Syarat Kelayakan Masuk Program Farmasi Terkini

Menyambung pengajian dalam bidang Farmasi adalah salah satu halatuju pendidikan bagi pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian tinggi mereka. Apakah syarat kelayakan masuk program Farmasi iaitu kelayakan minimum permohonan ke program Ijazah Farmasi, iaitu salah satu bidang yang merupakan kerjaya pendapatan tinggi dan disanjung tinggi masyarakat.

Untuk pengetahuan semua, program ijazah farmasi mempunyai syarat kemasukan yang memerlukan kelayakan akademik yang baik dalam aliran sains. Program Farmasi menawarkan pelbagai bidang kerjaya yang boleh disertai untuk menghasilkan individu yang profesional dalam bidang ilmu farmasi.

Syarat Kelayakan Masuk Program Farmasi

Kerjaya Dalam Bidang Farmasi

Menurut sumber SEGI, Kerjaya ini bukan suatu perkara yang mudah. Terdapat pelbagai jenis ubat yang tersedia untuk setiap penyakit, tetapi hanya ahli farmasi sahaja yang dapat memberi maklumat dan nasihat yang tepat untuk membantu pesakit dalam penggunaan ubat. Hal ini kerana ahli farmasi merupakan individu-individu yang terlatih dengan pengetahuan khusus dan mendalam mengenai ubat-ubatan, kegunaan dan tindakannya, kesan sampingan dan interaksi antara ubat dengan makanan lain, serta bagaimana ubat-ubatan ini harus diambil.

Sekiranya anda berminat dalam membina kerjaya sebagai seorang ahli farmasi, ia akan menjadikan anda dengan pilihan kerjaya yang luas dengan prospek dan remunerasi yang sangat baik. Anda boleh bekerja sebagai ahli farmasi hospital / klinik dan komuniti atau swasta. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk bekerja di syarikat-syarikat ubat farmaseutikal, di mana anda boleh terlibat dengan mengawasi pembuatan, jaminan kualiti atau penjualan dan pemasaran ubat-ubatan; atau anda juga boleh terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan atau ujian klinikal ubat-ubatan baru. Di samping itu, kerjaya sebagai ahli farmasi juga membuka peluang untuk anda bekerja di dunia lain seperti agensi pengawalseliaan kerajaan, veterinar, tentera dan pendidikan.

Untuk menjadi seorang Ahli Farmasi di Malaysia, anda perlu mendaftar program ijazah Farmasi 4 tahun yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Syarat Kelayakan Masuk Program Farmasi (Kelayakan Minumum Terkini)

Lembaga Farmasi Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyelaraskan Program Perkhidmatan Farmasi dan menetapkan syarat kelayakan bagi program Farmasi,

Mereka yang berminat untuk memilih kerjaya ini boleh merujuk kepada Syarat Kelayakan Masuk Program Farmasi seperti berikut :-

A. STPM

1. Syarat A

Mendapat CGPA 3.00 dengan gred BBB, ABC atau AAC dalam tiga (3) subjek iaitu;

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik atau Matematik

dengan minimum gred B dalam mata pelajaran Kimia.

2. Syarat B

a) Syarat subjek Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Nota:
Untuk diserap masuk sebagai penjawat awam, syarat Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan yang digariskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

B. A-Level

1. Syarat A

Mendapat 3B atau 2A1C atau 1A1B1C dalam :-

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik atau Matematik

dengan minimum gred B dalam subjek Kimia.

(Dengan berpandukan kepada sistem skor Universities dan Colleges Admission Service (UCAS) yang dilaksanakan di United Kingdom bagi keputusan A-Level iaitu dengan ketetapan skor A+ = 140, A = 120, B = 100 dan C = 80)

* Keperluan gred 3B yang dicadangkan oleh LFM adalah menyamai jumlah skor 300 dengan B untuk subjek Kimia.

2. Syarat B

a) Syarat subjek Bahasa Melayu BM & Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Nota:
Untuk diserap masuk sebagai penjawat awam, syarat Bahasa Melayu BM dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan yang digariskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

C. Matrikulasi atau Pra-Pengajian Perubatan Dan Farmasi atau Asasi Sains

1. Syarat A

Bagi Matrikulasi atau Pra-Pengajian Farmasi/Perubatan dengan CGPA 3.00 ke atas dengan minimum gerd B untuk subjek Kimia.

ATAU

Bagi Asasi Sains dengan CGPA 3.00 ke atas dengan sekurangnya-kurangnya gred B dalam subjek Kimia

DAN

Program perlu dijalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun.

2. Syarat B

a) Lulus SPM dengan minima 5B dalam :-

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Matematik atau Matematik Tambahan
  • Dan satu mata pelajaran lain

di peringkat Sijil Persekolahan atau yang setara.

b) Syarat subjek Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Nota:
Untuk diserap masuk sebagai penjawat awam, syarat Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan yang digariskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

D. Diploma

1. Syarat A

Bagi Diploma Sains (Kimia atau Biologi atau Fizik) mesti memperoleh CGPA 3.75 dan ke atas termasuk B dalam subjek Kimia.

ATAU

Bagi Diploma Farmasi mesti memperoleh CGPA 3.5 dan ke atas.

2. Syarat B

a) Lulus SPM dengan minima 5B dalam :-

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Matematik atau Matematik Tambahan
  • Dan satu mata pelajaran lain

di peringkat Sijil Persekolahan atau yang setara.

b) Syarat subjek Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Nota:
Untuk diserap masuk sebagai penjawat awam, syarat Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris BI adalah mengikut ketetapan yang digariskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

E. Ijazah Pertama Dalam Sains

1. Syarat A

Ijazah Pertama dalam Sains CGPA 2.75 dan ke atas.

(CGPA 2.75 = Gred C+)

2. Syarat B

Nota: Setiap pelajar dikehendaki memenuhi Syarat A dan Syarat B (jika ada) seperti di atas sebelum meneruskan pelajaran di peringkat ijazah farmasi.Sumber: Portal Rasmi Program Perkhidmatan Farmasi.

Maklumat Lanjut

  • Kementerian Kesihatan Malaysia,
    Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
    Lot 36, Jalan Universiti, Pjs 13,
    46200 Petaling Jaya
    SelangorNo. Tel.03 7841 3200

Diharap perkongsian Syarat Kelayakan Masuk Program Farmasi ini dapat memberi manfaat kepada pelajar yang ingin memperkembangkan potensi mereka dalam bidang Farmasi.

Related : stpm diploma degree farmasi ahli farmasi ijazah sarjana muda pegawai farmasi gred uf41 sijil pelajaran malaysia spm

Tinggalkan Balasan