Permohonan UPM 2024-2025 Online Program Bacelor Dan Diploma

Perhatian buat pelajar lepasan sekolah samada Tingkatan 5 mahupun Tingkatan 6 dan juga lepasan Kolej Matrikulasi yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pra-siswazah seperti Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Pra-Diploma di institut pengajian tinggi. Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Sarawak dengan kempen Jom Masuk UPMKB amat mengalu-alukan semua pelajar di Malaysia untuk memohon ke program Bacelor, Diploma, dan Persediaan Diploma Sains sesi 2024/2025 yang kini dibuka bagi jurusan yang tertentu. Permohonan UPM ini dibuka untuk pelajar yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan sahaja.

Untuk pengetahuan umum, UPMKB merupakan sebuah universiti yang amat mementingkan pemeliharaan persekitaran yang dikelilingi kehidupan flora dan fauna yang harmoni. Untuk makluman, permohonan telah dibuka dan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (online) yang disediakan pihak UPM. Permohonan ini juga terbuka kepada lepasan UPM Bintulu program pra-Diploma dan Diploma yang ingin menyambung pelajaran di universiti yang sama dalam program Diploma atau Bacelor.

Permohonan Program Akademik Universiti Putra Malaysia 2024 Online

Universiti Putra Malaysia atau nama ringkasnya UPM membuka permohonan ini kepada calon lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Diploma dan Pra-Diploma/setaraf.

Para pelajar digalakkan agar tidak melepas peluang keemasan ini untuk mengikuti program Diploma dan persediaan Diploma Sains yang ditawarkan di UPM Kampus Bintulu, Sarawak.

Perkongsian di bawah adalah maklumat am bagi permohonan program UPM Diploma, Pra-Diploma dan Bacelor (Ijazah Sarjana Muda) untuk ambilan 2024/2025 yang meliputi tarikh permohonan dan cara permohonan dilakukan:

1. Tarikh Permohonan UPM Kampus Bintulu 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat mengenai permohonan ambilan 2024.

Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online). Tarikh permohonan adalah seperti berikut:

  • Tarikh Buka : 29 Februari 2024
  • Tarikh Tutup : 29 Mac 2024

iklan kemasukan upm bintulu

Keputusan permohonan dijangka diumumkan pada bulan Julai 2024

2. Cara Permohonan UPM Kampus Bintulu 2024 Online

Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang UPUOnline berikut:

Laman sesawang permohonan

Anda perlu mengemukakan borang permohonan anda berserta salinan dokumen penting ke alamat berikut:

  • Ketua Pentadbiran Akademik dan Antarabangsa,
    Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik,
    Tingkat 1, Bangunan Canselori Putra,
    Universiti Putra Malaysia,
    43400, UPM Serdang,
    Selangor.

Salinan dokumen (softcopy) yang perlu disertai dengan borang permohonan adalah berikut:

  • Slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Slip keputusan peperiksaan peringkat Sijil / Persediaan Diploma
  • Kad Pengenalan pemohon, ibu dan bapa

Nota : salinan kad pengenalan, sijil, transkrip dan dokumen hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan professional

Panduan Permohonan Kemasukan Ke Program Diploma Dan Persediaan Diploma Sains UPM Bintulu

Permohonan secara online untuk kemasukan ke program Diploma dan Persediaan Diploma Sains di UPM Kampus Bintulu (UPMKB) dibuka kepada calon-calon lepasan Persediaan Diploma Sains UPMKB, lepasan Sijil Pertanian / Sijil Veterinar / Sijil Ranger Hutan dan lepasan SPM.Perkongsian di bawah adalah maklumat am berkaitan permohonan program UPM Diploma dan Pra-Diploma ambilan 2024 yang meliputi panduan permohonan program yang ditawarkan dan syarat kemasukan:

Info Penting Permohonan Program Diploma dan Pra-Diploma UPM

Pemohon lepasan SPM dan STPM yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke UPM. Mereka perlu mematuhi syarat kemasukan yang ditetapkan terlebih dahulu. Ianya terdapat beberapa bidang kursus yang ditawarkan adalah berbeza serta meletakan syarat kelayakan yang berlainan.1. Sila pastikan anda patuhi semua arahan yang tertera sebelum anda mengakses Borang Permohonan dalam talian. Sila kenalpasti kategori program pilihan anda :-

A. Permohonan ke Program Diploma

  • Lepasan Sijil Pertanian / Sijil Renjer Hutan / Sijil Penternakan = Kategori (SC)
  • Lepasan Pra-Diploma Sains UPM Kampus Bintulu, Sarawak = Kategori (PD)

B. Permohonan ke Program Persediaan Diploma Sains

Lepasan SPM tahun semasa atau tahun sebelum yang tidak mencapai 5 kredit

  • Lepasan SPM tahun semasa aliran sains (SA)
  • Pelajar Lepasan SPM tahun semasa aliran sastera (AA)
  • Lepasan SPM tahun 2019 dan sebelum
    • Aliran Sains (SC)
    • Aliran Sastera (AC)

Kesilapan memilih kategori akan mengakibatkan permohonan anda tidak akan diproses.

3. Sila kenalpasti program pengajian yang menjadi pilihan anda.

Rujuk senarai program yang ada melalui pautan berikut: Senarai Program

4. Sila pastikan anda isi borang permohonan dengan semua maklumat mengenai anda dengan lengkap terutama sekali Nombor Kad Pengenalan.

5. Pastikan anda mengisi semua ruangan wajib yang bertanda (*).

6. Pastikan anda menekan butang sah dan hantar bagi menghantar Borang Permohonan Online

7. Pastikan anda cetak borang permohonan sebagai bukti permohonan telah selamat diterima oleh sistem.

8. Pastikan anda buat semakan semula ke atas borang permohonan dalam talian agar anda memperoleh kepastian bahawa permohonan yang dikemukakan telah berjaya.

9. Anda dikehendaki membayar wang proses sebanyak RM15.00 melalui CIMB Bank Berhad. Sila cetak bukti pembayaran wang proses dan hantar bersama borang permohonan. Pastikan anda tulis nama dan nombor kad pengenalan anda pada slip yang dicetak sebagai rujukan.

  • Berikut merupakan maklumat pembayaran:
    • No. Akaun Bank : 8002155042
    • Nama Bank : CIMB Bank Berhad
    • Nama Akaun : U.P.M Collection
    • Cawangan Bank : Cawangan UPM Serdang

Kaedah untuk membuat bayaran pautan: Panduan Pembayaran

10. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2022

Antara program Diploma yang ditawarkan oleh UPM adalah:

  • Diploma Pertanian
  • Diploma Perikanan
  • Dip Perhutanan
  • Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan
  • Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
  • Dip Kejuruteraan Pertanian

Syarat kemasukan bagi program Diploma UPM adalah seperti berikut:

Syarat Kemasukan Program Diploma UPM

1. Pemohon mesti terdiri daripada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil / Setaraf atau Lepasan Persediaan Diploma Sains UPMKB.

2. Pemohon mesti memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program.

3. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai syarat kemasukan UPM, boleh layari pautan: Syarat Kemasukan Diploma UPM

Program Persediaan Diploma yang ditawarkan adalah:

  • Persediaan Diploma Sains

Syarat kemasukan bagi program Pra-Diploma UPM adalah seperti berikut:

Syarat Kemasukan Program Pra-Diploma UPM

1. Pemohon mesti terdiri daripada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.

2. Pemohon mesti memenuhi Syarat Khas Program.

3. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai syarat kemasukan UPM, boleh layari pautan: Syarat Kemasukan Pra-Diploma UPM

Panduan Permohonan Kemasukan Ke Program Bacelor Sains UPM Bintulu

Berikut pula adalah perkongsian maklumat berkaitan program Bacelor UPM untuk sesi 2022/2023 yang meliputi panduan permohonan dan syarat kemasukan ke program:

Info Penting

1. Permohonan secara atas talian dibuka kepada calon-calon lepasan Diploma UPMKB, lepasan Asasi Sains Pertanian UPM untuk memasuki program Bacelor di UPM.

2. Hanya permohonan kemasukan calon di atas sahaja dibenarkan untuk memohon melalui aplikasi dalam talian (online application) yang dikendalikan UPUOnline.

3. Sila pastikan anda patuhi semua arahan yang tertera sebelum anda mengisi Borang Permohonan dalam talian.

4. Sila kenalpasti kategori program pilihan anda :-

A. Permohonan ke Program Bacelor Sains

  • Lepasan Diploma UPMKB = FB
  • Lepasan Asasi Sains Pertanian = M2

Kesilapan memilih kategori akan mengakibatkan permohonan anda tidak akan diproses.Antara program Bacelor yang ditawarkan oleh UPM adalah:

  • Bacelor Sains Bioindustri
  • Bacelor Pertanian (Akuakultur)
  • Bachelor Sains Perhutanan (Perhutanan Ladang)
  • Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan

Syarat Kemasukan Program Bacelor UPM

1. Pemohon mesti terdiri daripada calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Asasi dan Diploma / Setaraf.

2. Pemohon mesti memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program.

3. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai syarat kemasukan UPM, boleh layari pautan: Syarat Kemasukan Bacelor UPM

Panduan Permohonan Kemasukan Ke Program Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan UPM Bintulu

Maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa, Berikut adalah maklumat bagi tahun 2019 untuk rujukan semua. Seperti yang telah dikongsikan di atas,

UPMKB juga mempunyai sebuah program Bacelor khas yang dipanggil Program Bacelor Sains Pembangunan Manusia – Pengurusan (BSPMP). Program ini mewajibkan pemohon untuk memohon secara khas dan dalaman iaitu dengan memuat turun borang permohonan yang disediakan dan mengiisinya sebelum menghantarnya terus ke alamat UPM Kampus Bintulu sebaliknya daripada program yang lain. Permohonan untuk program tersebut juga telah dibuka sama seperti program Bacelor yang lain bagi Semester Pertama Sesi 2019.

Info Penting Permohonan Program Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan UPM

Maklumat bagi sesi permohonan tahun 2024 akan dikemaskini. Di bawah adalah maklumat kemasukan tahun 2020 sebagai rujukan.

1. Calon hendaklah memastikan bahawa semua arahan yang dinyatakan berikut diiikuti semasa melakukan permohonan kemasukan bagi Semester Pertama Sesi 2019/2020.

2. Calon hendaklah mengiisi Borang Permohonan dengan lengkap pada bahagian yang berkaitan. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui perkongsian pautan berikut: Borang Permohonan BSPMP

3. Sila sertakan salinan dokumen dan sijil seperti berikut:

Salinan – Kad Pengenalan pemohon

  • Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Keputusan Sijil Persekolahan Tinggi Malaysia (STPM)
  • Result Transkrip Akademik (Asasi/ Matrikulasi /Diploma)
  • Keputusan peperiksaan sijil Malaysian University English Test (MUET)

Salinan Kad Pengenalan / mykad, sijil, transkrip dan dokumen berkaitan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan profesional.

4. Borang permohonan yang lengkap diisi serta dokumen lain perlu dihantarkan ke alamat berikut:

  • Unit Akademik Pusat,

    Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak,
    Jalan Nyabau, Peti Surat 396,
    97008 Bintulu, Sarawak.

  • No. Tel: 086-855 263 / 311

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2019.

6. Keputusan permohonan akan diumumkan pada minggu terakhir bulan Julai 2019. Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang berikut: Portal Rasmi UPMKB

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai permohonan kemasukanserta maklumat lain berkaitan dengan itu, sila hubungi :-

  • No. Tel Pejabat Am : 03-9769 6059 / 6060
  • E-Mel : akd@upm.edu.my

Diharapkan perkongsian  ini dapat dijadikan panduan berguna buat pemohon. Selamat membuat permohonan kemasukan ke Universiti Putra Malaysia.KW : jawatan kosong terkini universiti awam iklan jawatan sila klik

Tinggalkan Balasan