Permohonan DPLI UMS 2023 Online (Universiti Malaysia Sabah)

Permohonan DPLI UMS 2023 Online. Perhatian kepada pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda yang berminat untuk mendapatkan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk membuat Permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UMS di bawah Fakulti Psikologi dan Pendidikan bagi sesi akademik 2023/2024.

Untuk makluman, program pasca siswazah ini menggunakan mod pengajian sepenuh masa dan tempoh pengajian adalah selama 18 bulan atau maksimum selama 3 tahun. UMS juga menawarkan dua bidang pengkhususan bagi sesi akademik 2023/2024 iaitu dalam Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam. Justeru, calon-calon yang mempunyai latar belakang pengajian yang berkaitan digalakkan untuk memohon sekiranya berminat dan berkelayakan untuk menyambung pengajian di negeri di bawah bayu.

permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UMS

Permohonan DPLI UMS 2023 (Universiti Malaysia Sabah)

Berikut adalah maklumat berkaitan seperti tarikh permohonan, syarat-syarat kelayakan dan panduan Permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UMS 2023 Online untuk rujukan semua.

TARIKH PERMOHONAN DPLI UMS

DibukaDitutup
24 Februari 2023
30 April 2023
*Pihak universiti berhak membuat sebarang perubahan atau pindaan tanpa notis

Di bawah merupakan syarat-syarat kelayakan yang perlu dipatuhi oleh calon-calon sebelum membuat permohonan:

Syarat Kelayakan Permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UMS

  • 1. Warganegara Malaysia
  • 2. Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh permohonan dibuat
  • 3. Pemohon tidak mempunyai masalah kesihatan, sihat tubuh badan, dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini. Pemohon memegang ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan
  • 4. Pemohon tidak terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan atau kursus dalam cuti.
  • 5. Pemohon yang sedang mengikuti sebarang pengajian sama ada sepenuh masa atau separuh masa di mana-mana institusi tidak layak memohon.
  • 6. Pemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh kerajaan dengan PNGK minimum 2.75
  • Atau
  • Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti
  • Dan
  • Lulus SPM/ Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai
  • Dan
  • Prinsipal Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat STPM/ Setaraf
  • Dan
  • Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan tidak kurang daripada 5 tahun

Sekiranya anda melepasi syarat-syarat kelayakan di atas, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk memohon program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UMS:

PANDUAN PERMOHONAN DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH UMS

Layari mohon.ums.edu.my untuk memohon

1. Permohonan kali pertama sila buat pendaftaran sebagai pengguna baharu terlebih dahulu dengan Universiti Malaysia Sabah jika masih belum mendaftar

  • New Application
  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan
  • Tekan butang Register

2. Pautan pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda bersama id pengguna dan kata laluan. Sila aktifkan akaun anda dengan membuka pautan tersebut.

3. Sila log masuk menggunakan id pengguna dan kata laluan yang sama pada laman utama di ruangan Applicant Login

4. Seterusnya tekan butan Programme Offered untuk melihat kursus-kursus pengajian yang ditawarkan.

Semakan Permohonan DPLI UMS

Tarikh semakan permohonan bagi sesi 2023/2024 akan dikemaskini. Berdasarkan iklan permohonan kemasukan ke Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UMS bagi sesi akademik 2021/2022, calon yang telah membuat Permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UMS boleh menyemak status pada tarikh berikut:

2023 : akan dikemaskini

2022 : akan dikemaskini

2021 : 16 Julai 2021

*Tarikh ujian MEDSI akan dimaklumkan kemudian secara individu

Semak secara online dengan melayari portal kemasukan pelajar UMS pada pautan berikut:

permohonan-dpli-ums-2023

Sumber : Iklan Permohonan

Maklumat Lanjut 

Jika anda mempunyai masalah atau pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi pihak Universiti Malaysia Sabah di:

  • Faculty of Psychology and Education
    Universiti Malaysia Sabah
    Jalan UMS
    88400 Kota Kinabalu,
    Sabah, Malaysia.
  • No. Telefon: +6088 320000 ext.2506
  • No. Faks: +6088-320101/320268
  • Emel: fpp@ums.edu.my

Semoga perkongsian mengenai Permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UMS 2022 Online dapat memberi manfaat kepada anda. Selamat maju jaya diucapkan kepada pelajar yang memohon dan diharapkan permohonan anda berjaya.

Tinggalkan Balasan