Permohonan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional UTHM 2021 Online

Perhatian buat para pelajar terutamanya lepasan Diploma/DKM/DVM/STPM/Matrikulasi. Adakah anda berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda? Sekiranya begitu, rebutlah peluang kemasukan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional Dengan Kepujian Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Permohonan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional UTHM 2021 ini boleh dilakukan secara Online pada tarikh yang dinyatakan di bawah.

Buat pengetahuan semua, permohonan kemasukan ini adalah peluang keemasan buat lepasan Diploma/ DKM/ DVM/ STPM/ Matrikulasi yang tidak berjaya dalam permohonan UPU Online sebelum ini. Justeru itu, bagi yang berminat dan menepati syarat kelayakan, usah berlengah lagi dan teruslah memohon sebelum tarikh tutup tiba. Sebagai rujukan, tarikh permohonan bagi tahun 2021 adalah dari 15 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021

Permohonan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional UTHM

Permohonan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional UTHM 2021 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan buat rujukan semua:

Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh penting permohonan, syarat kemasukan, kursus yang ditawarkan serta panduan mengisi borang permohonan atas talian.

Tarikh Permohonan 

  • Tarikh Buka : 15 Mac 2021 (12pm)
  • Tarikh Tutup : 31 Mac 2021 (1159pm)

Syarat-Syarat Permohonan

Syarat kelayakan bagi permohonan adalah seperti berikut:

1.Lepasan Diploma/DKM

  • Lepasan Diploma / DKM (PNGK > 2.50)
  • MUET Band 2
  • Lulus Ujian Medsi
  • Lulus Temuduga

2. Lepasan DVM

  • DVM (PNGK > 3.0)
  • MUET Band 2
  • Lulus Ujian Medsi dan Temuduga
  • Sijil Vokasional Malaysia (PNGK Akademik > 2.0 dan PNGK Vokasional > 2.67)
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM (Kod 1104)
  • Lulus Sejarah SPM bagi Kohort 2015-2016
  • Kompeten semua modul Vokasional

3. Lepasan STPM/Matrikulasi

  • Memperoleh kelulusan STPM atau setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti
  • CPA > 2.00
  • MUET Band 2
  • Lulus Ujian Medsi dan Temuduga

Senarai Kursus Yang Ditawarkan

Senarai kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik & Elektronik) dengan kepujian
  2. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Binaan Bangunan) dengan kepujian
  3. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan Am) dengan kepujian
  4. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejukbekuan & Penyamanan Udara) dengan kepujian
  5. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan kepujian
  6. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) dengan kepujian
  7. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kimpalan & Fabrikasi Logam) dengan kepujian

Aplikasi Permohonan UTHM

Pemohon perlu membuat pendaftaran menerusi aplikasi di bawah dahulu sebelum membuat permohonan online:

Aplikasi Permohonan : UPUOnline

Nota: Permohonan kali ini adalah melalui sistem UPUonline dan sila pastikan permohonan diletak sebagai pilihan pertama dan seterusnya. Tiada pembelian nombor pin dan permohonan adalah percuma.

Cara-Cara Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan cara-cara membuat permohonan bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional UTHM:1

Buat akaun baru di aplikasi permohonan di atas dengan menekan Create Account. 

1.Isikan:

  • No. KP/Passport
  • Emel
  • Kata laluan
  • Pengesahan kata laluan
  • Klik Register

2. Setelah berjaya mendaftar, suatu emel akan diterima. Anda boleh Login untuk meneruskan pendaftaran. Masukkan maklumat berikut untuk login:

  • Emel
  • Kata laluan yang digunakan sewaktu membuat akaun baru tadi
  • Klik Sign In

3. Teruskan melengkapkan maklumat di bahagian Permohonan Kemasukan Pelajar Ke UTHM. Klik Submit setelah selesai mengisi semua maklumat yang diperlukan.

4. Cetak maklumat sebagai pengesahan permohonan.Nota : Tiada sebarang nombor pin yang diperlukan untuk memohon

Aplikasi Semakan Kemasukan UTHM

Bagi membuat permohonan, pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan ke UTHM menerusi aplikasi di bawah:

Maklumat Lanjut

Iklan Permohonan kemasukan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional UTHM Online adalah seperti berikut:

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:

  • Alamat : PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim
  • Email : pa@uthm.edu.my
  • No. Tel.07-456 4028/4113/4115 (Waktu Operasi  : Ahad – Rabu: 8.00 pagi – 5.00 petang)
  • Khamis: 8.00 pagi – 3.30 petang

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Permohonan kemasukan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional ini dapat memudahkan urusan anda. Semoga berjaya.

Tinggalkan Balasan