBorang ditutup : 2 Disember 2022
- Semakan Panggilan Temuduga : 7 Disember 2022
- Sesi Temuduga : 12 hingga 15 Disember 2022
- Semakan Keputusan Permohonan : 2 Januari 2023
- Borang Permohonan Rayuan eBorang dibuka : 2 Januari 2023
- Borang Permohonan Rayuan eBorang ditutup : 10 Januari 2023
- Semakan Keputusan Rayuan : 19 Januari 2023
- Pendaftaran Pelajar Baharu : Bermula 29 Januari 2023
Maklumat lanjut berkenaan Sesi II 2022/2023 boleh dirujuk pada iklan
iv. Hadir Ke Kolej Komuniti (walk-in)
Pemohon boleh datang ke Kolej Komuniti untuk memohon. Senarai lokasi dan alam Kolej Komuniti di Malaysia boleh dirujuk di
Semakan Keputusan Kolej Komuniti Online
Pemohon yang telah membuat permohonan boleh mengetahui/ membuat semakan keputusan Kolej Komuniti sesi Mac, Julai dan Disember 2023 melalui kaedah berikut :-
1. Laman Web UPU (Untuk sesi Julai) dan JPKK.
2. Talian bebas tol: 1800 88 7755
3. Menghubungi kolej komuniti yang berdekatan
Semakan Keputusan ke Kolej Komuniti boleh dirujuk di maklumat berikut :-
- Ambilan Fasa I 2023 : 7 Julai 2023 (Tarikh permohonan UPU 2023)
- Sesi I 2023/ 2024 : 10 Julai 2023
- Sesi II 2023/ 2024 : ?
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada maklumat di bawah:
Sebarang pertanyaan melibatkan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (kursus-kursus pendek) boleh dirujuk di laman sesawang:
- http://www.mypolycc.edu.my/ (termasuk takwim kursus pendek)
Untuk maklumat lanjut sesi Julai, pemohon boleh merujuk di
- Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar:
- Facebook Rasmi BPKP JPT:
- Talian helpline UPU:
- 03-88708200 (waktu bekerja dari jam 8.00 a.m. hingga 5.00 p.m.)
Selamat membuat Permohonan. Semoga permohonan anda untuk menyambung pengajian tercapai.