Senarai IKTBN Dan Kursus Yang Ditawarkan

Senarai Lokasi IKTBN Dan Kursus Pengajian Yang Ditawarkan. Adakah anda berminat untuk menyertai institut kemahiran? Sekiranya begitu, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) mungkin dapat menarik minat anda. Berikut dikongsikan senarai IKTBN (lokasi dan alamat) beserta dengan senarai kursus atau program pengajian yang ada ditawarkan berdasarkan kepada lokasi.

Buat pengetahuan semua, IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara), IKTBN (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) kini telah disatukan dibawah satu nama iaitu Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS). Ia ditempatkan di bawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.
Senarai IKTBN Dan Kursus Yang Ditawarkan

Nama Senarai IKTBN Dan Kursus Yang Ditawarkan

Berikut disertakan Senarai IKTBN Dan Kursus Yang Ditawarkan di seluruh Malaysia meliputi lokasi dan alamat IKTBN, program pengajian yang ditawarkan serta maklumat Laman web.

1) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua

Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Dusun Tua (Laman web)

  1. JABATAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF

    • i.Sijil Lanjutan Automotif (Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan)
    • ii.Sijil Lanjutan Automotif (Penyelenggaraan Kereta)
    • iii.Sijil Lanjutan Automotif (Semburan Cat)
    • iv.Sijil Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Jentera Berat)
  2. JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK

    • i.Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Satu Fasa Dan Endorsan Pengujian (PW2)
    • ii.Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Tiga Fasa Dan Endorsan Pengujian (PW4)
    • iii.Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera Elektrik Sekatan (A1 – Pengalaman)
    • iv.Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera Elektrik Sekatan (A4)
  3. JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRONIK

    • i.Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara (Domestik)
    • ii.Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara (Komersil)
  4. JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL

    • i.Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Rekabentuk Produk Industri)
    • ii.Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Kimpalan)
    • iii.Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Pemesinan)
    • iv.Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Penyelenggaraan Industri)

2) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh

Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Pagoh (Laman web)

  1. PEMESINAN AM

    • i.Tahap 1 Pemesinan Am
    • ii.Tahap 2 Pemesinan ‘CNC’
    • iii.Tahap 3 Juruteknik Pemesinan ‘Computer Numerical Control’ (CNC)
    • iv.Tahap 4 Penolong Jurutera Pembuatan – CAD/CAM
    • v.Tahap 5 Jurutera Pembuatan – CAD/CAM
  2. ALATAN DAN ACUAN

    • i.Tahap 1 Pemesinan Am
    • ii.Tahap 2 Pembuat Perkakasan – Alat Tekan
    • iii.Tahap 3 Pembuat Perkakasan Kanan – Alat Tekan
    • iv.Tahap 4 Pembantu Jurutera Peralatan
  3. KIMPALAN

    • i.Tahap 1 Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon)
    • ii.Tahap 2 Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat)
    • iii.Tahap 3 Juruteknik Kimpalan Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat)
    • iv.Tahap 4 Pembantu Jurutera Pembinaan (Fabrikasi)
    • v.Tahap 5 Jurutera Pembinaan (Fabrikasi)
  4. MEKANIK INDUSTRI

    • i. Tahap 1 Mekanik Industri
    • ii.Tahap 2 Mekanik Industri
    • iii.Tahap 3 Juruteknik Industri
    • iv.Tahap 4 Pembantu Jurutera Pembinaan & Penyelenggaraan Mesin
    • v.Tahap 5 Jurutera Pembinaan & Penyelenggaraan Mesin

3. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong

Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Chembong (Laman web)

  1. JABATAN PENGAJIAN LANJUTAN DAN UMUM

    • i.Diploma Lanjutan Teknologi Automotif
    • ii.Diploma Teknologi Automotif
  2. JABATAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF

    • i. Sijil Lanjutan Teknologi Automotif – Penyelenggaraan Kereta
    • ii.Sijil Lanjutan Teknologi Automotif – Penyelenggaraan Jentera Berat
    • iii.Sijil Lanjutan Teknologi Automotif – Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan
    • iv.Sijil Lanjutan Teknologi Automotif – Semburan Cat
    • v.Sijil Lanjutan Teknologi Automotif – Pengetukan Panel
  3. JABATAN TEKNOLOGI AWAM

    • i.Sijil Lanjutan Teknologi Awam – Penyelia Awam dan Struktur
    • ii.Sijil Lanjutan Teknologi Awam – Lukisan Senibina
    • iii.Sijil Lanjutan Teknologi Awam – Landskap Pembinaan
    • iv.Sijil Teknologi Awam – Binaan Bangunan
    • v.Sijil Teknologi Awam – Jurupernacah (Tubular)
    • vi.Sijil Teknologi Awam – Pengendalian Kren Menara

4. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok

Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Bachok (Laman web)

  1. JABATAN TEKNOLOGI AWAM

    • i.Bahagian Sivil & Struktur
      • Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Penyelia Sivil & Struktur)
      • Diploma Teknologi Awam (Sivil & Struktur)
    • ii.Bahagian Lukisan Senibina
  2. JABATAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF

  3. JABATAN TEKNOLOGI HOSPITALITI

5. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam

Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Bukit Mertajam (Laman web)

  1. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A1 DAN A4
  2. PENDAWAIAN ELEKTRIK PW2 DAN PW4
  3. ELEKTRONIK INDUSTRI
  4. MEKANIK INDUSTRI
  5. PEMBUAT ACUAN DAN ALAT TEKAN
  6. PEMESINAN AM

6. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh

Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Temerloh (Laman web)

  • 1.JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL PLASTIK 123
  • 2.JABATAN TEKNOLOGI PERKAKASAN
  • 3.JABATAN TEKNOLOGI PERMESINAN
  • 4.JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRONIK
  • 5.JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL SENGGARAAN

7. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang

Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Sepang (Laman web)

  • 1.JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL PLASTIK
  • 2.JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL PERKAKASAN
  • 3.JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL PERMESINAN
  • 4.JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL ELEKTRONIK
  • 5.JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL SENGGARAAN

8. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah

Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Alor Gajah (Laman web)

  1. JABATAN TEKNOLOGI HOSPITALITI

    • i.Penyediaan Makanan
    • ii.Penyajian Makanan dan Minuman
    • iii.Penyediaan Pastri
    • iv.Penyediaan Roti
  2. JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIKAL

    • i.Pendawaian Elektrik Satu Fasa – PW2
    • ii.Pendawaian Elektrik Tiga Fasa – PW4
    • iii.Penjaga Jentera Elektrik A1
    • iv.Penjaga Jentera Elektrik A4

Semoga perkongsian Senarai IKTBN Dan Kursus Yang Ditawarkan ini dapat memberi manfaat buat semua. Semoga berjaya memasuki IKTBN yang dipilih.

Tinggalkan Balasan