Permohonan IKBN (ILKBS) 2024 Online IKTBN AKBG

Permohonan ILKBS 2024 Online (IKBN, IKTBN, AKBG). Panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS). Permohonan kemasukan ke ILKBS meliputi permohonan ke IKBN, IKTBN dan AKBG. Berdasarkan Sistem Online ILKBS, permohonan IKBN 2024 sesi 1 2024 telah dibuka melalui laman permohonan ekampus KBS bermula 30 Oktober 2023 sehingga 13 November 2023. Tarikh permohonan ILKBS untuk sesi 2 2024 melalui sistem permohonan ILKBS dan TVET akan dibuka pada 25 Mac 2024.

Individu yang berminat dan berkelayakan dalam bidang kemahiran dipelawa untuk memohon. ILKBS merangkumi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).

Permohonan ikbn ilkbs Online IKTBN AKBG

Permohonan ILKBS 2024 Online (IKBN, IKTBN, AKBG)

Berikut dikongsikan panduan dalam membuat permohonan kemasukan ke ILKBS meliputi IKBN, IKTBN dan AKBG sesi ambilan Januari 2024 dan Julai 2024.

Permohonan IKBN, IKTBN & AKBG (ILKBS) Sesi 1 2024

Sistem Permohonan ke ILKBS sesi 1 2024 akan dibuka dan ditutup pada tarikh berikut :

Berikut adalah tarikh penting untuk permohonan ILKBS sesi 1 2024 :-

  1. Tarikh Panggilan Temuduga : 1 hingga 12 Disember 2024 (Bagi pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja)
  2. Semakan keputusan kemasukan ke ILKBS sesi 1 2024 : 12 Disember 2023
  3. Pengesahan Terima atau tolak tawaran ke ILKBS : 12 Disember hingga 19 Disember 2023
  4. Permohonan rayuan : akan dikemaskini
  5. Semakan keputusan rayuan : akan dikemaskini
  6. Pendaftaran pelajar baharu sesi Januari 2024: 5 Februari 2024

Sesi 2 2024

Permohonan kemasukan adalah melalui sistem eKampus KBS https://ekampus.kbs.gov.my/ bagi lepasan SKM/ST dan melalui sistem TVET https://www.tvet.gov.my/ bagi lepasan SPM

  1. Kategori A (bagi calon lepasan SPM tahun 2023) dan Kategori B (bagi calon lepasan SPM 2022 – 2021)
  2. Calon yang menduduki SPM tahun 2020 dan kebawah adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke ILKBS (IKTBN/ IKBN/ AKBG) secara manual di mana-mana ILKBS yang terdekat

Tarikh Penting Permohonan ILKBS Sesi 2 2024

  1. Jualan No Unik ID UPU di BSN Berharga RM15.60 untuk permohonan UPUonline sahaja : 24 Februari 2020
  2. Permohonan melalui Portal eKampus dan TVET dibuka pada : 25 Mac hingga 11 Jun 2024
  3. Semakan Panggilan temuduga program lepasan SKM/ ST/ DKM kemasukan sesi 2 2024 : akan dikemaskini di https://ekampus.kbs.gov.my/
  4. Semakan keputusan permohonan lepasan SPM dan SKM/ SK/ DKM : akan dikemaskini di https://ekampus.kbs.gov.my/site/login
  5. Pengesahan terima/ tolak tawaran kemasukan ke ILKBS sesi 2 2024 : akan dikemaskini : https://ekampus.kbs.gov.my/site/login
  6. Pendaftaran pelajar baru sesi 2 2024 : akan dikemaskini

Syarat Kemasukan Kelayakan Permohonan IKBN

Berikut adalah diantara syarat umum permohonan :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Boleh membaca dan menulis
  3. Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
  4. Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  5. Belum berkahwin atau bujang
  6. Sihat tubuh badan
  7. Tidak pernah mengikuti latihan kemahiran dimana-mana Institut Latihan Awam atau Swasta (Kecuali untuk calon yang mempunyai Sijil Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pengajian
  8. Pemohon yang sedang menjalani latihan di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan. belum peroleh sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan untuk memohon untuk tahap selanjutnya
  9. Pemohon yang tidak menamatkan latihan/ disingkirkan dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awan yang lain, tidak dibenarkan untuk memohon.

Bidang Yang Ditawarkan Di IKBN

  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Tekstil
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Hospitaliti
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Personal
  • Teknologi Sukan
  • Teknologi Pertanian

Program Yang Ditawarkan

  • Diploma MQA
  • Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) Tahap 1 hingga 5
  • Persijilan JKKP
  • Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)

Maklumat Lanjut

Sekiranya pemohon menghadapi masalah semasa pendaftaran atau permohonan kemasukan ataupun ingin membuat sebarang pertanyaan lain yang berkaitan, pemohon boleh hubungi talian berikut:

Maklumat lengkap berkaitan dengan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), pemohon boleh merujuk kepada pautan berikut :-

Semoga perkongsian maklumat Permohonan ILKBS 2024 Online (IKBN, IKTBN, AKBG) dapat memudahkan urusan anda. Selamat berjaya kepada semua.

Tinggalkan Balasan