Permohonan UPSI 2023-2024 Online (Ijazah Sarjana Muda & Diploma)

Panduan buat para pelajar lepasan SPM & STPM, STAM, Asasi, Matrikulasi dan Diploma yang gagal dalam permohonan UPU sesi 1 dan berminat ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda serta program Diploma di Universiti Awam (UA) bagi sesi Akademik 2023/2024 ambilan kedua. Permohonan UPSI kemasukan ke program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UPSI ambilan kedua akan mula dibuka pada 20 November 2023 bagi program diploma serta 10 November 2023 bagi program sarjana muda. Pada tahun lepas tarikhnya adalah 1 November 2022 jam 12 tengahari.

Buat makluman semua, kesemua program ISMP adalah berbentuk pasaran terbuka (Open Market). Bermakna, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ini tidak mempunyai jaminan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selepas tamat pengajian kelak.

Permohonan UPSI ambilan kedua 2020-2021

Permohonan UPSI Ambilan Kedua Sesi 2023-2024

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan berkaitan permohonan second intake untuk program Ijazah Sarjana Muda meliputi tarikh penting permohonan dan syarat kelayakan serta pautan borang online.

Juga dikongsikan sedikit maklumat berkaitan permohonan Diploma UPSI ambilan kedua.

1. Program Ijazah Sarjana Muda UPSI

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Kemasukan ke UPSI ambilan kedua sesi kemasukan 2023-2024. Permohonan terbuka untuk:

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM / Diploma /Setaraf

2. Panduan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda

Berikut dikongsikan panduan dalam membuat Permohonan Kemasukan ambilan kedua sesi kemasukan 2023-2024. ke UPSI

  1. Kenalpasti program yang ditawarkan
  2. Semak syarat program
  3. Jika berminat dan layak, sila beli PIN BITARA ID IJAZAH SARJANA MUDA mulai 10 November 2023. ID berharga RM26.00 dan dijual di semua Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
  4. Buat permohonan secara online di http://www.upsi.edu.my/online/
  5. Pemohon boleh mula mengakses sistem permohonan kemasukan mulai 10 November 2023 bermula jam 12.00 tengah hari
  6. Tarikh tutup permohonan Ijazah Sarjana Muda adalah pada 10 Disember 2023
  7. Sila pastikan nombor Bitara ID yang dibeli tertera di Slip Pembelian sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian nombor Bitara TIADA pemulangan bayaran
  8. Permohonan yang lewat tidak akan diproses. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas Mac 2024 (minggu keempat kuliah) dianggap tidak berjaya.

3. Syarat Am Kemasukan Program Sarjana Muda UPSI

Berikut dikongsikan Syarat Am Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UPSI:

  1. Lulus SPM dengan Gred C dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Melayu Kertas Julai dan Lulus Sejarah (Mulai SPM tahun 2013) DAN
  2. Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; ATAU
  3. Lulus Matrikulasi/Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan
    • Gred C (NGMP 2.50) bagi peringkat Asasi TESL/ Undang-Undang; ATAU
  4. Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid; ATAU
  5. Memiliki Diploma dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50; DAN
  6. Memiliki Sijil Malaysia University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Dua (2) / Band (2).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat permohonan program Sarjana Muda UPSI, sila rujuk maklumat berkaitan melalui pautan berikut:

Untuk maklumat berkaitan pengambilan Sarjana Muda UPSI Second Intake ini, iklan permohonan adalah seperti berikut :-

iklan ambilan kedua upsi Sarjana muda

Permohonan Program Diploma UPSI 2023-2024 (Second Intake)

Berikut adalah perkongsian maklumat berkaitan permohonan kemasukan ke Program Diploma UPSI (second intake) yang meliputi cara membuat permohonan dan syarat kemasukan ke UPSI.

1. Program Diploma UPSI

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Kemasukan ke UPSI untuk program Diploma. Permohonan terbuka untuk:

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Lepasan SPM

2. Panduan Permohonan

Berikut dikongsikan panduan dalam membuat Permohonan Kemasukan ke UPSI program Diploma.

  1. Kenalpasti program yang ditawarkan
  2. Semak syarat program
  3. Jika berminat dan layak, sila beli PIN BITARA ID DIPLOMA mulai 20 November 2023. ID berharga RM26.00 dan dijual di semua Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
  4. Buat permohonan secara online di http://www.upsi.edu.my/online/
  5. Pemohon boleh mula mengakses sistem permohonan kemasukan mulai 20 November 2023 bermula jam 12.00 tengah hari
  6. Tarikh tutup permohonan Diploma adalah pada 20 November 2023
  7. Sila pastikan nombor Bitara ID yang dibeli tertera di Slip Pembelian sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian nombor Bitara TIADA pemulangan bayaran
  8. Permohonan yang lewat tidak akan diproses. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas Mac 2024 (minggu keempat kuliah) dianggap tidak berjaya.

3. Syarat Am Kemasukan Diploma

Berikut dikongsikan Syarat Am Kemasukan ke Program Diploma UPSI:

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/Setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah (mula SPM 2013)

4. Syarat Khas Kemasukan Diploma

Berikut dikongsikan Syarat Khas Kemasukan ke Program Diploma UPSI:

i) Diploma Sains

  • Memperoleh sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti Fizik / Kimia / Biologi / Matematik / Matematik Tambahan / Lukisan Kejuruteraan / Grafik Komunikasi Teknikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal; DAN
  • Gred E dalam Bahasa Inggeris

ii) Diploma Sains (Matematik)

  • Memperoleh sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik dan mana-mana satu (1) mata pelajaran lain seperti Fizik / Kimia / Biologi; DAN
  • Gred E dalam Bahasa Inggeris dan Matematik Tambahan

iii) Diploma Teknologi Makmal

  • Memperoleh sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik dan mana-mana satu (1) mata pelajaran lain seperti Fizik / Kimia / Biologi; DAN
  • Gred E dalam Bahasa Inggeris

iv) Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

  • Memperoleh sekurang-kurangnya Gred E dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris

Untuk maklumat berkaitan pengambilan program Diploma UPSI Second Intake ini, iklan permohonan adalah seperti berikut :-

iklan ambilan kedua upsi diploma

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

  • Unit Promosi Dan Kemasukan, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak.
  • Tel: 05-4506000/ 6932/ 6930/ 6929, 015-48797982/7872/7975/7992 @ 013-4153016
  • Faks: 05-4582670
  • Email: akademik@upsi.edu.my

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Permohonan ambilan kedua Universiti Pendidikan Sultan Idris ini dapat memudahkan urusan anda. Semoga berjaya.

Tinggalkan Balasan