UPU

Punca Gagal Permohonan UPU? Sebab Dan Kenapa

Sebab Kenapa Tidak Berjaya Dalam Permohonan UPU

Apa Punca Gagal Permohonan UPU? Panduan buat pelajar lepasan SPM, Diploma, Matrikulasi, STPM dan setaraf. Iklan Permohonan Kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Sesi Akademik 2019/2020 akan disiarkan pada hari Ahad sebanyak dua (2) kali. Namun begitu, sebelum meneruskan permohonan UPU anda harus tahu bahawa beribu pemohon gagal mendapat tempat di universiti awam/ IPTA walaupun mereka memperolehi keputusan SPM yang cemerlang. Oleh itu, berikut dikongsikan Punca Gagal Permohonan UPU agar anda tidak membuat kesilapan yang sama.

Pemohon adalah diwajibkan untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA melalui Sistem UPUOnline sahaja di http://upu.mohe.gov.my.

Punca Gagal Permohonan UPU

Sebab Kenapa Tidak Berjaya Dalam Permohonan UPU

Terdapat pelbagai punca atau sebab kenapa permohonan UPU anda gagal atau tidak berjaya. Berikut dikongsikan Punca Gagal Permohonan UPU buat panduan pemohon.

  1. Tidak Menepati Syarat Khusus Program yang Dipohon

    • Perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah syarat program yang dipohon. Syarat am untuk kemasukan ke IPTA, anda wajib mendapat sekurang-kurangnya 5 kredit dalam mana-mana subjek termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah. Sekiranya tidak memenuhi syarat am ini, maaf jika kami terpaksa menghampakan harapan anda kerana mana-mana IPTA pun tidak akan menerima permohonan tersebut. Walau bagaimanapun, banyak lagi pilihan yang ada untuk masa depan, usah berputus asa.
    • Anda masih berpeluang untuk masuk ke program kemahiran seperti Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan banyak lagi . Tahukah anda, graduan lepasan pengajian kemahiran adalah graduan paling mudah diterima dalam sektor pekerjaan. Berbalik kepada syarat khusus program, anda perlu meneliti terlebih dahulu adakah keputusan SPM anda menepati syarat khusus program, sekiranya tidak, lupakan sahaja hasrat itu dan pilihlah program pengajian lain berdasarkan keputusan SPM anda.
  2.  Punca Gagal Permohonan UPU : Memohon Program Pengajian Popular

    • Apabila anda memohon kursus popular, anda perlu menanggung risiko yang tingggi kerana sudah tentu persaingannya sangat sengit. Anda terpaksa bersaing dengan pemohon lain yang tentunya lebih hebat daripada anda. Selalunya program pengajian popular seperti program perguruan, perubatan dan kejuruteraan menjadi pilihan utama pemohon tetapi malangnya kuota pengambilan untuk program seperti ini sangatlah terhad. Maka, ramai pemohon yang terpaksa ditolak permohonannya selepas dinilai menerusi kiraan merit. Keputusan kiraan merit menunjukkan ramai lagi pemohon lain yang markah meritnya lebih tinggi berbanding anda. Maka, tentu sekali mereka yang akan memenuhi kuota tersebut.
    • Dalam situasi yang lain, sekiranya dalam permohonan, anda bersetuju untuk ditawarkan program berkaitan yang lain sekiranya tidak terpilih dalam 8 pilihan program (bagi pemohon lepasan STPM atau setaraf) dan 12 program (bagi lepasan SPM atau setaraf) tersebut, namun persoalannya kenapa anda masih gagal sedangkan keputusan anda lebih baik berbanding pemohon yang lain, misalnya rakan anda.
    • Ini kerana, selepas permohonan ditutup pihak UPU akan menilai mengikut pemarkahan merit berdasarkan pilihan pertama sehingga pilihan ke lapan. Anda pula tidak menyenaraikan program lain selain program yang anda minati sahaja. Oleh itu, sudah tentu pemohon lain yang memohon program tersebut yang berjaya terlebih dahulu walaupun markah meritnya lebih rendah. Jadi anda terpaksalah membuat semula permohonan melalui e-rayuan.
  3. Menolak tawaran dan memohon semula melalui e-rayuan

    • Ini satu lagi situasi yang majoriti pemohon lakukan. Pemohon menolak tawaran yang telah ditawarkan oleh UPU kemudian bertindak membuat semula e-rayuan. Untuk pengetahuan anda, e-rayuan dibuka hanya kepada pemohon yang langsung tidak ditawarkan UPU. Oleh itu, sekiranya anda masih benar-benar berminat untuk melanjutkan pengajian ke IPTA, terima sahaja dahulu tawaran tersebut atau terpaksa kecewa dan gagal dalam permohonan e-rayuan tersebut.
    • Tahukah anda, apabila anda sudah masuk ke IPTA, permohonan anda untuk menukar ke program pengajian boleh dipertimbangkan. Namun, ada syaratnya. Kebiasaanya, pelajar yang menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan iaitu CGPA 2.00 ke bawah, mereka akan dipanggil menghadap dekan pusat pengajian.
    • Majoriti daripada mereka memohon untuk menukar program dengan alasan mereka gagal memahami subjek yang diajarkan dan sebagainya. Jadi permohonan itu diluluskan atas pertimbangan dekan pusat pengajian selain kekosongan tempat untuk program yang dipohon. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada keputusan dekan pusat pengajian.
  4. Gagal dalam Temuduga

    • Memohon program yang memerlukan anda menghadiri temuduga misalnya program perguruan, anda perlu lulus temuduga berkenaan. Sekiranya anda gagal dalam temuduga itu secara automatiknya permohonan anda juga gagal.
    • Oleh itu, pastikan anda benar-benar fokus dan tonjolkan personaliti yang positif ketika hadir ke temu duga seterusnya dapat yakinkan penemuduga bahawa anda layak untuk melanjutkan pengajian dalam bidang itu.
    • Jadi nasihat kami, anda perlu sentiasa peka mengenai isu-isu ini dan barulah anda boleh membuat keputusan yang bijak untuk berjaya dalam permohonan UPU ini.

Maklumat Lanjut

Untuk gambaran yang lebih jelas, sila rujuk kepada grafik punca gagal permohonan UPU yang dikongsikan di bawah ini.

Punca Gagal Permohonan UPU

Pelajar adalah disarankan untuk melayari atau menghubungi maklumat yang disertakan di bawah ini dalam mendapatkan maklumat terkini Permohonan Kemasukan Ke UA, Politeknik Dan ILKA Sesi 2019-2020 Online.

Diharap agar perkongsian Punca Gagal Permohonan UPU ini membantu anda melakukan persediaan dengan baik sebelum membuat permohonan. Semoga anda berjaya dalam permohonan kemasukan ke UA/ IPTA yang dihajatkan!

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close