Cara Kira Pointer STPM Terkini (NGMP & PNGK)

Perhatian kepada calon yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Adakah anda tahu bagaimana cara untuk mengira pointer berdasarkan keputusan peperiksaan penggal STPM dan kerja kursus anda? Sekiranya tidak, berikut akan dikongsikan cara kira pointer STPM yang terkini untuk rujukan semua terutamanya pelajar-pelajar STPM.

STPM menggunakan sistem Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dalam menentukan keputusan keseluruhan STPM. Bermula pada tahun 2012, titik PNGK untuk setiap subjek telah dikenali sebagai Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP). Maka, calon-calon perlu tahu cara pengiraan keputusan STPM terkini supaya anda boleh menyusun strategi untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Seterusnya, melayakkan diri untuk memohon kemasukan ke universiti dalam negara mahupun luar negara.

cara kira pointer STPM

Cara Pengiraan Pointer Keputusan STPM Baharu

Di bawah dikongsikan maklumat seperti gred pemarkahan STPM, nilai wajaran dan pointer STPM terkini yang menentukan pengiraan akhir keputusan. Pelajar boleh merujuk contoh Cara Kira Pointer STPM terkini di bawah bagi menentukan keputusan keseluruhan STPM anda.

1. Gred Markah STPM

Gred Mata Pelajaran, gred mata pelajaran dan NGMP yang dinyatakan dalam slip keputusan adalah seperti dalam jadual berikut :-

Nilai gred mata pelajaran (NGMP) adalah berasaskan kepada peratus wajaran dan markah bagi setiap kertas bagi mata pelajaran berkenaan.

Penentuan nilai gred mata pelajaran adalah berdasarkan jumlah markah terbaik bagi kertas Semester 1 atau Ulangan 1, kertas Semester 2 atau Ulangan 2, kertas Semester 3, dan kerja kursus (jika berkaitan) bagi mata pelajaran berkenaan.

Bagi Gred mata pelajaran, Gred C hingga A yang diberi nilai 2.00 hingga 4.00 ialah gred lulus penuh. Manakala gred D hingga C- yang diberi nilai 1.00 hingga 1.67 ialah gred lulus sebahagian. Dan gred F yang diberi nilai 0.00 ialah gred gagal.

Gred Markah STPM

Gred Mata Pelajaran

Gred Mata Pelajaran

NGMP

Tahap Pencapaian

AA4.00Lulus Penuh
A-A-3.67Lulus Penuh
B+B+3.33Lulus Penuh
BB3.00Lulus Penuh
B-B-2.67Lulus Penuh
C+C+2.33Lulus Penuh
CC2.00Lulus Penuh
C-C-1.67Lulus Sebahagian
D+D+1.33Lulus Sebahagian
DD1.00Lulus Sebahagian
FF0.00Gagal

2) Nilai Wajaran Setiap Subjek STPM (Cara kira pointer STPM)

Pelajar boleh merujuk nilai di bawah untuk membuat pengiraan pointer masing-masing mengikut subjek yang diambil. Berikut dikongsikan nilai wajaran bagi setiap subjek untuk panduan semua dalam cara kira pointer STPM:

Cara kira pointer STPMmilai wajaran bahasa arabCara kira pointer STPMnilai wajaran sejarahnilai wajaran perakaunannilai wajaran matematiknilai wajaran kimia fiziknilai wajaran biologi

3) Penentuan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) : Cara kira pointer STPM

Untuk melakukan pengiraan pointer STPM, nilai wajaran setiap subjek adalah berbeza. Maka, berikut adalah contoh nilai pengiraan mengikut subjek Pengajian Am, Bahasa Arab, Syariah dan Sejarah:

Berikut adalah contoh pengiraan pointer STPM baharu untuk rujukan pelajar :-

a) Cara Pengiraan NGMP Pengajian Am : Nilai Wajaran (%) X Pointer Gred Mata Pelajaran ÷ 100 = nilai baru

Gred

Kertas / Gred

Wajaran (%)

Nilai

APengajian Am 1 : 4.0291.16
BPengajian Am 2 : 3.0220.66
APengajian Am 3 : 4.0291.16
APengajian Am 4 (KK) : 4.0200.8
3.78

i) Pengiraan Pengajian AM

Nilai yang akan diperoleh bagi setiap peperiksaan penggal dan kerja kursus akan ditambah seperti contoh di bawah:

  • 1.16+0.66+1.16+0.8= 3.78
  • kemudian, rujuk kepada julat begi gred mata pelajaran. 3.78 adalah dalam linkungan 3.67 sehingga 4.00. Maka gred matapelajaran pengajian am adalah A- dan NGMP: 3.67
    • Gred matapelajaran Pengajian Am : A-
    • NGMP : 3.67

b) Cara Pengiraan Bahasa Arab : Nilai Wajaran (%) X Pointer Gred Mata Pelajaran ÷ 100 = nilai baru

Gred

Kertas / Gred

Wajaran (%)

Nilai

ABahasa Arab 1 : 4.0281.12
ABahasa Arab 2 : 4.0281.12
A-Bahasa Arab 3 : 3.67200.73
CUjian Lisan : 2.0120.24
AKerja Kursus : 4.0120.48
3.69

ii) Pengiraan Bahasa Arab

Buat perkiraan seperti di atas. Kemudian tambah nilai

  • 1.12 + 1.12 + 0.73 + 0.24 + 0.48 = 3.69
  • 3.69 dalam lingkungan 3.67 sehingga 4.00.
    • Gred matapelajaran Bahasa Arab : A-
    • NGMP : 3.67

c) Cara Pengiraan Syariah : Nilai Wajaran (%) X Pointer Gred Mata Pelajaran ÷ 100 = nilai baru

Gred

Kertas / Gred

Wajaran (%)

Nilai

A-Syariah 1 : 3.6726.670.98
A-Syariah 2 : 3.6726.670.98
B+Syariah 3 : 3.3326.670.89
AKerja Kursus : 4.0200.8
3.65

iii) Pengiraan Syariah

Buat perkiraan seperti di atas. Kemudian tambah nilai

  • 0.98 + 0.98 + 0.89 + 0.80 = 3.65
  • 3.65 dalam lingkungan 3.33 sehingga 3.67.
    • Gred matapelajaran Syariah :  B+
    • NGMP : 3.33

d) Cara Pengiraan Sejarah : Nilai Wajaran (%) X Pointer Gred Mata Pelajaran ÷ 100 = nilai baru

Gred

Kertas / Gred

Wajaran (%)

Nilai

A-Sejarah 1 : 3.67291.06
BSejarah 2 : 3.00220.66
ASejarah 3 : 4.00291.16
AKerja Kursus : 4.00200.8
3.68

iv) Pengiraan Sejarah

  • Buat perkiraan seperti di atas. Kemudian tambah nilai
  • 1.06 + 0.66 + 1.16 + 0.8 = 3.68
  • 3.68 dalam lingkungan 3.67 sehingga 4.00.
    • Gred matapelajaran Sejarah : A-
    • NGMP : 3.67

Kiraan Akhir Jumlah Keseluruhan Pointer STPM (PNGK)

PNGK pelajar di kira berdasarkan empat matapelajaran terbaik yang diambil oleh calon sahaja.(Sekiranya Pelajar mengambil 5 Subjek maka 4 subjek terbaik termasuk Pengajian Am di ambil kira untuk mendapatkan PNGK individu pelajar)

Berikut adalah formula pengiraan jumlah keseluruhan pointer untuk peperiksaan STPM:

Jumlah NGMP ÷ 4 = PNGK

  • Contoh : (Pengajian Am) 3.67 + (Bahasa Arab) 3.67 + (Syariah) 3.33 + (Sejarah) 3.67 = 14.34÷ 4 = 3.58

Maka contoh keputusan peperiksaan STPM yang dikongsikan di atas adalah 3.58

NOTA : PNGK tidak akan tertera sekiranya:

  • (a) Gred mata pelajaran Pengajian Am diberi kod W, X, Y atau Z
  • (b) Gred mata pelajaran bagi mana-mana tiga mata pelajaran lain selain Pengajian Am diberi kod W, X, Y atau Z (Jika calon daftar 4 mata pelajaran)

Info Lanjut Cara Kira Pointer STPM

SUMBER  Peraturan & Skema Peperiksaan STPM 2020

Disclaimer : Sebarang kesilapan atau perkara yang tidak diduga dalam pengiraan adalah berada di bawah tanggungjawab anda sendiri

Semoga panduan cara kira pointer STPM terkini ini boleh dijadikan panduan dalam meningkatkan lagi tahap pembelajaran pelajar dalam menghadapi peperiksaan STPM yang bakal menjelang.

Tinggalkan Balasan