Semakan Keputusan STPM Semester 2 2023 Online SMS

Perhatian kepada semua pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang telah menduduki peperiksaan penggal 2, keputusan anda akan diumumkan pada bulan November 2023. Mengikut hebahan daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) keputusan pepepriksaan boleh di semak melalui dua kaedah/ cara iaitu secara atas talian/ online dan juga khidmat pesanan ringkas (SMS). Oleh itu, calon dikehendaki membuat semakan keputusan STPM Semester 2 2023 pada tarikh yang akan ditetapkan oleh MPM.

STPM merupakan peperiksaan pra-universiti yang diambil oleh pelajar Malaysia sebagai persediaan untuk memasuki universiti awam di Malaysia. Sijil STPM telah diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa di mana ia boleh dikatakan setanding dengan program pra-universiti seperti A-Level. Untuk pengetahuan keputusan peperiksaan di bawah sistem penilaian baru STPM akan dipantau oleh wakil dari Taksiran Cambridge untuk mengekalkan kualiti dan piawaian.

Semakan Keputusan STPM Penggal 2 2018 Online SMS

Semakan Keputusan Penggal 2 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2023

Berikut dikongsikan tarikh check result STPM peperiksaan penggal 2 serta cara check result stpm s2 untuk rujukan calon STPM 2023:

TARIKH PENTING

TarikhJam
2 November 2023
10:00 pagi

Nota : Tarikh rasmi menerusi makluman Portal MPM. Sebarang makluman atau perubahan akan diberitahu dari masa ke semasa

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN STPM SEMESTER 2 ONLINE

i. Sila layari pautan berikut untuk membuat semakan keputusan:

ii. Calon dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda (-)

iii. Aplikasi online semakan keputusan peperiksaan penggal 2 STPM 2023 hanya akan dibuka pada tarikh yang akan diumumkan oleh MPM kelak

iv. Panduan tarikh dan cara mohon semak semula keputusan STPM Semester 2

v. Panduan Cara Kira Pointer STPM Baharu

CARA MEMBUAT SEMAKAN KEPUTUSAN STPM SEMESTER 2 SMS

Sebagai alternatif lain untuk membuat semakan keputusan STPM semester 2, calon boleh membuat semakan menggunakan SMS. Berikut adalah caranya:

Taip: STPM (jarak) RESULTP2 (jarak) NO KAD PENGENALAN dan SMS ke 15888

Contoh: STPM RESULTP2 980812146495 Dan Hantar Ke 15888

Maklumat Lanjut

Jika calon mempunyai sebarang pertanyaan sila layari  ke portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) seperti di pautan berikut:

Selamat maju jaya diucapkan kepada calon peperiksaan penggal 2 STPM. Semoga anda berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Jika berjaya tahniah diucapkan, jika kurang cemerlang teruskan berusaha sehingga anda berjaya. Semoga perkongsian cara check result stpm s2 ini dapat membantu semua calon.

Tinggalkan Balasan