Semakan Keputusan ILKBS (IKBN) 2024 Online

Semakan Online Keputusan Tawaran ILKBS (IKBN/ IKTBN/ AKBG) Ambilan Sesi 1 2024 & 2 2023. Perhatian buat para pemohon ke ILKBS (Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan). Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting berkaitan semakan keputusan ILKBS sesi 1 2024 dan sesi 2 2023 termasuk panggilan temuduga yang meliputi IKBN, IKTBN dan AKBG. Untuk makluman, ILKBS kini terletak dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Institusi Latihan merangkumi 13 buah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), 8 buah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan 1 Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG). Program pengajian yang ditawarkan adalah Latihan kemahiran sepenuh masa yang dijalankan dalam tempoh 18 bulan hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran yang diambil. Pada masa ini semua agensi latihan kemahiran sama ada awam atau swasta menjalankan latihan kemahiran yang menggunakan silibus dan persijilan yang sama yang dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.

Semakan Keputusan ILKBS

Semakan Keputusan ILKBS Ambilan Sesi 1 2024 & Sesi 2 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Semakan Keputusan ILKBS ambilan Sesi 1 2024 dan sesi 2 2023.

Ianya memaparkan maklumat tarikh tutup permohonan, panggilan temuduga, semakan keputusan, permohonan rayuan dan tarikh pendaftaran pelajar.

i) SESI 1 2024

  1. Sistem Permohonan ke ILKBS dibuka dan ditutup : 30 Oktober hingga 30 November 2023
  2. Panggilan Temuduga : 1 – 12 Disember 2023 (Bagi pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja)
  3. Semakan keputusan kemasukan ke ILKBS sesi 1 2024 : 20 Disember 2023
  4. Pengesahan Terima atau tolak tawaran ke ILKBS : 20 Disember 2023 hingga 7 Januari 2024
  5. Permohonan rayuan : akan dikemaskini
  6. Semakan keputusan rayuan : akan dikemaskini
  7. Pendaftaran pelajar baharu sesi 1 2024 : 5 Februari 2024

ii) Sesi 2 2023

Tarikh penting permohonan dan semakan keputusan ILKBS sesi 2 2023 adalah seperti berikut :-

  1. Jualan unik ID UPU di BSN : 24 Februari 2020 sehingga 16 April 2020
  2. Sistem Permohonan ke ILKBS melalui portal eKampus ditutup : 13 Jun 2023
  3. Panggilan Temuduga : Mulai 14 – 20 Jun 2023 (Bagi pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja) :
    • di eikbn
  4. Semakan keputusan kemasukan ke ILKBS sesi 2 2023 (Lepasan SPM) : 8 Julai 2023
  5. Semakan keputusan kemasukan ke ILKBS sesi 2 2023 (Lepasan SPM/ SKM/ ST) : 8 Julai 2023
  6. Pengesahan Terima atau tolak tawaran ke ILKBS : 8 – 16 Julai 2023
  7. Pendaftaran pelajar baharu ambilan sesi 2 2023 (daftar di ILKBS) : 14 Ogos 2023

Semakan Keputusan ILKBS (IKBN) online

Nota Semakan

Sebarang perubahan dalam tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa. Pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi eikbn untuk mendapatkan tarikh rasmi semakan. Mereka yang terlepas untuk memohon kemasukan sesi Januari, pelajar boleh membuat permohonan untuk sesi Julai berikutnya.

Maklumat Lanjut ILKBS

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi ILKBS di talian berikut :-

Selamat membuat Semakan. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke ILKBS untuk sesi 1 2024 dan sesi Julai 2023. Moga anda berjaya menambahkan ilmu kemahiran dalam bidang yang dipilih nanti.

Tinggalkan Balasan