Permohonan Rayuan Semak Semula Keputusan STPM Online

Cara Mohon Rayuan Semak Semula Keputusan STPM Secara Online. Perhatian kepada calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan rayuan semak semula keputusan STPM secara atas talian/ online di aplikasi Portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk panduan semua.

Bagi calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dikeluarkan, calon boleh memohon untuk semak semula keputusan peperiksaan mengikut semester pada tarikh yang telah ditetapkan oleh MPM. Keputusan STPM adalah penting bagi mempersiapkan pelajar sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti awam dalam dan luar negara.

permohonan rayuan semak semula keputusan STPM online

Permohonan Rayuan Semak Semula Keputusan STPM (MPM Online)

Berikut adalah maklumat penting berkenaan cara mohon rayuan semula keputusan peperiksaan STPM Online untuk panduan semua.

  1. Permohonan semak semula ini memerlukan no pin MEC yang boleh di beli di Bank Simpanan Nasional (BSN).
  2. Setiap calon hanya boleh membuat satu permohonan semak semula sahaja bagi setiap penggal peperiksaan.
  3. Calon harus memikirkan bilangan subjek yang hendak di semak semula dahulu sebelum membeli no pin MEC.
  4. Kesilapan membeli no pin MEC baharu bagi tujuan penambahan subjek adalah tidak di terima oleh sistem.
  5. Calon boleh mengemaskini subjek yang telah dipohon semak semula dengan syarat :-
  6. Permohonan awal telah berjaya
  7. Pengemaskinian boleh dilakukan dalam hari yang sama sahaja dengan hari permohonan
  8. Bilangan subjek yang dikemaskini mesti bersamaan dengan jumlah bayaran pembelian no pin

CARA MEMOHON RAYUAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM

  1. Sila layari pautan yang dinyatakan di bawah untuk membuat rayuan semula keputusan STPM mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh MPM
  2. Sila masukkan nombor kad pengenalan 12 digit tanpa tanda (-). Contoh: 800729085298
  3. Kemudian masukkan nombor angka giliran calon. Contoh: SQ1111/1111
  4. Pastikan nombor kad pengenalan dan angka giliran calon yang di masukkan adalah betul
  5. Perlu diingatkan aplikasi atas talian ini hanya boleh diakses untuk permohonan rayuan semula keputusan peperiksaan STPM pada tarikh rasmi yang akan ditetapkan MPM sahaja.

STPM SEMESTER 1

DibukaDitutup
24 Mei 2023 
30 Mei 2023
Aplikasi Semak Semula S1

STPM SEMESTER 2

DibukaDitutup
Aplikasi Semak Semula S2

STPM SEMESTER 3

DibukaDitutup
Aplikasi Semak Semula S3

PEMBELIAN NO. PIN MEC 

  1. Permohonan rayuan semula keputusan STPM perlu menggunakan No. PIN MEC yang boleh didapati di Bank Simpanan Nasional dan secara atas talian.
  2. Klik pautan berikut untuk pembelian NO. PIN MEC secara atas talian.PEMBELIAN PIN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN STPM

semak semula keputusan stpm
3. Setiap calon hanya boleh menggunakan satu No. PIN MEC sahaja bagi membuat pemohonan melalui sistem ini. Penggunaan No. PIN MEC kedua walaupun telah dibeli dari BSN atau atas talian bagi tujuan penambahan kertas yang hendak didaftarkan tidak akan diterima oleh sistem.

Semakan Status Permohonan Dan Keputusan

Calon boleh membuat semakan status rayuan mereka beserta keputusan semak semula di pautan berikut :-

Maklumat Lanjut

Jika calon mempunyai sebarang masalah berkenaan permohonan rayuan semak semula keputusan STPM, anda boleh layari ke portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia seperti pautan di bawah:

Calon juga boleh menghubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di alamat berikut:

  • Malaysian Examination Council
    Persiaran 1,
    Bandar Baru Selayang,
    68100 Batu Caves,
    Selangor Darul Ehsan
  • TEL: 03-61261600
    Faks: 03-61361488
    Email: ppa@mpm.edu.my

Semoga perkongsian cara membuat Permohonan Rayuan Semak Semula Keputusan STPM Online dapat membantu calon-calon yang berhajat membuat semakan semula result mereka. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dan selamat maju jaya diucapkan.

Tinggalkan Balasan