Syarat Kelayakan Permohonan BPPT (KADS1M)

Berita baik buat pelajar pengajian tinggi di Malaysia. Kerajaan telah meluluskan pemberian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) bernilai RM100 menerusi pengumuman oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 24 Februari 2019. Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan BPPT/ kad debit pelajar bagi tahun lepas untuk makluman dan rujukan pelajar di Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPTA/ IPTS) berstatus warganegara Malaysia yang berhak untuk mendapatkan inisiatif yang diberikan oleh kerajaan ini.

Seperti tahun sebelum ini, bantuan BPPT akan didebitkan ke dalam Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat (KADS1M) kepada 1.2 juta pelajar pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT). Pada tahun ini, pelajar yang berkelayakan boleh membuat Permohonan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat secara online bermula 28 Mac 2019 menerusi Bank Rakyat yang bertindak sebagai agensi pelaksana serta menguruskan permohonan dan pengeluaran Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat.

MAKLUMAT TERKINI BPPT 2019

Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) melalui pengumuman pada 24 Februari 2019 akan diteruskan pada tahun ini dengan bantuan berjumlah RM100 kepada penuntut universiti berwarganegara Malaysia yang layak.

  1. Bayaran BPPT akan disalurkan pada akhir bulan Mac menggunakan mekanisme sediada iaitu kad debit Bank Rakyat, yang pernah digunakan sebelum ini bagi menggantikan baucar buku 1Malaysia
  2. Dengan peruntukkan sebanyak RM120 Juta, BPPT dijangka akan memanfaatkan 1.2 juta pelajar berdasarkan pangkalan data lama, sekaligus mengurangkan beban perbelanjaan mereka di IPT
  3. Selari dengan keputusan kerajaan pada 20 Februari 2019 yang lalu untuk memberi Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM100 kepada individu bujang yang layak, keputusan ini dilakukan mengikut cadangan Kementerian Pendidikan untuk meringankan beban kewangan pelajar di IPT.

Nota : Maklumat lanjut mengenai perincian pelaksanaan BPPT 2019 akan diumumkan Kementerian Pendidikan kelak

Syarat Kelayakan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT)

Berikut merupakan syarat/ kriteria kelayakan permohonan kad debit Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) bagi tahun 2019.

KRITERIA KELAYAKAN BPPT 2019

1.Warganegara Malaysia

2.Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa pada tarikh 31 Disember 2017 di institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:-

  • a) Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional, Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia; atau
  • b) IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; atau
  • c) Mendapat pertimbangan daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan berdasarkan kriteria / syarat kelayakan seperti di atas.

Sebagai rujukan, berikut adalah syarat kelayakan permohonan BPPT tahun 2018 yang memaparkan syarat layak untuk memohon Kad Debit Pelajar. Kriteria pelajar yang layak menerima Bantuan BPPT yang akan didebitkan ke KADS1M pelajar adalah seperti berikut :-

Syarat Kelayakan Permohonan BPPT (Kad Debit Pelajar) 2018

Pelajar-pelajar yang memenuhi semua kriteria berikut layak menerima BPPT :-

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa pada tarikh 31 Disember 2017 di institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:-
    • a) Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia; atau
    • b) IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa.

FAQ BPPT 2018

Untuk kemudahan para pelajar, berikut adalah soalan lazim berkaitan BPPT termasuk syarat kelayakan permohonan BPPT, permohonan KADS1M dan semakan status kelayakan KADS1M.

1. Bolehkah pelajar menyemak status kelayakan masing-masing?

  • Bagi pelajar pemegang KADS1M sediada, semakan status kelayakan masing-masing boleh di buat mulai 15 Mac 2018 di iRakyat, ATM dan CDM Bank Rakyat dan melalui pautan berikut mulai 1 April 2018
  • Bagi pelajar yang belum mempunyai KADS1M, semakan boleh dibuat melalui portal Bank Rakyat mulai 2 April 2018 di pautan http://www.bankrakyat.com.my/bppt sebelum pelajar membuat permohonan bagi pembukaan akaun

2. Bagaimanakah cara memohon BPPT/ BB1M? FAQ BPPT

  • Bagi pelajar yang telah mempunyai KADS1M, mereka tidak perlu membuat permohonan baharu. Bantuan akan disalurkan kepada yang layak bermula 15 Mac 2018 secara berperingkat. Semakan boleh dibuat di iRakyat, CDM BankRakyat dan ATM
  • Bagi pelajar tiada KADS1M, mereka boleh membuat semakan kelayakan dan membuat permohonan di pautan berikut mulai 2 April 2018.
  • Pelajar yang layak boleh mendapatkan KADS1M di mana-mana cawangan Bank Rakyat selepas menerima pemakluman daripada BankRakyat.

3. Status Tiada Rekod – FAQ BPPT

Apakah yang harus dibuat, sekiranya pelajar berpendapat ia memenuhi kriteria kelayakan menerima BPPT /BB1M 2018 tetapi semakan menunjukan status “tidak ada dalam rekod?”

  • Pelajar diminta menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar di institusi masing-masing

4. Tarikh Akhir Permohonan KADS1M Dan Pengambilan Kad

Bilakah tarikh akhir permohonan BPPT/ BB1M 2018?

  • Tarikh akhir bagi permohonan BPPT/ BB1M 2018 telah dilanjutkan ke tarikh 30 Ogos 2018

5. Apa akan berlaku sekiranya bantuan tidak habis dibelanjakan?

  • Baki dalam akaun KADS1M tiada tarikh tamat tempoh

Carta Alir Permohonan Dan Semakan KADS1M

Untuk membuat permohonan KADS1M dan semakan BPTT sila rujuk kepada carta aliran BPPT berikut :-

syarat kelayakan permohonan bppt

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila berurusan dengan pihak pentadbiran IPT masing-masing atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454

Tinggalkan Balasan