Permohonan UPUonline Penjawat Awam – CBBDPBKP

Cara Mohon UPUonline Penjawat Awam – CBBDPBKP. Panduan buat anda khususnya penjawat awam program tajaan JPA. Adakah anda penjawat awam yang berjaya dalam program tajaan JPA Cuti Belajar Bergaji Penuh Dalam Perkhidmatan Bagi Kumpulan Pelaksana (CBBDPBKP) tahun 2019? Sudahkah anda tahu bilakah tarikh Permohonan UPUonline Penjawat Awam sesi akademik 2019/ 2020?

Kini anda boleh memohon UPU di Portal rasmi UPU bermula daripada 25 Februari 2019 sehingga 1 April 2019. Pemilihan adalah tertakluk kepada keperluan memenuhi syarat am dan khas yang ditetapkan oleh Senat Universiti masing-masing.

Permohonan UPUonline Penjawat Awam

Permohonan UPUonline Penjawat Awam – CBBDPBKP Online

Berikut dikongsikan maklumat tentang Permohonan UPUOnline bagi Penjawat Awam Program Tajaan JPA (CBBDPBKP) 2019 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat permohonan UPUonline Penjawat Awam – CBBDPBKP adalah seperti berikut :-

Syarat Permohonan – CBBDPBKP

  1. Bagi penjawat awam yang ingin memohon program Ijazah Sarjana Muda di UA dan Diploma di UA/ Politeknik Premier. Mereka perlu mengemukakan permohonan melalui UPUOnline
  2. Untuk penjawat awam yang berminat untuk memohon kemasukan program Diploma di Politeknik Konvensional/ METrO. Mereka perlu memohon terus ke Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik
  3. Penjawat awam yang berjaya dalam tajaan JPA CBBDPBKP bagi program Sijil / Diploma (TVET) perlu memohon terus ke Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau Pusat Bertauliah yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

* Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi talian helpline UPU (03) 8870 8200 atau boleh kunjungi kaunter runding cara di Lobi KPT di Kementerian Pendidikan Tinggi.

Syarat Am Institusi & Syarat Khas Program Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)

Syarat Am Institusi termasuk:

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan, tidak buta warna
  • Tidak rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu
  • Tidak cacat fizikal/anggota yang menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
  • Mendapat tajaan JPA pada tahun 2019.

Syarat Khas Program adalah seperti berikut:

  1. Sijil Teknologi
    • Memiliki SPM dengan LULUS dalam Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik / Matematik Tambahan serta 1 subjek lain.
  2. Diploma Teknologi Kejuruteraan (ADTEC)
    • Memiliki SPM dengan 3 KEPUJIAN dalam Matematik / Matematik Tambahan, Sains / Sains Tambahan / Sains Gunaan.
    • Atau Fizik / Kimia /Subjek Teknikal dan satu subjek lain.
    • Juga LULUS dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
  3. Diploma Teknologi Kejuruteraan (JMTI)
    • Memiliki SPM dengan 4 KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu, Matematik / Matematik Tambahan.
    • Juga Sains / Sains Tambahan / Sains Gunaan / Fizik / Kimia / Subjek Teknikal.
    • Dan satu subjek lain serta LULUS dalam Bahasa Inggeris dan Sejarah.
  4. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
    • Memiliki SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM serta lulus dalam temuduga yang dijalankan.

Cara Membuat Permohonan UPUonline Penjawat Awam – ILJTM

Berikut dikongsikan langkah-langkah yang perlu diambil perhatian sekiranya hendak membuat permohonan:

  1. Pemohon perlu mengemukakan:
    • Surat permohonan kepada Ibu Pejabat JTM (Sila nyatakan kursus dan institusi yang dipohon serta butiran peribadi untuk dihubungi)
    • Salinan Kad Pengenalan yang disahkan
    • Sijil SPM yang disahkan (salinan)
    • Salinan surat tawaran JPA
  2. Surat permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat:
    • Bahagian Pengurusan Latihan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia Aras 6, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62530 Putrajaya;
    • Fax ke: 03-888862417
    • Emel kepada: azalena@mohr.gov.my/mardiana@mohr.gov.my
  3. Senarai kursus dan pusat latihan yang ditawarkan di pautan ini: ILJTM

Selamat membuat Permohonan CBBDPBKP. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UA yang diidamkan.

Tinggalkan Balasan