Senarai IKBN Dan Kursus Yang Ditawarkan

Senarai Lokasi IKBN Dan Kursus Pengajian Yang Ditawarkan. Adakah anda berminat untuk menyertai institut kemahiran? Sekiranya begitu, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) mungkin dapat menarik minat anda. Buat pengetahuan semua, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) adalah merupakan institusi berteraskan kemahiran yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Berikut dikongsikan Senarai IKBN Dan Kursus Yang Ditawarkan.

Tujuan penubuhan IKBN adalah untuk melatih golongan belia memperoleh kemahiran teknikal dan boleh bekerja dengan sektor swasta mahupun bekerja sendiri. Pelbagai bidang kursus yang ditawarkan di IKBN. Kursus latihan biasanya mengambil masa di antara 18 hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran. Pelatih yang berjaya menamatkan kursus latihan akan mendapat sijil dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.

Senarai IKBN Dan Kursus Yang Ditawarkan

Senarai IKBN Dan Kursus Yang Ditawarkan

Permohonan kemasukan ke IKBN dibuat 2 kali setahun iaitu pada sesi Januari dan sesi Julai. Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Boleh membaca dan menulis
  3. Berusia di antara 18 hingga 30 tahun semasa memohon
  4. Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5 (SPM)
  5. Belum berkahwin atau bujang
  6. Sihat tubuh badan
  7. Pemohon yang tidak pernah mengikuti latihan kemahiran dimana-mana Institut Latihan Awam atau Swasta (Kecuali untuk calon yang mempunyai Sijil Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pengajian
  8. Pemohon yang sedang menjalani latihan kemahiran di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan, belum peroleh sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan untuk memohon untuk tahap selanjutnya
  9. Pelajar yang tidak menamatkan latihan/ disingkirkan dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awan yang lain, tidak dibenarkan untuk memohon

Lokasi IKBN Dan Senarai Kursus Yang Ditawarkan

Berikut disertakan Senarai IKBN Dan Kursus Yang Ditawarkan di seluruh Malaysia.

1) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak

Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Peretak

  1. HOSPITALITI
  2. TEKSTIL
  3. PERSONAL

2) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai

Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Wakaf Tapai

  1. JABATAN TEKNOLOGI AWAM

    • i.Sijil Teknologi Awam (Pemasangan Paip) SKM 2
    • ii.Sijil Teknologi Awam (Penyelenggaraan Bangunan) SKM 2
    • iii.Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Pemasangan Paip) SKM 3
  2. JABATAN ELEKTRIK

    • i. Sijil Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Satu Fasa – PW2) – PST
    • ii.Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Tiga Fasa – PW4) – PST
  3. JABATAN MEKANIKAL

    • i.Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Kimpalan) SKM 3
    • ii.Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Operasi Fabrikasi Paip) SKM 3
  4. JABATAN TEKNOLOGI APPAREL

    • i.Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Wanita) SKM 3
    • ii.Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Lelaki) SKM 3
    • iii.Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Rekaan Fesyen & Pakaian) SKM 4

3) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra

Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Jitra

  1. JURUSAN MEKANIKAL

    • i.Kimpalan
    • ii.Tool n Die (Alatan dan Acuan)
  2. JURUSAN ELEKTRIKAL

    • i. Pendawaian Elektrik
    • ii.Penyejuk Bekuan (Aircond)
  3. JURUSAN TEKSTIL

    • i.Rekaan Batik
    • ii.Pembuat Pakaian Wanita
  4. JURUSAN AUTOMOTIF

    • i.Penyelenggaraan Kereta
    • ii. Penyelenggaraan Motosikal

4) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri

Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Miri

  1. JABATAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF

    • i. Penyelenggaraan Kereta
    • ii.Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan
    • iii.Penyelenggaraan Jentera Berat
    • iv.Semburan Cat (Automotif)
  2. JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL

    • i.Penyelenggaraan Industri
  3. JABATAN HOSPITALITI

    • i.Penyediaan Makanan
    • ii.Penyajian
    • iii.Penyediaan Pastri

5) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut

Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Kinarut

  1. TEKNOLOGI AWAM

    • i.Jurubina Bangunan Tahap 1 & 2
    • ii.Jurubina Bangunan Tahap 3
    • iii.Pelukis Pelan Senibina Tahap 1 & 2
    • iv.Pelukis Pelan Senibina Tahap 3
  2. TEKNOLOGI ELEKTRIK

    • i.Penyejukbekuan & Penyaman Udara Domestik
    • ii.Penyejukbekuan & Penyaman Udara Komersial
    • iii.Pendawaian Elektrik Satu Fasa PW2
    • iv.Pendawaian Elektrik Tiga Fasa PW4
    • v.Penjaga Jentera Elektrik A1
    • vi.Penjaga Jentera Elektrik A4 Pengalaman

6) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar

Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Bandar Penawar

  1. JABATAN HOSPITALITI

    • i. Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan) Tahap 2
    • ii.Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyajian) Tahap 2
    • iii.Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri)
  2. JABATAN MINYAK DAN GAS

    • i. Kursus Health, Safety & Environment (HSE)
    • ii.Kursus Basic Inspection In Welding Sirim – AWS 6G
  3. JABATAN PERHOTELAN

    • i. Sijil Teknologi Hospitaliti (Pengemasan – Houskeeping) Tahap 2
    • ii.Sijil Teknologi Hospitaliti (Perkhidmatan Kaunter Hadapan)

7) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan

Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Pekan

  1. KURSUS OPERASI FABRIKASI PAIP (PEMASANGAN PAIP DAN GAS)
    • Pemasangan Paip dan Gas – Tahap 2 & 3
  2. KURSUS PENYELENGGARAAN STRUKTUR PESAWAT (SHEET METAL)
    • Kepingan Logam – Tahap 3
  3. KURSUS PENYELENGGARAAN STRUKTUR PESAWAT (KOMPOSIT)

8) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka

Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Naka

  1. JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK

    • i.Diploma Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
    • ii.Sijil Penyejukbekuan & Penyamanan Udara (Komersil)
    • iii.Sijil Penyejukbekuan & Penyamanan Udara (Domestik)
  2. JABATAN TEKNOLOGI PERTANIAN

    • i.Sijil Pembungkusan & Pelebelan
    • ii.Sijil Pemprosesan Makanan

9) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik

Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Kemasik

  1. JABATAN HOSPITALITI

    • i.Pembuatan Roti
    • ii.Pembuatan Pastri
    • iii.Pembantu Penyedia Makanan
    • iv.Penyedia Makanan
  2. JABATAN MULTIMEDIA

    • i.Penerbitan Video / Perfileman
  3. JABATAN PERHOTELAN

    • i.Operasi Pengemasan
    • ii.Operasi Khidmat Tetamu
  4. JABATAN PERKHIDMATAN PERSONAL

    • i.Penggayaan Rambut
    • ii.Perkhidmatan Terapi Estetik

10) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat

Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Kuala Langat

  • i.JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL
  • ii.JABATAN TEKNOLOGI AWAM
  • iii.JABATAN PERKHIDMATAN PERSONAL

11) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis

Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Kuala Perlis

  1. JABATAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF
  2. SEMBURAN CAT AUTOMOTIF
  3. PENYELENGGARAAN KENDERAAN PERDAGANGAN
  4. PENYELENGGARAAN JENTERA BERAT
  5. LUKISAN SENI BINA
  6. PENYELENGGARAAN MERIN
  7. LANDSKAP PEMBINAAN
  8. BINAAN BANGUNAN

12) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar

Kursus kemahiran yang ditawarkan boleh dirujuk di IKBN Seri Iskandar

  1. Elektronik Industri
  2. Juruteknik Elektrik Rendah
  3. Rangkaian Komputer
  4. Perekabentuk Multimedia Pengarangan
  5. Sijil Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Satu Fasa – PW2)

13) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah

Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Tanah Merah

  1. JABATAN TEKNOLOGI TEKSTIL

Semoga perkongsian Senarai IKBN Dan Kursus Yang Ditawarkan ini dapat memberi manfaat buat semua. Semoga berjaya memasuki IKBN yang dipilih.

Tinggalkan Balasan