Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi KPM

Panduan buat semua para pelajar. Tahukah anda apakah dia Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi KPM?

Buat pengetahuan semua, kemasukan ke Program Matrikulasi adalah melalui Aplikasi permohonan matrikulasi KPM. Justeru pemohon hendaklah membuat pendaftaran permohonan bermula 15 Disember 2023 hingga 31 Mac 2024.

Kemaskini permohonan ke Program Matrikulasi KPM pula akan dibuka semula untuk kemaskini permohonan selama lima hari selepas result SPM diumumkan . Permohonan ini hanya untuk murid yang telah menduduki peperiksaan SPM tahun 2023 sahaja.

Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi KPM

Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi KPM

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi KPM 2024 yang telah dikemaskini mengikut syarat kemasukan semasa.

1. PROGRAM DAN JURUSAN YANG DITAWARKAN

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan:
AProgram Matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS)
1Jurusan Sains (Aliran Sains Hayat, Sains Fizikal & Sains Komputer)
2Jurusan Kejuruteraan (Aliran Asas Kejuruteraan, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal)
3Jurusan Perakaunan
4Jurusan Perakaunan Profesional
BProgram Matrikulasi Sistem Empat Semester (SES)
1Jurusan Sains (Aliran Sains Hayat, Sains Fizikal & Sains Komputer)

2. SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun semasa memohon, warganegara Malaysia & pemohon mestilah calon SPM tahun semasa

Berikut adalah syarat kelayakan minimum program Matriks 2 & 4 semester beserta mata pelajaran pengkhususan mengikut jurusan:-

3. SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PROGRAM MATRIKULASI SISTEM DUA (2) SEMESTER

Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM semasa :

i) Jurusan Sains SDS

GredMata Pelajaran
CBahasa Melayu
CBahasa Inggeris
BMatematik
CMatematik Tambahan
CKimia
CFizik atau Biologi
LulusSejarah

Mata pelajaran pengkhususan Jurusan Sains untuk setiap aliran adalah seperti berikut :-

i) Aliran Sains Hayat

  • Matematik
  • Kimia
  • Fizik
  • Biologi

ii) Aliran Sains Fizikal

  • Matematik
  • Kimia
  • Fizik
  • Sains Komputer

iii) Aliran Sains Komputer

  • Matematik
  • Kimia
  • Biologi
  • Sains Komputer

ii) Jurusan Kejuruteraan

Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM semasa :
GredMata Pelajaran
CBahasa Melayu
CBahasa Inggeris
BMatematik
CMatematik Tambahan
CFizik
Cdalam satu daripada mata pelajaran berikut:Biologi/ Kimia/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Geografi/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Pendidikan Seni Visual/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Pengajian Keusahawanan/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
LulusKimia
LulusSejarah

Mata pelajaran pengkhususan Jurusan Kejuruteraan adalah seperti berikut :-

i) Aliran Kejuruteraan Asas

  • Matematik
  • Kimia
  • Fizik
  • Basic Engineering

ii) Aliran Kejuruteraan Awam

  • Matematik
  • Kimia
  • Fizik
  • Kejuruteraan Awam

iii) Aliran Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

  • Matematik
  • Kimia
  • Fizik
  • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

iv) Aliran Kejuruteraan Mekanikal

  • Matematik
  • Kimia
  • Fizik
  • Kejuteraan Mekanikal

iii) Jurusan Perakaunan

Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM semasa :
GredMata Pelajaran
CBahasa Melayu
CBahasa Inggeris
CMatematik
CFizik
Cdalam tiga daripada mata pelajaran berikut: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan/ Sains Komputer/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Sukan/ Geografi/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Keusahawanan/ Tasawwur Islam/ Usul Al-Din/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Al-Syariah/ Pendidikan Seni Visual/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam
LulusSejarah

Mata pelajaran pengkhususan Jurusan Perakaunan adalah seperti berikut :-

i) Aliran Perakaunan

  • Matematik
  • Perakaunan
  • Ekonomi
  • Pengurusan Perniagaan

iv) Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro)

Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM semasa dan Lulus Ujian Aptitud & Temuduga yang dilaksanakan oleh Bahagian Matrikulasi:
GredMata Pelajaran
CBahasa Melayu
A-Bahasa Inggeris
AMatematik
CMatematik Tambahan
Adalam tiga daripada mata pelajaran berikut: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan/ Sains Komputer/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Sukan/ Geografi/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Keusahawanan/ Tasawwur Islam/ Usul Al-Din/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Al-Syariah/ Pendidikan Seni Visual/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam
LulusSejarah

Mata pelajaran pengkhususan Jurusan Perakaunan Profesional adalah seperti berikut :-

i) Aliran Perakaunan Profesional

  • Matematik
  • Perakaunan Kewangan
  • Pengurusan Perakaunan
  • Accountant in Business

4. SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PROGRAM MATRIKULASI SISTEM EMPAT (4) SEMESTER

Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM semasa :

Jurusan Sains SES

iMendapat sekurang-kurangnya gred C dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris
iiLulus Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi atau Sains Komputer
iiiLulus Sejarah

5. CARA PERMOHONAN DAN SEMAKAN

Cara membuat permohonan dan semakan dapat dirujuk pada pautan ini: Borang Matrikulasi KPM

Maklumat Lanjut

  • Ikuti media sosial Program Matrikulasi KPM untuk hebahan dan maklumat terkini. FB/X/Youtube – Program Matrikulasi KPM, IG/TikTok – matrikulasikpm
  • Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098 atau Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks
  • Layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan https://www.moe.gov.my/

Diharap agar maklumat berkaitan Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi KPM ini dapat membantu memudahkan urusan anda. Selamat membuat Permohonan program Matrikulasi KPM 2024-2025 Online dan semoga anda berjaya.

Tinggalkan Balasan