Contoh Soalan Ujian Medsi Dan Tips

Contoh Soalan Ujian Medsi dan Tips. Panduan buat calon-calon yang bakal menduduki ujian MEdSI terkini. Ujian MEdSI atau Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) adalah salah satu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Pogram Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf ke Institut Pengajian Tinggi Awam. Ujian MEdSI bertujuan untuk menilai kualiti intrinsic calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi.

MEdSI telah digubal oleh Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI yang terdiri daripada sekumpulan pakar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik. Maklumat yang diperoleh dari pengukuran/ ujian ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai bagi kemasukan ke program pendidikan di IPTA.

Contoh Soalan Ujian Medsi dan Tips

Calon-calon yang berminat untuk memohon ujian MEdSI mestilah memiliki kelayakan berikut, iaitu:

Contoh Soalan Ujian Medsi dan Tips : Kelayakan Menduduki Ujian MEdSI

  1. Lepasan STPM atau setaraf untuk mengikuti PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN; dan
  2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda untuk mengikuti PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) di IPTA.

* Hanya calon-calon yang mempunyai kelayakan seperti yang tertera di atas akan dipertimbangkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (JPT, KPTM) untuk menduduki ujian MEdSI

Berikut adalah Format ujian MEdSI :-

Format Ujian MedSi

Mengandungi 300 soalan dan dijawab dalam masa 1 Jam

Mempunyai 4 bahagian iaitu :-

  1. Personaliti 110 item
  2. Minat kerjaya 60 item
  3. Nilai intergriti 70 item
  4. Kecerdasan emosi 60 item

Ujian Medsi adalah berbentuk aneka pilihan

Maklumat Lanjut Ujian MEdSI

Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURUSoalan ujian MEdSI mengandungi 300

SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM

JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja. 1 soalan bersamaan dengan masa 12 saat untuk menjawab

  1. Calon boleh menyemak sama ada LAYAK atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di laman Web BHEA UPSI
  2. NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI ketika mengisi permohonan on-line kemasukan pelajar melalui laman web UPU
  3. SEMAKAN TEMPAT menduduki juga melalui laman web UPSI
  4. MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line dahulu
  5. MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU
  6. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu diselesaikan dalam masa 1 JAM
  7. JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja
  8. MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak
  9. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali menduduki sahaja
  10. MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah)

Tips Menjawab Ujian MEdSI

Berikut adalah tips untuk mejawab Ujian MEdSI yang dikongsikan oleh Unit Promosi dan Kemasukan, Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI.

panduan menduduki ujian medsi

Berikut merupakan contoh soalan yang ditanyakan dalam ujian MEdSI (hanya sebagai rujukan buat calon):

Contoh Soalan Ujian Medsi dan Tips

Contoh Soalan Ujian Medsi dan Tips

Contoh Soalan Ujian Medsi dan Tips

Contoh Soalan Ujian Medsi dan Tips

Soalan Personaliti

Soalan Minat Kerjaya

Soalan Nilai Integriti

Item Kecerdasan Emosi

Semoga perkongsian Contoh Soalan Ujian Medsi dan Tips dapat memberi manfaat buat semua. Selamat membuat menjawab ujian dan semoga berjaya.

Tinggalkan Balasan